Sayap 8
"Azusa!!!!"Jeritan Hibari membawanya kembali ke dunia tempat dia bertapak.
Namun dia memberi respon yang lambat.Tengkorak tersebut berjaya merampas busur dan begnya yang berisi anak panah.Busurnya dipatahkan dengan mudah seperti tulang yang rapuh.Namun hakikatnya yang busur tersebut diperbuat daripada kayu paling keras.Begnya yang berisi anak panah dicampak jauh ke dalam semak samun.Azusa menggengam penumbuk.Dia cuba menahana amarah yang bangkit di dalam dirinya lalu menumbuk tengkorak tersebut.Tengkorak tersebut pecah berderai sebelum menjadi abu dan hilang.
"Mereka terlampau ramai."Ujar Azusa."Kita harus bergerak ke dalam istana.Mereka tidak akan berani melangkah ke dalam istana."
Hibari mengangguk tanda setuju.Dia melancarkan serangan padu kearah mereka untuk membuat laluan.Azusa mengembangkan sayapnya lalu memegang bahu Hibari.Mereka mendarat di pintu istana lalu melangkah masuk ke dalam.Perlahan-lahan semua tengkorak tersebut berundur lalu melutut.Hibari melihat kearah Azusa dengan kehairanan.
"Baik kita teruskan."Kata Hibari.
"Awak tahu kan yang bekas kembar Raja Vampyr telah dibunuh oleh Tzuki beberapa tahun lama dahulu?"Hibari mengangguk.
"Itu yang saya ingin pastikan.Sama ada kita tersilap orang."Kata Hibari.
"Apa maksud awak?"Soal Azusa keliru.
"Mungkin bekas kembar Raja Vampyr yang dibunuh bukanlah dia tapi kembar dia yang lagi satu."Terang Hibari.
"M. . .maksud awak dia telah merancang semua ini?"Soal Azusa.
"Tak.Dia mungkin tidak mengetahui bahawa semua ini telah dirancang."Balas Hibari.
Hibari terus berkata,"Dalam kisah Tzuki membunuh bekas Raja Vampyr iaitu,King Chris Field,dia telah melayan Tzuki dengan baik dan ingin menjadikan dia sebagai permaisurinya.Adakah awak sedar yang King Chris Field tidak akan berkelakuan sebegitu. Awak pasti sudah arif dengan perangai sebenar King Chris Field yang suka membunuh sesiapa sahaja tidak kira umur atau jantina.Berbeza dengan kembarnya,King Rogue Field bersikap prihatin dan berkerjasama.Dia pasti tidak akan membunh sesuka hati.Muka mereka berdua amat susah dicam kerana mereka berdua mempungai rupa yang amat sama kecuali parut di bahu King Chris Field."
"Ini bermaksud mereka telah menyumpah King Rogue dan bukannya King Chris tanpa disedari.Tapi bagaimana King Chris boleh menyamar dan bersikap seperti King Rogue?"Teka Azusa.
"Dia pasti telah merancang semua ini.Dialah dalang yang telah mengkhianati kita semua dalam diam dan memaklumkan puak kegelapan kematian bekas pemerintah."Jelas Hibari.
Bunyi tepukan tangan yang amat kuat mengejutkan mereka berdua.Mereka dapat merasai sebuah kuasa yang amat kuat menghampiri mereka.
"Bijak.Memang bijak.Saya amat mengagumi ketajaman akal fikiran kamu berdua."
YOU ARE READING
Book 1 : ☾ DESTINY☽ (VERSI LAMA)
FantasyPLEASE go read the new version : 1st book of The Lunar Chronicle - ☾ DESTINY ☽ I make a new version of the first book which will be longer and better written than this version. yes consider this one as an old version but it's okay to read this o...