Bab 9

47 0 1
                                        

Sorry guys, terlalu lama tak update. Here, sambungannya. Semoga terhibur & selalu menunggu next chap, ok! -Misz NuNa-
_

________________________________________________________________
SEPANJANG Baihaqy di Jepun, tidak banyak perkara yg dia mampu buat. Kesihatannya yg semakin teruk, membuatkan tubuhnya semakin lemah. Sudah hampir 3 tahun dia menghidap tumor di bahagian hati. Kini berada di tahap 2. Setiap hari pelbagai rawatan perlu dia lalui.

Telefon pintarnya menjerit menandakan ada panggilan menanti. Laju dia menyambar. Lalu diluncurkan jarinya ke arah simbol berwarna hijau.

"Hello, Assalamualaikum."
Dia kenal suara ni. Terlalu kenal.
"Waalaikumussalam."
"Buat apa tu? Busy ke?"
"Tak buat apa pun. Just looking for my future"
'Looking for my future?'
"Ooo." Najihah diam sektika. Dia ingin menyatakan yg dia terlalu rindu namun dia tidak kuat
"Macam mana sekarang? Exam ok?"
"Ok saja. Tak lama lagi PMR. Lebih kurang sebulan saja lagi."
"Ish, dah dekat tu. Dah buat revision ke belum?"
"Sudah. Cuma Matematik tu kena lebihkan sikit. Faham-2 lah kan."
"Haha faham sangat dah. Study, study juga jangan lupa solat. Don't always skip your meal"
"Hehe ok, bro."

Perbualan mereka agak lama. Hampir 3 bulan mereka tidak berhubung dek kerana Najihah terlalu sibuk mengulangkaji pelajaran. Ketika itu, Najihah ingin berbual sepuas-puasnya. Tak lama lagi musim peperiksaan akan tiba. Jadi dia mahu fokuskan sepenuhnya pada peperiksaan. Dia ingin menggunakan peluang yg ada ini sebaik mungkin.
_____________________________
SETIAP bait perbualan di antara dia dan Baihaqy sebentar tadi dia sematkan dalam ingatan baik-2. Mungkin ini adalah kali terakhir dia berbual dengan Baihaqy lama. Separuh daripada kerinduannya terubat.

"Amboi jauhnya terbang" sergah Adila.

"Buat apa terbang dekat-2 tak syok la"

"Teringatkan siapa tu? Lama aja bergayut tadi?"

"Ahaha tak ada apalah. Melepaskan rindu saja." Najihah tersenyum sumbing.

"Sabarlah ya. Setiap apa yg Allah takdirkan ada sebab musababnya. Jiha kan kuat. Adik 'abang payung' kot"
Adila cuba memujuk sahabatnya. Dia tahu bukan mudah untuk melepaskan seseorang begitu sahaja. Dua bulan sudah pemergian Baihaqy, bagai orang gila hidup sahabatnya itu. Namun kini, Najihah sudah pulih. Akan tetapi titik hitam yg Baihaqy tinggalkan masih belum hilang.

"Ahaha. 'Abang payung' dah tak ada. SPM dah pun tahun ni. Kalau ada pun, dia payung awak lebih tau. Macam la saya tak tahu" Gelak sakan Najihah mengusik. Naik merah pipi Adila yg putih.

"Amboi, abang awak tu yg over. Dah SPM pun still lagi nak 'payung-payung'. Macam lah gengster sangat."

"Uish, marah nampaknya. Jangan marah-2, dah naik kedut tu hah"

Hilaian ketawa ini amat Adila rindui. Sudah 2 bulan dia tidak mendengarnya. 'Najihah, semoga tabah ya. Kuatkan hati. Adila tahu Jiha kuat'.
___________________________
DARI jauh Puan Suhayra memerhati anak lelaki bujangnya. Sedih hatinya. Namun, dia terpaksa tabah diri kerana ini adalah takdir buatnya. Dia berjalan perlahan menghampiri Baihaqy.

"Dah sampai mana tu?"

Teguran Puan Suhayra membuatkan Baihaqy tersentak. "Eh, umi. Baru depan rumah tu aja. Tak jauh mana pun"

"Iya la tu. Berbual dengan siapa tadi? Bukan main sakan lagi"

'Umi tahu. Haish umi ni, kalau bab tembak menembak memang nombor 1'. "Umi agak-2 dengan siapa? Umikan juara bab tembak menembak"

BFF To The Sis-in-lawWhere stories live. Discover now