☾ WINGS ❉ 6 ☽

536 49 2
                                    

Sayap 6

Mizuki tidak dapat mengalihkan pandangan matanya daripada melihat pertempuran tersebut.


Takut?


Ya.Aku berasa amat takut.Takut melihat mereka terkorban. Aku tidak mahu melihat kematian orang yang asku sayangi lagi. Terutamanya tidak di dihadapan kedua-dua mata aku yang mungkin bakal menjadi saksi kematian.


Reiji berdiri di hadapan Mizuki seperti melindunginya.Ekor-ekornya bersinar dengan cahaya yang warnanya tidak saling tumpah bezanya dengan warna cahaya bulan yang bersinar terang di langit malam.


"Ojousama Mizuki?"Reiji memanggilnya dengan lembut membuatkan Mizuki tersentap.


Dia masih berasa amat takut.


"Ya?"Balas Mizuki sambil melihat tepat ke mata Reiji.Warna matanya amat menawan. Warna unggu pekat yang amat anggun.


"Bolehkah puteri meletakkan kepercayaan puteri terhadap kami?"Soalnya dengan senyuman yang menenangkan.


"Eh?. . . . etto . . . "Dia berasa ragu-ragu untuk mempercayai mereka bertiga.


"Jangan takut.Saya cuma ingin minta awak untuk meletakkan kepercayaan ojousama Mizuki terhadap kami,boleh?"Mizuki merenung dalam ke matanya yang jernih itu.


Aku . . .


"Baiklah . . ."Ucap Mizuki perlahan."Saya percayakan kamu semua."Dia tersenyum lalu mengucup dahi Mizuki.


"Terima kasih ojousama Mizuki."Mizuki tersenyum.


Entah kenapa dia tidak berasa takut lagi.Reiji seakan-akan mengeluarkan aura yang amat menenangkan.Lagipun dia terlampau terpegun untuk berasa takut.Sebaliknya dia berasa amat tenang.Dia tiba-tiba berasa amat yakin akan kebolehan mereka walaupun ini kali pertama dia mengenali mereka dan memandangkan dia masih belum arif dengan hal-hal di dunia ini.Muka Reiji tiba-tiba menjadi merah padam.


"Kenapa?"Soal Mizuki.Reiji menekup mulutnya dengan tangannya lalu menoleh kearah lain.


Wajahnya masih merah padam.Natsu ternampak wajahnya yang merah padam dan tersenyum dengan sinis.Amat jarang untuk Reiji membuat ekspresi disebabkan dia selalu menunjukkan muka yang tenang dan terkawal sepanjang masa.


"Oho~ .Saya tahu kenapa muka dia merah padam.Jarang-jarang muka dia jadi merah padam tau.Ini hanya berlaku kalau dia telah jatuh ci-Aduh!!!"Reiji menampar kepala Natsu sebelum dia boleh menghabisan ayatnya.


"Erk. . . . ???"Mizuki berasa keliru dengan apa yang sedang berlaku.


Dia melutut di hadapan Mizuki lalu berkata"Maafkan kelancangan mulut Natsu, ojousama Mizuki.Saya cuma terfikir yang awak kelihatan amat cantik dan menawan ketika awak senyum.Ianya bagaikan mentari yang bersinar terang dalam kegelapan."Ujar Reiji.


Kini giliran Mizuki pula untuk berasa malu.Muka dia menjadi merah padam dan rambutnya bertukar warna menjadi warna lembut sakura.Jarang-jarang ada orang puji senyumannya.Senyuman dia selama ini tidak pernah ceria.Ianya hanyalah senyuman yang kosong dan penuh dengan kesakitan,kesedihan dan kecemburuan.


Jeritan Renji yang kedengaran amat nyaring seperti dia sedang menahan kesakitan mengejutkan mereka.kelekaan mereka telah menyundang kearah kecederaan yang lebih parah pada sahabat mereka.Reiji menetapkan dirinya di hadapan Mizuki lalu mengeluarkan katanya lalu melancarkan serangan kearah burung-burung gagak tersebut untuk mengambil perhatian burung tersebut.Burung-burung gagak tersebut pula seakan-akan baru menyedari kehadiran kami bertiga dan mula gak dengan kuatnya membingitkan telinga.Mereka mula terbang meninggalkan tubuh Renji yang masih berada dalam keadaan serigala.Tubuhnya berlumuran darah yang banyak menaglir keluar.Dia terbaring kaku di situ walaupun burung-burung gagak tersebut tidak lagi mengerangnya. Kemungkinan besar dia hanya pengsan kerana kehilangan darah yang banyak.


Natsu mengambil kesempatan itu untuk bergerak kearah Renji.Reiji memposisikan dirinya lalu melancarkan serangan padu yang menyebabkan sebahagian besar burung-burung gagak tersebut tercampak jauh lalu jatuh ke bumi tanpa nyawa.Namun itu bukanlah tanda kejayaan lagi,namun harapan masih ada.


Reiji mengangguk kearah Natsu yang sedang memapah Renji yang telah berubah ke tubuh manusianya.Tubuhnya berlumuran darah dan penuh dengan kesan cakaran.Terdapat satu kesan cakaran yang sangat besar menanggalkan daging di bahagian bahunya hampir menampakkan tulang kelihatan amat jelas.Mizuki cuba menahan dirinya daripada berasa mual.Natsu mengusung Renji lalu melompat tinggi ke udara lalu menghilangkan diri di setelah menjunam ke dalam hutan yang tebal.Dia hanya mampu berharap mereka akan mampu menyembuhkan diri mereka di suatu tempat tersembunyi yang selamat terlebih dahulu.


Reiji mengeluarkan pedangnya lalu menyebut,"Sen sakura kaben,Tobichiru!"


Ratusan kelopak bunga sakura muncul dari tanah menuju ke langit dalam bentuk pusaran yang lembut.Warnanya amat memukau dan membuatkan musuh leka untuk seketika.Namun sebelum mereka boleh menyedari kesilapan mereka,kelopak-kelopak tersebut yang menyentuh mereka diarasakan amat lembut menjadi senjata seperti pisau yang amat tajam melukakan mereka. Ribuan demi ribuan burung gagak jatuh ke bumi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.Mizuki hanya mampu menyaksikan dengan penuh kagum.


Mizuki berasa terkejut apabila dia tiba-tiba sahaja dia diangkat ke  dalam gakapan Reiji.Dia telah berjaya mengganggu tumpuan burung gagak tersebut dan mengambil peluang tersebut untuk melarikan diri.Mizuki telah mengambil peluang tersebut untuk meneliti wajah Reiji yang kelihatan tenang walaupun setelah berlawan dengan burung gagak tersebut.mereka terpaksa menyorok sekali-sekala untuk mengelakkan bertembung dengan ahli-ahli puak kejahatan.Reiji telah mengesan jejak yang ditinggalkan Natsu lalu memadamnya agar tidak dapat dijejaki oleh puak kejahatan yang lain. Ianya sentiasa kedengaran seperti mereka sedang menghampiri mereka membuatkan Mizuki berasa risau dan gentar.Akhirnya mereka menemui Renji dan Natsu.Mizuki meghembuskan nafas lega namun ini bukanlah masa untuk berasa lega.Ini barulah permulaan sebuah pertempuran. Masih banyak akan menghampiri.

Book 1 : ☾ DESTINY☽ (VERSI LAMA)Where stories live. Discover now