◁ Permintaan ▷

3.1K 147 9
                                    

---

"Yeeun..bangunlah."

Aku dapat rasakan satu goncangan lembut pada lengan aku. Sentuhan bibirnya turut aku rasakan di atas permukaan pipi aku. Aku tahu , itu semestinya bibir Hanbin. Dan dia cium aku lagi.

"Kita dah sampai ni.."

Aku terus membuka kelopak mata , laju seolah-olah terperanjat mendengar pernyataannya itu. Ternyata penerbangan itu tidaklah lama mana. Jepun dan Korea bukannya jauh sangat.

Pada waktu itu jugalah aku perasan yang muka Hanbin cuma beberapa inci , tak jauh dari aku. Anak mata aku bertaut dengannya. Dia mengusap kepala aku lembut.

Alahai Hanbin , janganlah buat hati aku macam ni. ㅠㅠ

Hanbin tersenyum. Tangannya dihulurkan pada aku. Mahu aku bangun , barangkali? Buat seketika , biji mata ini jatuh pada pahaku yang terasa hangat. Baru aku sedar , paha aku diselimutkan dengan hoodie... milik Hanbin.

"A-aku tutup paha kau dengan hoodie aku sebab..sebab aku tak tahan tengok paha kau..terdedah. Yalah , skirt kau..pendek sangat.."

Hanbin menunduk , segan. Tengok sajalah pipinya yang mula merah padam seperti tomato itu. Hanbin menggosok belakang tengkuknya dengan tangan. Matanya dialihkan dari terus memandang aku.

Aku tersenyum geli hati dan menghulurkan tangan aku padanya. Dia pandang aku dan tangan yang aku hulurkan untuknya itu silih berganti , bingung. Muka blur ala innocent dia pada waktu itu berjaya membuat hati aku meloncat-loncat.

"Takkanlah kau nak duduk kat sini? Tadi suruh orang keluar. Nah , pakai balik hoodie kau ni." Aku mengangkat hoodie kegemarannya dari paha aku. Hanbin terus mengambilnya dan menoleh ke arah lain. Makin merah mukanya aku lihat.

Hanbin memang selalunya malu dengan perempuan. Mungkin sebab itulah dia tak pernah ada yeochin. Kalau dengan aku mungkin juga tidak janggal sebabnya kami dah berkawan sejak kecil. Kira lama jugaklah kenal dengan perangai dia ni.

Saat kaki aku menjejakkan kaki ke atas tanah Fukuoka , aku dapat rasakan tubuh aku ditolak angin kencang yang bertiup sejuk. Skirt pendek aku juga ditiup angin sehingga terangkat-angkat.

Melihat keadaan aku yang kalut di situ , Hanbin yang berjalan di belakang aku mengikat lengan hoodie nya di sekeliling pinggang aku. Aku terkedu seketika , berdiri seperti patung di situ tanpa bergerak seinci pun.

Aku terasa suam. Tubuh badan dia yang hanya beberapa inci dari belakang aku seakan-akan terasa seperti Hanbin sedang memeluk aku. Aku tahu aku cuma berangan. Tetapi semua itu seolah-olah benar terjadi.

"Thanks.." Aku tersenyum janggal. Hanbin mengangguk perlahan dan kemudiannya menarik tangan aku bersamanya.

Setelah mengambil semula bagasi , aku dan Hanbin mengangkat kaki meninggalkan Fukuoka International Airport.

Sepanjang perjalanan menuju ke hotel , aku hanya termenung jauh. Jujur aku katakan , aku kagum melihat ekonomi bandar matahari terbit ini. Semuanya kelihatan cantik saja.

Memang sudah cukup bagus mama memilih bandar ini untuk aku dan Hanbin merehatkan minda yang kusut ni.

"Lepas check in , nak pergi makan sushi tak?" Aku tersentak dari lamunan jauhku. Badan aku dipusing menghadapnya yang duduk di sebelah aku ketika itu.

"Tapi aku tak makan sushi.. tak sedap." Muka cemberut yang sengaja aku pamerkan membuat dia ketawa. Comelnya lesung pipit dia ni...

"Kalau macam tu , how about takoyaki?" Soalan dia bernada seakan-akan mahu aku setuju dengan cadangannya itu. Sekurang-kurangnya untuk kali ni.

"Boleh tak kita makan makanan Korea je? Ttobokki ke? Bulgogi ke?" Aku cuba untuk tidak mengecewakan Hanbin. Dia sendiri pun tahu yang aku tak biasa dengan makanan luar.

Cerewet lah katakan.

"Okay , fine. Tapi lepas kita cari restoran Korea dekat-dekat dengan hotel nanti , kita pergi makan takoyaki? Arasseo?"

Hanbin mengangkat jari telunjuknya pada aku. Dia ni tak ubah macam makcik tua kerepot yang sedang memberikan nasihat pada kanak-kanak degil seperti aku. Aku ketawa dan hanya mengangguk tanda faham.

"Erkk.. Yeeun. Boleh tak kalau kita bahasakan diri 'saya' dan 'awak'? Bukannya apa.. kau kan wife aku sekarang?"

---

Just a simple note for yaa ツ

Kalau ada antara korang yang kenal @Jinnie_baebae , yea... itu acc lama author^^ Yalah , manalah tahu kalau korang readers atau followers acc lama tu? At least korang tahu yg author dah lama tak update sebab tak boleh nak log in.

Bedroom, Baby! [ MalayFic ] ✔Where stories live. Discover now