☾ WINGS ❉ 10 ☽

729 47 18
                                    


Sayap 10


"Mizuki !!!!"Mizuki membuka matanya perlahan-lahan.


Mata dia masih kabur menyukarkan pandangannya.Dia cuba berdiri namun pandangan matanya mula menjadi kelabu dan kepalanya mula berpinar membuatkan dia tidak stabil.Salah seorang dari mereka menyentuh lembut bahu dia seakan-akan menyuruhnya untuk kekal dalam posisi tersebut buat seketika waktu. Setelah beberapa saat kemudian dia dapat melihat dengan lebih jelas.Kelihatan Natsu,Renji dan Reiji dan dua lagi wajah baru.


"Awak tak apa-apa?Puteri Mizuki?"Soal Renji dengan suara yang bimbang.


Mizuki cuba untuk bangun dan kali ini mereka tidak menghalang.Sebaliknya mereka menolong dia untuk bangun dan bersandar di batang pokok tersebut.Mereka memberikan masa untuknya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Langit kelihatan cerah. Tiada kelibat burung gagak lagi.Dia memandang wajah Renji,Natsu dan Reiji yang kelihatan amat bimbang.


"Saya tak apa-apa,Renji."Kata Mizuki."Apa yang berlaku?"Soalnya.


Dia berasa pelik kenapa dia masih hidup.Malah tubuh dia masih berasa lenguh namun selain itu tiada tanda bahawa dia mengalami kecederaan yang amat parah. Sedangkan sebentar tadi dia hampir tinggal nyawa-nyawa ikan dibelit ular tersebut.Namun kini dia hanya mempungai sakit kepala yang ringan selain berasa amat letih.


"Semasa saya melakukan serangan,tubuh kamu tiba-tiba bersinar dan sebuah sabit yang panjang muncul di atas kamu.Dan kamu sedang memegangnya seperti sabit tersebut sebahagian daripada diri kamu.Dan kamu telah menggabungkan serangan kamu dengan serangan saya lalu menghapuskan makhluk tersebut."Terang Reiji."Selepas tuan puteri berjaya mengalahkan makhluk tersebut,sabit tersebut pecah menjadi serpihan-serphina kristal sebelum bertukar menjadi serbuk yang bersinar mengelilingi tubuh puteri.Pada waktu tersebut tuan puteri hilang kesedaran."


"Betul tu!Reiji panik sangat kerana risa-Ack!!!"Reiji menyepak kaki Natsu sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.


"Tapi kami semua memang risau pasal nyawa tuan puteri,"Kata Renji.


Lukanya kelihatan beransur pulih meninggalkan sedikit kesan calar dan darah kering.Setelah mendengar penjelasan mereka,Mizuki melihat kearah tangannya . Seakan-akan melihat sama ada sabit yang dikatakan Reiji akan muncul atau tidak.Jika ya,kenapa dia langsung tidak mempungai memori mengenai peristiwa tersebut?


"Sebagai pengawal awak,kami amat yakin terdapat satu kuasa tersembunyi di dalam diri Puteri Mizuki."Kata satu suara yang amat asing.


Dia melihat kearah dua kelibat orang tersebut yang sudah pasti merupakan Hibari dan Azusa. Mereka menyedari Mizuki sedang memandang mereka lalu tunduk hormat di hadapannya.Mizuki berasa kekok dengan tunduk hormat yang selalu dilakukan mereka.Dia masih belum biasa dengan tunduk hormat yang mereka selalu lakukan.


"Harap diampun tindakan kami yang amat kurang sopan kerana tidak memperkenalkan diri kami terlebih dahulu namun keadaan tuan puteri tidak mengizinkan kami memperkenalkan diri.Nama saya Yagami Azusa,knight awak yang keempat."

Book 1 : ☾ DESTINY☽ (VERSI LAMA)Where stories live. Discover now