Epilog Kisah Budak Terbang - Nota Kemaafan

65 10 9
                                        

Okay, aku nak mintak maaf lah kawan. 

Kalau hari-hari berlalu aku asyik menyusahkan. 

Dua minggu pergantungan ini aku terfikirkan. 

Hukuman aku sedar memberi pengajaran. 

Aku sedar duit berjuta pun tak mampu beli keampunan.

 Dengan bersalah berat hati keampunan aku pohonkan. 

Mungkin ada yang berbicara aku tak berakal fikiran. 

Ya, aku menerima cakap-cakap itu tak menafikan. 

Tapi, dengar ni, aku buat semua ada alasan. 

Walau hal ini bukanlah paksaan. 

Jujur, aku rimas cuma mahu mencuba sedikit kelainan walhal hanya sebagai watak sampingan. 

Kadang aku bosan perulangan kehidupan. 

Namun permainan tak berterusan, hajat tak kesampaian. 

Mungkin aku lemas dengan keduniaan, atau mungkin Tuhan mahu memberi pengampunan. 

Aku berjanji berhenti cari kelainan, hari baru aku mulakan.

*Semua yang diceritakan dalam buku The Flyboy ini adalah kisah benar yang berlaku pada diri aku*

*Aku berharap buku ini dapat beri pengajaran yang berguna especially pada yang baru nak mencuba*

-TAMAT-

The FlyboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang