◁ Kejutan? ▷

2.9K 168 27
                                    

---

Aku melepaskan keluhan berat dengan sekali hembus sahaja. Gaun putih yang menghiasi tubuhku digentel lembut dengan jari-jemari tanda kebosanan. Ya , aku bosan.

Buat seketika , kedua-dua biji anak mata ini terhenti pada cincin yang tersarung di jari manisku. Aku termenung tanpa menyedari betapa lebarnya senyuman aku ketika itu .

Hari yang menggembirakan namun sungguh meletihkan pernah aku lalui. Banyak juga ucapan tahniah dan bungkusan hadiah yang aku terima hari ini.

Tentunya bukan untuk aku seorang sahaja , malah ada di antaranya adalah milik Hanbin.

Sejujurnya , aku memang malas mahu menyusun apatah lagi melihat bungkusan-bungkusan yang berselerak itu. Biarkan sahajalah orang lain yang tolong uruskan.

Apa boleh aku buat? Badan aku sudah begitu letih , kepala aku terasa berat seperti dihempap anak gajah (bersaiz entah besar mana pun aku tak tahu) , dan yang paling teruk sekarang , kaki aku lenguh dan terasa longgar bagai mahu patah.

Aku dah tak larat , seriously.

Mata aku melilau ke setiap sudut dewan itu untuk mencari kelibat mahupun batang hidung Hanbin di mana-mana. Tetapi lain yang dicari , lain pula yang aku jumpa kali ini.

Mata aku membuntang , cukup terkejut.

"I-Im Changkyun?"

Aku cepat-cepat menoleh ke arah lain. Serentak dengan itu , memusingkan badan aku. Tapi dengan gaun putih yang ternyata begitu menonjol itu , mustahil aku boleh bersembunyi darinya.

Memang mustahil.

Dalam hati , aku cukup tertanya-tanya bagaimana Changkyun boleh berada di sini? Mungkinkah omma yang menjemputnya? Kalau ya , kenapa aku tak tahu langsung yang dia turut dijemput? Takdelah aku cemas sampai macam ni sekali.

"Yeeun?"

Aku terus menoleh. Lega hati aku apabila suara itu rupa-rupanya milik Pn.Kim , ibu Hanbin yang kini bersama adik perempuan kesayangan Hanbin , Hanbyul. Sebenarnya aku lebih selesa panggil dia 'mama' . Begitu juga Hanbin sendiri.

Mama adalah kenalan lama omma. Begitulah aku dan Hanbin dijodohkan.

Even , Hanbyul sendiri pun panggil abang dia pabo. Aku? Lagi teruk rasanya.  ̄ω ̄

1. Dustbin
2. Trashbin
3. Henbin
4. Ghostbin
5. Hangedik

Haa.. apa lagi yang aku tak sebut?

"Ahh.. mama.." Aku terus berdiri dan tersenyum , kembali membetulkan gaun putih yang berkemungkinan sudah berkedut kerana punggung aku yang dah lama sangat duduk ni.

Pshhh , gaun kahwin macam ni mana boleh berkedut. Alahai , Yeeun. Kau pun bodoh macam Hanbin jugak. Memanglah korang berdua ni padan. Booo!!

"Mana oppa?"

Mata aku beralih pada Hanbyul yang berpakaian ala-ala Frozen hari ni. Gaun biru muda bersama headband arnabnya. Kalau tak silap , Bobby pernah pakai headband tu masa iKONCERT. Hurmm..

Aku duduk mencangkung di hadapannya , membuatkan gaun putih aku seolah-olah mengembang. Kini ketinggian kami berdua hampir sama.

"Entahlah , Hanbyul.. dengan kawan-kawan dia mungkin?"

Aku hanya mengagak sambil meramas bibir dengan jari telunjuk. Yalah , ke mana lagi Trashbin tu akan pergi kalau tidak melepak dengan 6 ekor tenuk tu.

"Hanbyul sihat?"

HAHAHA.. kenapalah kau tanya soalan bodoh macam tu? Dah takde soalan munasabah lain nak tanya atau apa? Aku hanya tersenyum. At least tak nampak sangat kebodohan aku kat situ.

"Eung!! Hanbyul sihat je." Hanbyul tersengih lagi , kali ini sehingga menampakkan eye smile nya. Comel , macam abang dia. Ehh? Ehh?!!!

"Ni.. mama nak mintak maaf sebab tak dapat belikan hadiah untuk kamu. Mama sibuk kat UK tempoh hari. Ni.. mama ada something untuk kamu berdua. Nanti tunjuk kat Hanbin ya? Harap kamu berdua berseronok."

Mama menyerahkan satu sampul surat kepada aku. Belum sempat aku hendak bertanya , mama sudahpun melagakan pipinya dengan pipiku dan meminta diri untuk kembali ke mejanya.

Agaknya kalau aku tanya , dia memang takkan jawab agaknya. Apa orang kata? Surprise?

Bercakap tentang Hanbin , aku dah nampak dia dengan kawan-kawan dia tak jauh dari situ.

Tanpa berlengah , aku terus berjalan menghampiri mereka (walaupun aku tahu betapa janggalnya aku di antara mereka nanti).

"Hanbin.." aku menegurnya dari belakang. Sekarang , keenam-enam pasang mata itu tertumpu pada aku.

"Oh , annyeong Yeeun." Junhoe menjadi yang terawal tersenyum pada aku walaupun dia ni jenis yang kurang bercakap dengan orang yang tak begitu rapat dengan dia.

Siap lambai lagi , tahu? Haa.. jeles , jeles?

"Cantik kan dia?" Tangan gatal Hanbin tiba-tiba sahaja memaut sebelah bahu aku yang terdedah. Kepalanya ditelengkan lalu tubuh aku ditarik rapat padanya.

Bibirnya muncung mengalahkan itik , mahu mencium pipi aku. Namun aku cepat-cepat menolak pipinya sehingga terteleng ke arah lain. Kawan-kawannya yang lain ketawa. Padan muka. Gatal sangat.

---

Haa.. kenapa tiba-tiba Changkyun muncul pulak ni? HAHAHA.. xD

Baidawehhh.. Nani nak tanya pendapat korang ni.. Nani nak tulis fanfic 'No Longer a Fan' and the male lead character will be Koo Junhoe , my sassy bish :) Apa pendapat korang , dear readers? :)

Bedroom, Baby! [ MalayFic ] ✔Where stories live. Discover now