☾ WINGS ❉ 1 ☽

1.3K 62 4
                                    


Sayap 1

Mizuki tahu dia telah melakukan kesilapan besar.Ianya amat jelas terpancar kemarahan pada wajah Kazua.Dia merupakan ketua band tersebut.Dia mempungai wajah yang menarik dengan warna rambutnya yang biru serta kulit yang putih.Dia mejadi tarikan ramai orang.Kazua merupakan seorang yang berpendirian tegas namun dia merupakan seorang yang baik .Dia merupakan penyelamat kepada Mizuki.Kerana dialah Mizuki bermimpi.Kerana dialah Mizuki berimpian.Walaupun Kazua dua tahun lagi tua daripada dia,namun Mizuki tetap menyukai dia.


Namun kini dia perlu menerima hukuman kerana mengkhiannati band itu.Dia telah dikeluarkan dari kumpulan band tersebut kerana dianggap telah mengkhianati band tersebut dengan memberikan kertas muzik mereka kepada musuh pada pertandingan akan datang.Mizuki berasa kecewa dengan sikap mereka namun dia tidak mempungai bukti kukuh untuk menangkis tuduhan mereka.Mizuki terasa seperti separuh daripada dirinya telah mati meniggalkan lubang hitam yang tidak mungkin pulih dalam hatinya.Dirinya ingin menjerit, meraung dan menangis sehingga dia kehilangan suara,air mata sehingga tiada apa yang tinggal.Yang tinggal hanyalah dirinya yang terasa amat kosong.Kosong dan sepi.Namun dia tidak dapat membawa dirinya berbuat demikian.Dia hanyalah insan biasa yang tidak berdaya mengharungi cabaran.


Mizuki melepaskan sebuah keluhan.Dia mengalihkan pandangan pada meja bulat yang diperbuat daripada batu marmar itu.Kebiasaannya dia dan ahli-ahli band suka duduk di meja tersebut untuk menggubah muzik bersama.Namun kini hanya tinggal kenangan yang indah sahaja.Inilah tempat terakhir di mana mereka semua gemar melepak bersama.Dia mengeluh. Dia bagaikan orang yang tidak berotak.Buat apalah dia mengunjungi semua tempat ini?Tidak kira apa yang dilakukannya Kazua tidak mugkin akan memaafkannya.Jadi mengapa dia membuang masa di sini?Dia melepaskan ketawa yang terasa kosong dan sepi.Ketawa yang telah hilang cahaya kegembiraan.


Memorinya tidak dapat melupakan mata Kazua yang dingin dan sepi memandangnya membakar dalam ke hatinya meniggalkan parut yang tidak mungkin akan sembuh sampai ke akhir hayatnya.Kazua yang dikenalinya tidak akan memberi peluang kedua kepada sesiapa yang telah melakukan kesilapan.Perkataanya berbaur bisa ular yang merebak,ketua yang amat tegas dan berpendirian tetap.Kesilapan dia.Salah dia.Namun kalaulah dia tahu hal yang sebenar mengapa dia mengkhianati band tersebut.Kazua pasti akan memilih Azu Yuki,seorang gadis yang amat comel dengan mata yang bulat berwarna kehijauan,berkulit cerah.Azu amat sepadan dengan Kazua.Mereka memang layak bersama dan sudah pasti Kazua akan membenarkan dia untuk menggantikan tempat Mizuki sebagai vokalis utama.


Mizuki dapat merasakan matanya menjadi kabur dan pedih.Air mata yang terasa amat berat menakung di peulupuk matanya.Dia menggigit bibirnya yang mula bergetaran menahan duka di hati.Namun apalah dayanya.Dia hanyalah manusia biasa.Hati dia bagaikan kaca yang terhempas berderaian.Dia gagal menahan duka yang terasa amat berat sekali di bahunya lalu menjerit sekuatnya.Membiarkan air matanya jatuh berguguran.Bersinar bagainkan berlian apabila terdakap cahaya mentari yang semakin hilang seperti mutiara terurai.


* * *


"Kasihannya."Matanya tidak beralih daripada gadis yang sedang menagis  itu.Dia menggelengkan kepalanya melihatkan nasib gadis tersebut.Seorang lelaki berpakaian seperti seorang putera dari negara barat mendarat di tepinya tanpa mengeluarkan bunyi.


"Dia terlalu lemah.Saya rasa dia bukanlah puteri tersebut.Dia mungkin tidak tahu berlawan pun."Katanya dingin.


"Hibari-kun,kamu tidak patut berkata buruk sebegitu tentang seorang puteri."Balasnya.


Dia menjeling tajam kearah dia."Inilah hakikatnya bahawa dia memang tidak sesuai menjadi pemmerintah dunia tersebut.Dia tidak mungkin dapat bertahan langsung untuk beberapa saat pun,Azusa-kun."Kata Hibari.


Azusa mengeluh.Matanya kembali memandang kearah gadis tersebut yang mula bangkit dan berjalan pulang.Mafela yang dipakainya digunakan untuk menutup wajahnya yang basah dengan air mata yang masih tersisa.


Let the game begin.


Book 1 : ☾ DESTINY☽ (VERSI LAMA)Where stories live. Discover now