Aku dan Dia

4 0 0
                                    

Kami berjalan bersama. Ramai mata yang memandang. Aku tidak kisah. Ini pilihan aku sendiri. Bayu bertiup lembut. Kami ketawa dan ketawa lagi sehingga letih. Dia membaringkan kepalanya di atas ribaku. Perlahan dia meminta aku menukilkan kata buatnya. Aku menolak kerana aku tidaklah begitu puitis. Dia memujukku dengan suaranya yang merdu. Aku jadi serba salah dan akhirnya aku menuruti permintaannya.

"Jika kau adalah angin
Izinkan aku ditiupmu
Jika kau adalah laut
Izinkan aku merenangimu
Jika kau adalah bintang
Izinkan aku melihatmu
Hanya Aku"

Aku memberhentikan nukilanku. Khayalku lepas. Tanganku digari. Akhirnya aku akan bertemu Dia.

CERITAKUWhere stories live. Discover now