Sayap 7
Renji masih belum menyedarkan diri namun perdarahannya telah dihentikan dan luka-lukanya telah dibersihkan dan dibalut dengan kain bersih.Sementara Mizuki memerhatikan Renji,Reiji dan Natsu sedang berbual dalam nada yang rendah seakan-akan tidak mahu dia terdengar perbualan mereka.Setelah mereka selesai berbual Natsu menghilangkan diri ke dalam hutan.Mizuki melihat kearah Reiji dalam kekeliruan.
"Natsu perlukan darah.Dia semakin lemah dan bau darah awak dan Renji membuatkan dia lebih dahaga.Jadi aku membenarkan dia untuk berburu dan pulang semula ke sini."Jelasnya.
Mizuki mengangguk.Dia mengalihkan pandangannya kearah langit yang masih gelap.Tiada satu pun sinar mentari yang mampu menembusi awan gelap tersebut.Dia trimbas kembali bagaimana dia boleh berada di sini.Sebelum ini dia hanyalah manusia yang lemah dan tidak mempungai kemahiran bersosial yang baik.Namun dalam sekelip mata dia tiba-tiba mendapati diri dia beada di sebuah dunia yang lain dan lelaki-lelaki tersebut mengelarnya puteri.
Apa yang terjadi sebenarnya.Kenapa aku?
Dalam ketika itu dia tidak menyedari kehadiran sebuah makhluk yang menyelinap secara senyap-senyap di belakangnya.Makhluk tersebut tersenyum sinis melihat Mizuki yang duduk berseorangan tanpa diawasi oleh sesiapa.Dia tidaK memperdulikan Renji yang terlantar berdekatan Mizuki yang sedang berehat.Perlahan-perlahan dia menghampiri Mizuki.Sekiranya dia berjaya menghapuskan Mizuki,dia pasti akan dinaikkan pangkat dan dianugerahkan dengan baik oleh raja mereka.Makhluk tersebut menyular dengan amat perlahan sehingga dia berada di belekang Mizuki yang masih belum menyedari kehadiran dia.
Mizuki tersentap dari lamunannya apabila dia terasa sesuatu membelit pingganya lalu menariknya tinggi ke udara.Sementara itu Renji sedang meninjau situasi di sekeliling hutan tersebut di atas sebuah pokok yang tinggi dan tersembunyi tidak jauh daripada tempat Mizuki dan Renji berehat.Dia tidak menyedari kehadiran makhluk tersebut.
"R..ei....Reiji!"Jerit Mizuki dengan takut.
Reiji tersentap apabila dia mendengar jeritan Mizuki dan segera menuju semula ke tempat mereka berehat.Dia baru menyedari kehadiran makhluk tersebut namun sudah terlambat untuknya melancarkan serangan.Makhluk yang berupa separuh ular itu telah membelit tubuh kecil Mizuki. Sekiranya dia melancarkan serangan Mizuki mungkin akan tercedera sekali.Mizuki merenung dalam ke dalam mata Reiji yang terpancar kerisauan.
Mizuki cuba membebaskan dirinya namun makhluk tersebut mengketatkan lagi belitannya membuatkan dia merintih kesakitan.Makhluk yang berbadan dari pusat ke atas berupa manusia dan selebihnya berbadan ular itu tersenyum melihat Reiji yang ragu-ragu untuk melancarkan serangan. Dia menguatkan lagi belitannya.Mizuki mengetap bibirnya menahan sakit.Dia tidak dapat lagi bernafas dengan mudah.Belitan tersebut membuatkan dia semakin sesak nafas.Ruang saluran udaranya yang dihimpit menyebabkan sukar untuk dia menerima oksigen.Darah sekaan-akan berhenti mengalir.Reiji menjadi semakin terdesak melihat situasi tersebut.
"La . . . aku. . . . kan sa . . . haja, . . . Reiji."Kata Mizuki dengan suara yang lemah dan tersekat-sekat dengan payahnya.
"Tidak!Awaklah satu-satunya harapan dunia ini,ojousama Mizuki!!!"Tegas Reiji.
![](https://img.wattpad.com/cover/74634209-288-k374740.jpg)
YOU ARE READING
Book 1 : ☾ DESTINY☽ (VERSI LAMA)
FantasyPLEASE go read the new version : 1st book of The Lunar Chronicle - ☾ DESTINY ☽ I make a new version of the first book which will be longer and better written than this version. yes consider this one as an old version but it's okay to read this o...