Jojo Pulang

2 0 0
                                    

"Baris panjang angin kelabu

Biar sedalam laut biru

Masih tertanya tentang akal hijau

Jauh matahari senja jingga

Pulau kapas bersih putih

Jejak insan hati hitam"

Aku selesai menuturkan bait-bait kata.

Aku puas malam ini.

Di hujung pentas, seorang pemuda melambaiku. Waktu aku beraksi tadi, sempat aku lihat wajahnya. Dia ternganga. Entahkan faham ataupun tidak. Aku tak peduli. Dia sentiasa ada ketika aku beraksi di pentas. Kata penganjur, dia begitu berminat dengan persembahanku. Tirai dilabuhkan, persembahan tamat. Aku berkemas untuk pulang. Dia masih setia mengekoriku. Sebulan berlalu, aku tunggu masa. Pada hari ke 29 Februari, aku ingin menyapanya. Ternyata aku yang kecewa kerana dia sudah pulang. Ya, nama dia JOJO yang tak pernah wujud.

CERITAKUWhere stories live. Discover now