Soalan:
Addin, hadith mana yg baik dibeli dan dibaca ?
- NurDyah Zaid
________________
Ad-Dien Menjawab:
Jika untuk permulaan, boleh mula baca buku hadith yang ringan dahulu. Boleh mula dengan hadith 40 (Al-Arbain) oleh Imam An-Nawawi rahimahullah. Buku ini walaupun ringkas tapi mengandungi 42 hadith yang amat penting dan boleh dikatakan tiang-tiang Islam. Bacalah, fahami dan cuba hafal mana yang mampu.
Lepas habis hadith 40, boleh baca kitab Riadhussolihin (Taman orang-orang yang Soleh) oleh Imam An-Nawawi juga. Buku ini memuatkan hadith-hadith tentang akhlak, adab, perkara-perkara yang melembutkan hati, amalan baik dan sebagainya.
Untuk hadith-hadith berkaitan hukum bagi beginner, boleh dapatkan kitab Bulughul Maram karya Imam Ibn Hajar Al-Asqalani. Beliau memuatkan lebih 1500 hadith-hadith hukum dan akhlak daripada kitab hadith yang pelbagai. Boleh juga dapatkan kitab Umdatul Ahkam karya Imam Abdul Ghani Al-Maqdisi. Kitab ini mengumpulkan hadith-hadith hukum yang hanya terdapat dalam Kitab Sahih Al-Bukhari dan Muslim. Saiznya lebih kecil daripada kitab Bulughul Maram Ibn Hajar tadi.
4 Kitab hadith ini sudah memadai untuk pemula yang baru nak mengenal dan baca hadith, hadith. atau untuk kegunaan jika mahu menulis artikel, blog dan sebagainya. Ada banyak lagi kitab lain tapi saya senaraikan yang ini dulu. Setahu saya semua kitab diatas sudah ada terjemahannya dalam bahasa Melayu.
Wallahua'lam
Dijawab pada 15/11/2013 | Jumaat

ANDA SEDANG MEMBACA
Ad-Dien Q&A (Al-Quran & Hadith)
NonfiksiKumpulan Soal Jawab Ad-Dien Abdul Kadir yang pernah ditanya oleh Netizen berkaitan Al-Quran & Hadith