➡Dewa Valtre⬅

130 7 0
                                    


Di Suatu Tempat..Tidak Bernama...

Senyuman sinis menghiasi wajahnya...menampakkan gigi taring yang tajam di seliti kesan-kesan cecair merah...matanya ligat memerhati pada globe kristal yang berwarna putih pucat itu...

Kadang wajahnya yang hodoh terpamer kemarahan,kadang riak kebosanan dan kebencian...kadang tak tahu mana datangnya tekanan,dia menarik-narik tanduk pendek di dahinya akibat dari itu...

Di samping itu,wajahnya yang berwarna merah gelap bertambah gelap akibat kemarahan yang meluap-luap...

"Hoii,Bara...bawa kan aku Arak Dor lagi...aku dahaga...!!"tempik kuat orang itu...orang yang bernama Bara itu kelihatan takut yang amat sangat...tuannya perlukan minuman...

Cepat dia mengikut perintah tuannya...sebotol arak yang berwarna merah delima dan baunya sungguh memukau perasaan pada sesiapa yang terhidunya...dan akan terus ketagih apabila mula meminumnya...

Arak Dor adalah campuran darah pekat iaitu darah binatang atau darah manusia seorang pesalah,tak kira manusia itu salah dari segi apa pun...dan kerja Bara adalah memastikan stok Arak Dor sentiasa ada...bagi proses penapaiannya pula,darah pekat itu akan dicampur dengan cecair manis dan akohol,dan ditapai selama sebulan....

Bara telah mencubanya,kerana dia yang telah membuat arak itu untuk tuannya saja...sebaik saja arak itu sampai di tangan tuannya itu,dia teguk habis...akibat gelojoh ada juga yang meleleh di lehernya...

"Aahhh!!!aku tak puas...ahhh!!!"jerit tuannya mengamuk kemudian mencampakkan gelas ke lantai...matanya menyinar galak...

"M-maaf tu-tuan...hamba salah..."Bara terus menyembah meminta ampun...dia pasti akan dihukum akibat kesalahannya...pucat lesi wajah Bara dengan amukan tuannya...

"Beribu tahun aku tunggu...sekarang masanya....Hahahaha!!!"gelak kuat tuan si Bara menghiraukan maafnya...

"Aku nak kau siapkan tentera yang terkuat dari semua sudut..aku nak mereka bersedia...sampai masa sesuai baru bertindak dengan arahan Dewa Valtre...fahamm!!"arahannya dengan tempikan kuat lagi....

"Fa-faham tuan..."dengan sepantas kilat dia menghilang pergi ke kawasan tentera....

"Hahahahahaha".. Dewa Valtre terasa lucu... tapi tidak tahu lucunya di mana...akhirnya penantiannya akan tiba....

👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣

Imbas Kembali...

Seseorang jejaka yang gah lagi tampan dengan pakaian rasminya sebagai Raja kerajaannya sedang berjalan-jalan mengambil angin...menghirup udara segar dapat menghilangkan kerungsingan berat kepalanya yang semesti yang telah penat mengurus pemerintahan kerajaannya....

Hanya dia seorang tanpa ditemani oleh sesiapa...memang sudah diarahkan tidak sesiapa yang mengikutnya...dia benar menyukai akan keindahan itu...dan dia paling senang ke mana saja dia boleh pergi dengan ada sayap putih miliknya...

Tanpa menyedari akan bahaya di waktu itu,sayap putihnya telah dipanah...dia meraung kesakitan dan tidak berdaya dia terus menjunam jatuh....dia pantas menutup mata... dia berserah seandainya dia akan mati saat itu...

Ketika itu,dalam kiraan sesaat dan selebihnya,jejaka itu sudah kepelikkan dalam kesakitan...dia mencelikkan mata,ada sesorang sedang menyelamatkan dia...

"Kamu akan okay...saya akan menyelamatkan kamu..."ketika itu wajah si penyelamat sudah dapat dikenalpasti...seorang gadis...paras yang menawan...mempunyai sayap sepertinya tapi agak berkilauan...terbit senyuman menenangkan si gadis bagi si jejaka itu....dia pengsan tidak sedarkan diri...

Dayang SenandungWhere stories live. Discover now