aku, kau dan dia
mereka menatap kelainan kedua
bersama mereka lupa pada kotak celaka
aku tidak menghampa
walau destinasi yang pertama
lelah aku berlari
kini aku mendaki
lagi
lagi
dan lagi
semak samun, rumput mati
ranjau akhir aku lepasi
tiba di atas kelihatan cahaya
penjuru di sana bukan purnama
penjuru penuh manusia
duka lara lesap seketika
sinis di muka
hati melonjak terpesona
teman berkata;
"itu dia"
poket kosong
perut berkeroncong
mata melilau menu melopong
setakat sekeping cuma satu titik kosong-kosong
kita member malam ini aku payung
kini aku lupa pada si dia
aku lupa masalah selasa
aku lupa seksa kotak putih durjana
layan bola aku lupa dunia
satu ketika
tangan empat barat daya
aku pulang ke kotak putih semula
menghadap anjing celaka
bila arah melintang tiada
penjuru, aku akan ke sana.

YOU ARE READING
The Flyboy
Phiêu lưuPagar hanyalah permulaan cabaran kepada perlumbaan. Puas bila kau terbang lepasi halangan. Completed [6 Jun 2016]