aku menjeling tangan dua timur laut
bantai tidur kompom esok maut
member yang lain berjanji manis
esok hari khamis
berjuntai seperti anjing mengemis
lantai tak berkarat kaki kikis
tangan dua selatan kini
aku tawakal seorang diri
dari sisi
ada seorang member datang ke mari
semua syarat sudah dipersetujui
nampaknya berdualah kali ini
hilang detik lesap sunyi
bahang
malam ini ada malang
anjing menyalak berjaga lima orang
jalan pertama sukar, terhalang
kepala otak aku berfikir
perlawanan sudah akhir
merah lawan putih
member terlintas perkara getir
jalan kedua hadir
waktu terhidang jangan dibazir
aku dan dia berterbangan bak petir
dia terduduk, aku terbaring
bagai nak tercabut kepak hering
kanan kiri aku jeling
terbang bersama member disamping
tiba suatu ketika
ada tiga
anjing menyalak tak mungkin berbicara
batu di tangan dilempar saja
mereka bertempiaran aku ketawa
akhirnya
sekali lagi aku tiba
penjuru keramat berpusu manusia
semuanya sama layan bola
datang abang kacak bertanya
makan minum apa pesannya
milo ais satu, roti kosong dua
itu saja aku pinta
teh o ais limau satu, roti kosong tiga
member lapar
maklumlah kali pertama
kotak putih tiada
momen ini aku gembira
kami tertawa bersama
walau bola kalah satu tiga
kali kedua
YOU ARE READING
The Flyboy
مغامرةPagar hanyalah permulaan cabaran kepada perlumbaan. Puas bila kau terbang lepasi halangan. Completed [6 Jun 2016]