Resit Mania in love.

23 0 1
                                    

#pesananpenulis: bismillah. Ada orang hobi pelik tak? -xoxo-

*****
"Eh, ini ada yang kurang?"

"Ye,ke ma? "

"Mana resit tadi, Naila? "

"Resit tu apa, ma?"

"Kertas buktilah,sayang."

Beberapa tahun kemudian.

Itulah aku dulu si Naila yang berusia 12 tahun, kini aku sudah berusia 24 tahun. Kalau orang lain hobinya kumpul setem,barang antik, dan sebagainya tapi aku hobinya mengumpul resit. Bagiku resit amat penting sebagai bukti yang menyokong.
Tak hairanlah aku memilih jurusan undang-undang bagi melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM.

Segala jenis resit aku kumpul. Resit bank, pasar raya , kedai buku, kedai runcit bahkan pasar barang mentah pun aku masih ada resit disimpan.

Kerana hobiku ini, aku banyak juga menerima kritikan. Ada juga memuji kerajinan aku atas berjaya menyimpan resit.

Ada suatu ketika aku mengikut mama ke bank. Waktu itu aku sudah berusia 13 tahun. Resit dibuang merata - rata. Seharian aku merungut pada mama. Mama hanya menadah telinga mendengar bebelan aku.

Daim dan Dayana adik kembar aku memang sudah masak dengan hobiku ini. Mereka sudah tahu betapa aku ini resit mania.
Sehinggakan apa sahaja mereka beli, resitnya akan dibagi kepada aku. Entah aku pun tak pasti nak buat apa.

Ada suatu ketika itu hujan selebat-lebatnya. Kebetulan mama ke bank dan terlupa untuk mengambil resit. Seharian aku merajuk dengan mama. Lambat laun aku terpujuk oleh coklat kegemaranku yang mama beli selepas aku isytihar merajuk dengan mama.

Papa pula lain pula halnya. Dia yang sokong hobi aku. Bila dia pergi mana-mana atau beli apa-apa resitnya pasti diberi kepada aku. Papa paling suka ajak aku pergi beli barang. Dia tahu aku jenis cermat.

Aku ada pergi satu kedai ni dengan papa. Bila time bayar aku minta resit. Kebetulan resit habis pula. Aku dengan lemah lembutnya pergi sound cashier tu. Terkedu cashier tu dan berdesup dia berlari pergi cari manager nak minta izin pergi beli kertas resit baru. Aku menanti dan menanti . Mujur aku penyabar orangnya. Papa pun tak kisah untuk menunggu. Dia bergerak ke kedai sebelah entah nak tengok-tengok katanya. Setelah papa berlalu, manager kedai ni datang dekat aku. Mula-mula aku ingatkan mamat mana yang tetiba nyemak kat tepi aku. Tiba-tiba dia hulur resit dan perkenalkan diri. Aku ingat nak menyusul papa tapi dia ajak aku berbual. Aku pun layankan aje lah sebab papa belum sampai dari kedai sebelah. Kami tak sempat berbual panjang sebab papa sampai 10 minit kemudian. Dia sempat capai resit tadi dan tulis nombor telefonnya.

Naim :) 012-345 6789

Papa hanya memerhati gelagat si pemuda yang baru aku kenali. Dari sini aku mengenali lelaki bernama Naim Izhan. Dia sebenarnya bukan manager seperti yang aku sangka. Dia cuma berpura-pura menjadi manager sebab tertarik dengan ketegasan yang ada pada aku sebab kes tuntut resit. Mulanya aku malas nak melayan, tapi akhirnya aku terjebak. Dia juga punya hobi aneh seperti aku iaitu suka kumpul plastik. Aku pernah tengok gambar dia bersama plastiknya. Maka daripada itu aku pun terbuka berkawan dengan dia.

*****
Setahun kami berkawan dan aku masih lagi mengumpul resit tapi tak sekerap dulu. Naim Izhan cadangkan kat aku supaya masukkan koleksi resit dalam plastik yang dia kumpul. Eh?! Last-last aku terima cadangan dia.Kami kurangkan hobi aneh dan mula keluar date. Aku mula rasa aneh dalam hati bila berdua dengan dia. Selalu aku bawa si Daim atau Dayana tapi hari ni diorang berdua ada kelas. Aku pula baru lepas habis waktu pejabat. Naim datang jemput aku memandangkan aku cakap kereta aku rosak. Naim kerja pejabat tapi aku tak tahu apa posisi dia. Nak kata mat despatch tapi tak pakai motor dan dia nampak segak dengan pakaian pejabatnya.Dia ajak aku pergi makan sebelum balik. Aku segan pada mulanya sebab tak minta izin papa dan mama. Tiba-tiba dia selamba badak cakap , dia dah bagi tahu orang tua aku awal -awal lagi. Eh dah kamcing ke apa?!
Selepas keluar makan, dia bawa aku balik terus. Jujurnya dia tak melencong ke arah lain. Aku masih ragu-ragu dengan hati aku walaupun dah setahun kenal dia.
"Baru balik Naila? Pergi makan kat mana tadi? Kereta bila nak elok? "

Mama menyerbu aku sebelum sempat aku bagi salam. Naim yang ada dalam kereta cuma melambai dan berlalu. Dia tak singgah sebab tak ada papa dan Daim. Dia segan dengan mama mungkin.

"Makan kat tempat biasa je, ma. Lagipun Naila segan dengan Naimlah. Bila masa pula mama ngan papa bagi izin?"

"Bukan kerja mamalah. Papa kamu tu ha! Suka sangat dengan si Naim tu. Mama ikutkan je lah."

Lepas habis kena soal siasat dengan mama , aku terus naik ke bilik. Aku terus sahaja ke kamar mandi dan merapikan diri untuk solat maghrib. Lepas baca al -quran , aku bersantai-santai sementara tunggu isyak masuk. Tiba-tiba ada satu notification masuk. Aku pun belek lah telefon tu nak tengok notification apa. Rupanya dia hantar whatsapp. Tanyakan aku buat apa dan dia ajak aku keluar esok. Memandangkan besok hari minggu, jadi aku setuju saja. Dayana dan dia Daim pasti sudi mengikutku.

"Tak boleh, kak. Daim ada kelas esok. Akak pergi dengan Yana je lah."

"Eh, Yana pun cakap ada kelas. Habis tu korang memang tak mau ikut akak eh?"

"Senang akak bawak mama je lah. Hehe."

"Ish Daim ni orang serius, dia main-main pula."

"Okay kak, Daim ada kerja. Take care eh? Assalamualaikum."

"Ye lah . Walaikumsalam."

Perbualan kami tamat begitu sahaja. Aku cuba mempertimbangkan cadangan Daim. Bawa mama pergi date. Aku tak tahu apa kata Naim lagi sebab aku tak bagitau dia pun aku bawa mama. Mungkin dia faham,aku memang tak boleh bersendiri tanpa famili menemani.

Keesokannya Naim datang dan dia terkejut aku bawa mama. Mama punyalah excited siap pilih outfit of the day daripada malam tadi lagi. Aku hanya menyengih sahaja depan Naim yang terkebil-kebil. Aku SMS dia sesuatu. Waktu tu kami tengah dalam kereta. Mama dan aku duduk belakang. Terasa Naim macam pemandu pula.

"Cinta itu perlu datangnya ikhlas daripada hati. So tugasan pertama tackle mama saya dulu."

Berubah wajah Naim yang sedang memandu itu tatkala membaca SMS pemberianku. Dia memandang aku dengan roman muka yang dimaniskan. Seolah menyahut cabaran aku. Kami pun tiba di sebuah kedai makan. Mama turun dulu sebab nak cari tandas. Naim menggamit aku yang daripada tadi memerhatikan sekeliling.

"Awak, err Awak. Serius ke awak cabar saya nih?!"

Aku hanya mengangguk dan tersenyum lebar. Mama pun tiba setelah keluar daripada tandas. Aku lihat Naim ingin memulakan langkahnya. Dia menarik kerusi untuk mama. Mama hanya memerhatikan Naim sebelum duduk. Aku hanya tertawa melihat mama dan Naim. Naim tarik kerusi untuk aku pula. Aku tergamam tapi duduk jugak akhirnya. Sementara tunggu pesanan, kami berborak antara satu sama lain. Mama kelihatan canggung pada awalnya dapat juga menyesuaikan diri. Last-last diorang berdua berbual macam dah rapat. Okay tak sampai satu hari, he got my mom already. Balik daripada makan ,mama puji Naim kaw kaw.

"Mama dah suka awak. Awak buat apa dengan mama. Tak sampai satu hari ,dia asyik puji awak itu ini."

Tak sampai 10 saat, Naim balas dengan bangganya dia kata hanya berborak biasa dengan mama. Ergh, poyo juga ternyata mamat nih.

*****
Itu cerita tiga tahun lepas. Sekarang aku dah bergelar isteri kepada Naim Izhan. Aku terima dia seikhlas hati lepas apa yang dia buat dan pamerkan sikap gila-gila adakala romantis. Dia melamar aku di kedai yang sama waktu kami pertama kali bertemu. Dengan resit cincin yang dia beli untuk lamar aku, dia tulis "Will You Marry me n be with me forever?" Aku setuju sahaja sebab aku tahu dia terbaik untuk aku. Lepas istikarah,aku mimpikan dia jadi imam aku. Eh?! Esoknya juga dia hantar rombongan meminang. Tempoh pertunangan kami tak lama cuma tiga bulan. Aku baru tahu dia ni CEO syarikat plastik rupanya . Patutlah selama ni segak aje memanjang. Aku boleh tak perasan yang dia ni usahawan berjaya dan ternama.

Lamunan aku tersentap bila anak sulung kami menghampiri aku. Dia memegang koleksi resit pemberian Naim kepadaku.

"Mama ni apa ma?"

"Ini resit, sayang."

"Resit tu apa, ma? "

"Kertas buktilah sayang. "

"Aris nak simpanlah."

Inilah kisah resit mania in love.

Tamat -xoxo-

CERITAKUWhere stories live. Discover now