➡Aman Damai⬅

316 10 0
                                    


            Persekitaran Kerajaan Gemilang Jaya aman damai,dimekari dengan tumbuh-tumbuhan yang hidup menghijau, menyenangkan rakyat jelata di situ...Kehidupan yang penuh dengan tolak ansur dan berbudi bahasa dijadikan contoh kepada anak-anak muda dan Kerajaan Negara lain....

           Disatu bahagian di muara sungai,airnya jernih dan bersih menjadikan persinggahan Raja dan Permaisuri Gemilang Jaya mengambil angin bersama anak-anaknya yang berusia 10 tahun dan 8 tahun...serta pembesar dan hulubalang bersama baginda sekeluarga....

"Ayahanda,bolehkah anakanda berdua pergi ke sungai itu,anakanda berdua mahu mandi-manda.."pinta si anak teruna baginda bernama Megat Farid...dia meminta dengan senyuman yang berseri-seri...dihatinya terasa teringin sekali..

         Baginda Raja Megat Haris tersenyum dengan permintaan anaknya...dia memandang permaisurinya yang kini sedang hamil 5 bulan...isterinya,Dayang Ayanis membalas senyuman suaminya...

"Boleh anakankda ku sayang...tapi pergi bersama penjaga kamu ye nak..."ujar Baginda Megat Haris sambil mengusap-usap kepala anaknya...anaknya yang perempuan berusia 8 tahun itu sedang memetik bunga berhampiran mereka...

        Kepetahan Megat Farid berkata-kata membuat hati Baginda berasa gembira...di dalam andaiannya,suatu hari nanti Megat Farid akan menjadi pemerintah yang disanjung tinggi...

"Terima kasih,ayahanda.."ucapnya gembira lalu memanggil adik perempuannya yang leka dengan bungaan... Baginda dan Permaisuri melihat gelagat anak-anaknya dengan senang hati...

"Dang Mala,ingatkan semua jangan leka,lihat-lihatkan anakanda beta...!! "perintah Baginda kepada pengasuh serta penjaga anak-anaknya...

"Baik Tuanku,menurut perintah..."

"Ermm,kanda..Dinda rasa mahu makan buah jambu..adakah di sini mempunyai pokok buah itu..."

"Oh,dinda mengidam buah jambu kah...dinda nie..hihi"Baginda ketawa kecil...jikalau dulu semasa mengandungkan Megat Farid,isterinya mengidam daging landak..diperintah hulubalang istana menangkap landak dan dimasak mengikut selera isteri iaitu dibuat masak lemak...kemudian,Dayang Dayana pula,mengidam mahu makan telur ikan tembakul,nasib di masa itu musim ikan tembakul bertelur jadi dapatlah isterinya merasai telur ikan itu..kalau tidak kempunan mahu lari ke batu belah batu bertangkup pula...

"Kanda,apa yang kanda menungkan?"tanya Permaisuri Dayang Ayanis...Baginda tersenyum...

"Kanda hanya teringat semasa dinda hamilkan Megat Farid dan Dayang Dayana saja..."jawapnya...

"Oh,ingatkan apalah kanda nie...Kanda perintahkan seseorang untuk mencari buah itu,kanda.. dinda teringin mahu makan buah jambu itu..."rayu Permaisuri..dia mengusap-usap perut yang membulat itu....

"Baiklah dinda sayang... "Permaisuri hanya tersipu malu...kemudian Baginda bangun dan berjalan...

"Bendahara,perintahkan hulubalang mencari buah jambu.."titahnya..

"Baiklah Tuanku...akan dilaksanakn segera...

"Kanda,dinda pergi melihat anak-anak ya... "Baginda hanya mengangguk dan Permaisuri pergi ditemani pembantu-pembantunya...

👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣

       Tersenyum Permaisuri Dayang Ayanis melihat anak-anaknya mandi-manda di sungai  di depannya...anaknya ditemani hulubalang yang menjaganya...mujur persalinan sudah disediakan...semuanya pengasuh mereka yang menyediakan...

         Sedang dia memerhati anak-anaknya,matanya tertangkap satu objek yang sedang timbul dihadapannya...dia amati,dan dia seperti kenal akan objek itu dan lantas dia terasa gembira sekali...

"Temangi,pergi ambilkan yang sedang terapung itu..."katanya sambil menunjukkan ke arah yang disebutkan... pembantunya yang bernama Temangi itu tanpa banyak soal mengikuti arahan Permaisuri itu...

"Oh,buah jambu la..."kata Temangi perlahan...sempat dia mencuci buah itu walaupun buah itu hanyut di sungai itu..

"Ini dia,Tuanku..."dihulurnya buah jambu kepada Permaisurinya...

          Permaisuri Dayang Ayanis mengambil dengan suka hati...memang dia sudah lama dan teringin sekali untuk mendapatkan buah itu...kemudian,dia terus menyantap buah itu sehingga habis...

"Manis sekali buahnya...dan enak sekali...maaf beta tak dapat berkongsi bersama kalian..."ujarnya apabila sudah menghabiskan buah jambu itu...

"Tak mengapa, Tuanku...patik semua berasa gembira melihat Tuanku makan sudah cukup,Tuanku..."kata Temangi...

         Permaisuri hanya tersenyum,dia seorang yang suka berkongsi makanan kepada sesiapa pun...tak kira orangnya siapa...tak pernah lokek akan berkongsi sesuatu,begitu jugak suaminya...disebabkan itu Baginda dan Permaisuri disayangi rakyat jelata.. dan selalu mendoakan mereka berdua...

       Secara tiba-tiba Permaisuri pengsan dan langit yang cerah bertukar mendung,seperti mahu hujan...angin yang kuat melanda dan petir dan guruh bertempikan...

"Sudah kenapa ini?"soal Baginda dan semua disitu...

"Tuanku!! Permaisuri pengsan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.."laung pembantu Permaisuri...dengan wajah risau dan mahu menangis...

"Apa!! "Baginda berlari ke arah isterinya..anak-anaknya dah dibawa naik oleh hulubalang yang menjaga...

"Sekarang segera pulang ke istana..."arah Baginda Megat Haris.. dia mecempung isterinya dan berlari balik ke istana...wajah pucat isterinya dia tenung seketika...

"Pastikan anak-anak beta dan semua selamat...cuaca tidak baik..segera pulang..."arahnya lagi...

(⊙o⊙)❕❕❕❕❕❕❕❕❕
Apa yang terjadi seterusnya??Macam mana ok tak permulaan nie...mesti yang baca akan terfikir "macam pernah aku tengok je cter Dayang Senandung nie"

Memanglah..kan ada cternya...tapi sy ambil untuk tulis cter nie tapi sy nak ubah sikit jalan cternya...tak tahu best ke tak...

harap ada suka walaupun tak berapa ok cternya....

boleh komen atau vote... ikut suka anda...

👉💗💗💗💗💗💗💗👈

Dayang SenandungWhere stories live. Discover now