Sayap 2
Mizuki mengelap sisa baki air matanya yang semakin mengering dibuai angin salju yang turun.Putih dan suci.Sejuk dan dingin.Hidungnya menjadi semakin merah kerana kesejukan.Dia menarik mafelanya untuk menutupi hidungnya.Dengan berhati-hati dia melintasi jalan raya yang sunyi dan sepi.Ais semakin meliputi segenap jalan menjadikannya agak sukar untuknya berjalan dengan selamat.Namun dia terlampau sedih atas kejadian yang berlaku sebentar tadi untuk memikirkan tentang keselamatannya.Lampu jalan telah mula dinyalakan di sepanjang jalan menciptakan suasana dingin dan menakutkan.Senja telah lama pergi digantikan malam yang disinari cahaya bulan sabit menerangi malam dengan kerlipan bintang yang tidak terkira.Salju terus turun dengan perlahannya meliputi setiap kawasan.
Namun tiba-tiba Mizuki berasa amat dingin yang bukan disebabkan salju atau kesejukan.Rasa dingin tersebut terasa amat kuat mencengkan seluruh pelusuk tubuhnya. Kesejukan tersebut seakan-akan menyelam dalam sehingga ke tulangnya menyebabkan Mizuki menggigil.
Mizuki . . .
Mizuki menjadi kaku mendengar suara tersebut.Suara tersebut kedengaran lembut seperti loceng yang dibuai lembut angin musim luruh.Dia menoleh ke belakang.Mata dan badannnya bersedia untuk mempertahankan diri namun die menjadi keliru apabila tiada sesiapa langsung yang berada di situ melainkan dirinya seorang.Perasaan tidak sedap hati mula mencengkam kuat hatinya.Seperti ada sesuatu yang tidak bagus akan berlaku.Namun secepat kerdipan mata perasaan tersebut hilang.Namun pada masa yang sama dia ditolak dengan kuat ke tengah jalan raya yang licin dan diliputi salju tersebut.
Perasaan sedih dan takut diganti dengan perasaan marah.Dia menoleh ke belakang namun tiada sesiapa yang berada di belakangnya atau di sekelilingnya.Dia mula berasa bimbang.Degupan jantungnya menjadi amat cepat seperti dia baru sahaja berlari sejauh 21 km marathon.Sayup-sayup kedengaran bunyi tayar kereta yang kedengaran amat bingit cuba membrek.Beberapa saat kemudian sebuah kereta muncul.Gaya memandunya amat bahaya dan tidak terkawal di jalan yang licin.Amat nyata yang pemandunya gagal mengawal kenderaanya.
Mizuki cuba bangun namun kakinya terasa amat lemah seperti tulangnya telah dihancurkan.Kereta tersebut semakin menghampirinya.Dia mula merintih.Dia masih belum meminta maaf dengan Kazua dan ahli-ahli band yang lain.Mereka masih belum tahu perkara yang sebenar.Dia mencuba lagi untuk berdiri dan akhirnya berjaya namun kakinya tidak akan berhenti bergetar dan sebelum sempat dia melangkah kereta tersebut menhentam tubuh Mizuki tanpa belas kasihan menyebabkan Mizuki terpelanting.Cermin matanya yang merupakan cermin mata lama ibunya jatuh tidak jauh daripada tubuh kaku Mizuki.Tercalit darah pada cermin mata tersebut dengan serpihan cermin tersebut retak terbentuk seperti sarang labah-labah.Mizuki hanya mampu merenung.Matanya menjadi kabur dengan darah yang mengalir daripada dahinya,mekaburkan lagi pandangannya.Seluruh pelususk tubuhnya berasa amat menyakitkan untuk bergerak seperti setiap satu tulangnya telah patah.Bau darah yang memuakkan menusuk hidungnya .Kedengaran kereta tersebut menghentam pembahagi jalan.Serpihan-serpihan kaca jatuh satu demi satu berdekatannya namun dia tidak dapat memfokuskan fikirannya.Perlahan-lahan matanya mula terasa amat berat.Dia berasa amat letih dan penat.Adakah salah untuk aku tidur sekejap sahaja?
"MIZUKI!!!"kedengaran suara seseorang menjerit nyaring memanggil namanya.
Siapa?Kenapa suara tersebut kedengaran biasa?
Perlahan-lahan pandangan matanya menjadi gelap.
YOU ARE READING
Book 1 : ☾ DESTINY☽ (VERSI LAMA)
FantasyPLEASE go read the new version : 1st book of The Lunar Chronicle - ☾ DESTINY ☽ I make a new version of the first book which will be longer and better written than this version. yes consider this one as an old version but it's okay to read this o...