◁ Fever ▷

2.1K 104 12
                                    

---

[Yeeun POV]

Dengan lembut , aku lap wajah Hanbin dengan kain basah yang sudah aku rendam ke dalam besen berisi air suam tadi. Tak ada angin , tak ada ribut , dia tiba-tiba je demam sampai tak sedarkan diri.

Dr.Hwang kata , dia berkemungkinan demam kerana keletihan. Untung jugalah ada Dr.Hwang ㅡ tak perlulah aku susah-susah ke hospital. Itupun bergantung pada jadual kerjanya. Kalau sibuk , terpaksalah aku ke hospital.

Dah 5 tahun berlalu ㅡ Yooae pun dah semakin membesar. Perangai anak perempuan kesayangan aku ni boleh dikatakan sebiji macam Hanbin.

Seorang yang kecoh , petah berkata-kata , banyak bercerita , ramah dan manja ㅡ jelas , memang tiada beza jika dibandingkan dengan Hanbin.

"Tengoklah muka Yooae.. seiras sangat dengan awak."

Hanbin tersenyum. Hidung bayi kecil itu dicuitnya manja. Yooae yang masih terlena di sisi aku diangkatnya perlahan-lahan. Hanbin mencium dahi Yooae.

"Hidung , bibir , bulu mata... semuanya sama dengan awak , chagi." Sambungnya lagi. Senyuman Hanbin bertukar pudar tiba-tiba.

"Hanbin.. waeyo?"

Dia sekadar menggeleng lemah. Satu senyuman pahit terukir di bibir Hanbin tatkala matanya tertancap pada anak mataku. Kepalanya kian menunduk.

"Hanbin...."

Aku cuba memujuknya.

"Saya cemburulah.. tak ada apa-apa pun pada Yooae yang sama dengan saya." Bibirnya dinipiskan menjadi satu garisan lurus.

"Tak semestinya..."

Aku cuba menceriakan Hanbin kembali. Kalau dia dah macam ni , aku merajuk nanti pun tak ada sesiapa nak pujuk. Susahlah jadinya nanti.

"Siapa tahu perangai dia nanti sebiji macam awak?"

Aku cuit hidungnya manja seraya ketawa kecil. Hanbin tersengih , menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi. Lesung pipit di kedua-dua belah pipi Hanbin menyerlahkan lagi senyuman manisnya itu.

Kan comel kalau senyum macam tu dari awal lagi?

Hanbin merapatkan dirinya dengan tubuh aku. Bibirnya yang lembut bersentuhan dengan bibir aku. Aku bawa tangan aku ke belakang kepalanya.

"Thanks , baby.." Dia cium dahi aku.

"Hanbin.. awak dah tak boleh panggil saya macam tu.. kita kan dah ada Yooae." Aku memeluk tubuh. Hanbin sempat mengenyitkan mata nakalnya.

"Arasseo chagiya~"

Aku tersenyum sendirian ㅡ mengingati kisah manis 5 tahun yang lalu. Sekali lagi , anak mata aku jatuh pada wajah tenang milik Hanbin. Semakin lebar senyuman aku pada waktu tu.

"Omma..."

Dedaun pintu bilik tidur itu diketuk dari luar. Aku menoleh ke belakang dan melihat si kecil Yooae yang sedang tersengih-sengih di muka pintu.

Memang 2×5 macam appa dia. Siap ada lesung pipit lagi. Haa , siapa yang cakap tak sama? Memang serupa lah!

"Shhh..."

Aku letakkan jari di bibir , mengarahkan Yooae untuk tidak menganggu tidur Hanbin. Si kecil itu hanya mengangguk dan membuat isyarat 'okay' dengan tangannya.

"Appa masih demam ke?"

Anak kecil bertubuh genit itu menjengket-jengketkan kakinya untuk melihat Hanbin. Aku hanya tersenyum dan mengangguk sebagai jawapan kepada soalannya.

"Pergi mandi. Nanti kita makan tengah hari sama-sama , okay?"

Bersungguh-sungguh Yooae mengangguk. Lapar sangat agaknya tu. Laju sahaja kakinya melangkah meninggalkan bilik. Lupa pulak untuk pesan kepadanya agar jangan berlari. Yooae ni boleh tahan hyper jugak.

Kalau tak disuruh 'jangan' , memang lain lah yang dia akan buat. Nakal , sama macam Hanbin.

"Yeeun..."

Tumpuan aku kini beralih kembali pada Hanbin. Bibirnya pucat dan merekah. Sejak tak sedarkan diri kerana demam panas , dia tak minum air langsung. Peluh mula terbentuk di dahinya.

"Hanbin?"

"Y-Yeeun , jangan pergi.."

Bibirnya bergetar tatkala ayat itu meniti di bibir. Aku mulai cemas apabila melihat dadanya turun naik tanpa henti. Dia seolah-olah sukar hendak bernafas.

"Hanbin.."

Aku tepuk pipinya perlahan. Dia masih tak terjaga , malah terus menyebut-nyebut nama aku. Dia sedang alami mimpi ngeri kah?

"Hanbin.. bangun , Hanbin."

Matanya membuntang luas seakan-akan terperanjat. Dadanya masih turun naik dengan kencang. Dalam keadaan lemah begitu , dia kuatkan diri untuk duduk. Tubuh aku ditarik ke dalam pelukan hangatnya. Hanbin menangis.

"Yeeun.. ke mana awak pergi? Saya rindukan awak.. jangan tinggalkan saya lagi."

Dia sembamkan wajahnya pada bahu aku. Aku balas pelukannya kembali dengan seribu persoalan bermain di minda. Belakang badannya diusap perlahan , cuba untuk menenangkan dirinya walaupun sedikit.

"Hanbin... awak mengigau ni."

Hanbin genggam baju aku dan terus menangis. Entah apa yang dia mimpikan atapun takutkan tadi , itulah yang membuat aku tertanya-tanya sehingga sekarang.

"Yeeun.. saya takut."

Aku usap kepalanya. Bibir Hanbin dicium lembut.

"It's okay.. I'm here."

---

Bedroom, Baby! [ MalayFic ] ✔Where stories live. Discover now