◁ Welcome Back ▷

2K 110 7
                                    

---

[Hanbin POV]

Aku pimpin tangan Yeeun , erat . Aku rasa selesa. Tangan dia panas dan suam. Tangan aku yang tadinya sejuk seperti ketulan ais , sekarang bertukar suam sama sepertinya.

Inilah yang dikatakan berkongsi kehangatan.

Dari jauh , aku dapat lihat beberapa tangan yang terkapai-kapai di udara. Aku perasan senyuman Yeeun makin melebar apabila anak matanya jatuh pada Yunhyeong.

Yeeun berlari pergi , melepaskan tangan aku yang kembali kesejukkan. Aku dapat lihat dengan jelas , dia melompat ke dalam pelukan Yunhyeong.

Mereka berpusing-pusing beberapa kali sebelum Yunhyeong meletakkan Yeeun kembali ke tanah. Mereka ketawa gembira. Aku? Hanya tersenyum pahit.

Walaupun aku tahu yang mereka berdua hanya saudara sedarah , aku seakan-akan tak boleh terima kenyataan yang perkara itu berlaku di hadapan mata aku. Senang kata , aku cemburu.

Ya , Kim Hanbin cemburu lagi.

Aku cuba untuk lupakan apa yang aku lihat. Gara-gara rasa cemburu tu , aku terhenti di tengah jalan. Aku kembali melangkah ke arah Hanbyul dan mama. Aku peluk mama. Rindu.

"Yang lain tak datang sekali ke?"

Biasanya mama memang akan faham bila aku bertanya macam tu. Dia tahu orang-orang yang aku maksudkan tu adalah Jinhwan hyung dan yang lain-lain.

Mereka jarang sibuk kalau aku tak ada. Tapi biasanya , Jinhwan hyung bawak yang lain lepak somewhere I didn't know.

"Tak.. Jinhwan dengan yang lain tak datang. Takpelah.. nanti jumpa mereka kat dorm.." Mama usap belakang aku lembut. Pelukannya terlerai.

"Oppa!!"

Aku pandang Hanbyul yang terkinja-kinja di bawah dan tersenyum. Sekurang-kurangnya adik aku ni boleh jugak buat aku gembira dengan celoteh manja dia.

"Hanbyul rindu oppa tak?"

Aku duduk mencangkung dihadapannya. Hanbyul pantas mengangguk. Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara , mahu didukung. Aku angkat badan kecilnya. Ingatkan dah gemuk budak ni. Ringan jugak rupanya.

---

Aku tak ada selera nak makan. Italian Spaghetti yang sudah sejuk di dalam pinggan dibiarkan tidak berusik. Selepas beberapa minggu balik dari Fukouka , Yeeun kerap kali jatuh sakit. Aku jadi risau.

Dah puas aku pujuk dia untuk ke hospital. Tapi dia tak mahu. Aku dah kenal Yeeun lama. Dia takut nak jumpa doktor sejak kecil. Kalau diheret jugak ke sana , memang menjerit-jeritlah dia nanti.

Aku beri cadangan untuk bawa doktor Hwang , kenalan keluarga aku datang ke rumah. Tapi Yeeun tolak cadangan aku mentah-mentah. Malah aku juga yang dimarahnya.

"Makanlah , Hanbin. Kamu tu makin kurus omma tengok."

Omma Yeeun menegur , sekaligus mematikan lamunan jauh aku. Sejak Yeeun jatuh sakit , aku dan dia tinggal kat sini sementara atas permintaan omma.

Aku tak kesah sebenarnya. Tapi risau pulak kami berdua ni akan menyusahkan dia kalau apa-apa terjadi nanti.

"Hanbin tak ada selera."

Aku tertunduk ke bawah. Risau pulak kalau ternampak wajah risau omma. Nanti aku jadi serba salah sebab tak jamah sikitpun air tangan dia.

"Omma rasa Yeeun tu mengandung lah.."

Aku angkat wajah kembali. Aku salah dengar ke apa ni?

"Tapi tak ke awal sangat?"

Aku ni sebenarnya bukan tahu sangat pun pasal semua ni. Yalah , bukan aku yang merasa.

"Taklah.. Kamu.. dah tidur dengan dia kan?"

Muka aku merona merah. Kenapa pulak aku yang malu ni?!

"Dahlah.. omma dah siapkan bubur ayam kegemaran Yeeun. Nanti bawak makanan tu dalam dulang ke bilik kamu berdua. Dia tu kena makan. Nanti perut kosong , gastrik dia datang balik."

Omma cepat-cepat tukar topik perbualan apabila melihat aku terdiam malu. Aku hanya mengangguk faham.

---

Aku bawa dulang berisi bubur ayam kegemaran Yeeun di dalam mangkuk bersama air suam menuju ke biliknya. Aku pulas tombol dan tolak dedaun pintu dengan kaki.

Melihatkan Yeeun yang terbaring di atas katil , diselubungi comforter dan menggigil seperti itu membuat hati aku sayu. Aku letakkan dulang makanan di atas meja.

Aku sentuh permukaan dahinya. Tak panas. Tapi badan dia menggigil waktu tu. Setiap deruan nafas dia aku dengar.

"Chagiya.. ireonna.."

Aku bisik perlahan pada telinga dia. Mata Yeeun perlahan-lahan terbuka. Muka dia pucat lesi. Oh Tuhan , tak sanggup aku tengok dia macam ni.

"Hanbin..."

Suara dia hampir tak kedengaran. Aku bantu dia duduk bersandarkan bantal. Dia bersin beberapa kali. Kalau dia selsema takkanlah teruk sampai macam ni?

Aku angkat mangkuk berisi bubur ayam itu dan duduk di sisi katil. Aku suakan pada dia. Belum apa-apa , dia tekup mulut dan menggeleng lemah. Wajahnya dipalingkan.

"Jamah lah sikit. Nanti perut awak masuk angin."

Dia menggeleng lagi.

"H-Hanbin.."

Mulutnya kembung. Yeeun muntah di atas katil tanpa sempat berbuat apa-apa. Bajunya juga kotor dengan kesan muntah. Matanya berair seakan-akan mahu menangis.

"Dah.. biar saya mandikan awak. Nanti saya bersihkan semua ni , okay?"

Dia sekadar mengangguk. Aku dukung dia ke bilik air dan biar dia bersandar pada dinding sementara aku bersihkan muntah Yeeun yang terkena cadar katil , comforter dan bantalnya.

Usai itu , aku kembali ke bilik air. Aku cuci kesan muntah yang melekat pada bajunya terlebih dahulu. Baju aku turut ditanggalkan. Risau pula bau yang tidak menyenangkan itu buat dia loya.

"Yeeun , awak tak kesah ke kalau saya--"

"Just do it.."

Ayat aku tergantung. Memandangkan dia tidak kesah , aku tanggalkan baju dan seluar dia. Teragak-agak juga sebenarnya.

Aku pakaikan bathrobe dan dukung dia ke atas katil. Cadar yang lain dah dipasang , jadi aku terus baringkan dia dan selimutkan dengan comforter baru. Aku cium dahi Yeeun , lembut.

"Get well soon , chagiya.. jaljayo."

---

Good news again!!

Nani dah publish No Longer A Fan [Koo Junhoe] So jemputlah usha HAHAHAHAHA LOL (mula dah batak tu)

Bedroom, Baby! [ MalayFic ] ✔Where stories live. Discover now