Mungkin berat untuk ditelan
Namun inilah keputusan
Jika mahu dihitung
7200 saat aku berdiri terlopong
Member tiada aku menguis tersorong-sorong
Kejujuran dilontar dituduh berbohong
Puas bibir terpekik terlolong
Hakim dunia tak menyokong
kategori A, "gantung tetap gantung"
selesai sudah soal jawab bersesi
Helaian putih hakim memberi
Dakwat biru pagi itu member pinjami
Akuan paksa kini aku tulisi
180 patah kata aku barisi
Diserah dibaca hakim tak peduli
Aku tersentak tersenyum sendiri
Keputusan perit dijatuhi
336 jam peluang perbaiki diri
Beban dibahu tak mampu lagi aku tanggungi
Dengan izin diberi
Dua tapak beredar muram sepi
Setitis keinsafan jujur membasah pipi
Detik ini berjuta aku sesali

ANDA SEDANG MEMBACA
The Flyboy
PertualanganPagar hanyalah permulaan cabaran kepada perlumbaan. Puas bila kau terbang lepasi halangan. Completed [6 Jun 2016]