#pesanan penulis:cubaan penulisan seram. Hopefully sampai tahap 💁 -xoxo-
*****
Syed Adhaq dan rakan-rakannya tiba di sebuah homestay yang bercirikan rumah kampung tetapi moden. Dia telah memilih Kampung Bunga dan cadangan itu telah dipersetujui oleh rakan-rakannya yang terdiri daripada Aman, Hadi, Soraya, Amelia dan Malena. Mereka berenam sudah bersahabat sejak sekolah menengah lagi. Cuma percutian kali ini disertai juga oleh Rizqi merangkap pakwe si Soraya. Mereka bercadang ingin bercuti di situ selama dua minggu setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan.Kelihatan begitu ramai pengunjung terutama yang sudah berkeluarga memenuhi homestay di sepanjang perjalanan. Maklumlah tengah musim cuti sekolah maka ramai yang mengunjungi Kampung Bunga ini. Suasana kampung yang nyaman dan tenang membuatkan perjalanan mereka rasa tak sia-sia. Adhaq memilih homestay ini kerana inginkan privasi. Homestay ini satu-satunya yang kurang pengunjung kerana terletak jauh sedikit tetapi harga yang ditawarkan berpatutan. Adhaq mengangkat tangan dan memberi isyarat pada Malena yang memandu keretanya agar berhenti selepas membelok.
"Kita dah sampai. Jom turun pergi jumpa tuan rumah tak silap namanya Pak Atan. Dia dah tunggu kat dalam sebab aku ada call dia tadi time kita kat nak sampai."
Kesemua mereka turun daripada kereta. Setelah menempuh perjalanan panjang,badan mereka sengal-sengal dan keletihan.Mereka menaiki dua buah kereta. Sebuah kereta untuk lelaki dan sebaliknya. Bunyi air terjun dan kicau unggas begitu mengasyikkan halwa pendengaran.
"Rumah ni macam seram je, Qi."
"Ish, Aya ni ikut je lah. Just enjoy our vocation! Dah jom diorang semua dah gerak."
Soraya membuntuti Rizqi yang sudah jauh meninggalkannya. Langkahnya laju bagai lipas kudung mengejar rakan-rakan yang sudah di hadapan.
"Assalamualaikum."
"Walaikumsalam. Oh , dah sampai rupanya korang ye! Jemput naik mari!"
Mereka bertujuh melangkah naik ke homestay. Rumah dua tingkat yang bakal mereka huni ini kelihatan bersih dan terjaga. Dekorasi yang simple dan elegant mengindahkan lagi rumah yang sedia ada cantik.Terdapat juga sebuah bangsal yang kelihatan seperti berpenghuni walaupun keadaan sekelilingnya agak semak tapi masih rapi. Mungkin bangsal barang-barang lama. Soraya menilik lagi sekeliling halaman luar yang berkeluasan seperti padang bola sebelum dicuit oleh Amelia kerana hanya dia sahaja belum masuk. Dejavu semacam sahaja rasa dirinya setiba di rumah ini.
"Kenalkan nama Pak cik Borhanudin tapi panggil Pak Atan je lah. Usah ditanya mana dapat nama Pak Atan tu,panjang ceritanya. Ini isteri pak cik, Mak Intaniah. Boleh panggil, Mak Intan."
Mereka tergelak lalu memperkenalkan diri masing - masing. Soraya yang tidak tahan ingin ke bilik air menarik Malena supaya meminta arah daripada Pak Atan. Pak Atan serta merta menyuruh isterinya Mak Intan menunjukkan arah sekaligus bilik tempat mereka menginap. Amelia turut serta dengan mereka. Kaum lelaki hanya berada di bawah. Mereka akan menginap di bawah sementara perempuan pula di atas.
"Lia teman aku pergi tandas?"
"Weh,tandas dekat je! Kau takut apa? "
Soraya bungkam dengan Amelia apatah lagi Malena yang sudah tenggelam ke alam mimpi. Mak Intan sudah berlalu selepas menyelesaikan tugasnya. Dia terlalu paranoid sendiri sedangkan tandas pun ada di dalam bilik itu juga. Apa yang perlu ditakutkan? Dia melangkah ke arah tandas dengan digagahkan dirinya. Amelia cuma memerhati sebelum tenggelam ke alam mimpi bersama Malena.
"Wah, ada bath tub! Bolehlah berendam nanti.Eh,cantiklah ukiran ni , ROZ untuk Mawar?! Macam pelik aje. Ah biarkan jelah."
Diperhatikan pula keseluruhan bilik air itu. Bilik air itu sederhana besar tetapi sudah boleh dikategorikan besarnya macam rumah sewa mereka. Tiba-tiba jelas terdengar bunyi pancuran air terpasang. Sedangkan hanya dia sendiri di dalam bilik air. Soraya kalut tetapi kembali bertenang setelah dia fikir dia berhalusinasi. Segera dia menghabiskan urusannya dan keluar bagai lipas kudung. Tanpa disedari ada dua pasang mata sedang memerhati daripada arah bangsal lama.
YOU ARE READING
CERITAKU
RandomGenre penulisan yg bercampur2 . Mostly cerpen, cerpan, puisi, dll.Tiada kesinambungan, semuanya asing2. Terima kasih. <3