Selamba

48 11 0
                                    


biru televisyen tak berbicara

di depan kotak putih celaka

ada seorang penjaga

amanat keamanan diutus si botak di atas sana


berbisik pada aku suatu ketika

semua termakan percaya

kata-kata berdusta

bukan dia tapi si botak celaka


penjaga selamba

gelap orangnya

rambut tengah kacak menggoda

tuxedo putih setiap masa

semua game dia dah cuba

wifi percuma, lenovo sahaja

tak menghirau si botak berkata

membetah mengata dialah raja

sudah lali dengan lakonan mereka

melepak itulah bekerja

yang berterbangan selamat di bawah dia

aku respect kat dia

si penjaga selamba


pesan penjaga terulung

ramai sudah jadi patung

nyawa kecil bak ikan senohong

salah sikit terpekik terlolong

bantai budak kayu hoki segulung

menyembah kau bukan Tuhan menghukum

ada cara bukan semua kau pulun


oh penjaga selamba

kau bukan untuk diperguna

inspirasi bersama

kekal member berjauhan angka

rasa hormat tercalit di dada tak perlu dipaksa

seperti anjing menyalak sehari kali lima


kami bersama kau penjaga selamba







The FlyboyWhere stories live. Discover now