"Wei hang dah siap ka belum , Yad?". Masyoq melaung dari cangkungnya di sisi sebuah Perodua Myvi. Peluh di dahi yang bermanik sakan dikesat dengan belakang tangan kanan.Spanar diletakkan kembali ke dalam toolbox dan dia membiarkan sport rim Myvi ungu kekal tak terpasang yang baru. Jika dilihat pada kereta itu kini , ia merupakan Myvi ungu yg masih elok dan boleh diguna lagi. Yg menjadi masalah ialah tuan punya kereta sahaja. Entahkan gila si mamat korporat tadi , hendak menukar kesuluruhan Myvinya menjadi Myvi yg lebih gah dan elegan. Masyoq hanya menganguk memandangkan duit yg dihulur bukanlah angka biasa-biasa. Ianya angka yg extra ordinary bagi satu sesi mengecat kereta , menukar sport rim dan sedikit pengubahsuaian enjin.
Hangatnya hari ini menyebabkan dia mengibas-ngibas kolar baju untuk menghasilkan sedikit daya angin. Jam di dinding workshop dikerling sekilas.
12.50 p.m.
"Woi , Fayyadh!! Aku lapaq ni wei!!! Cepat sikit!!!" teriak Masyoq lagi. Sudah lama dia menunggu sambil memulakan kerja mengedit Myvi ungu yg baru diterima pada pagi tadi. Walaupun si mamat berhidung Zizan Razak tadi mahu mengambil keretanya minggu depan , namun Masyoq tidak suka bertangguh. Kerja hari ini adalah kerja hari ini, yang perlu disiapkan hari ini juga (jika mampu).Dan ketahuilah, terma 'jika mampu' itu sebenarnya tidak wujud dalam prinsip kerja Masyoq. Pulang dari makan tengah hari pasti dibereskan kerjanya.
Tak lama kemudian muncul Fayyadh dari balik pintu ofis. Tersengih-sengih dia melambai ke arah Balqis di kaunter sebelum melayangkan flying kiss-nya kepada si gadis. Balqis pula dengan gediknya menyambut ciuman halimunan itu lalu ditekap kedua tangannya ke dada kiri. Ke hati lah konon! Puih!!!
Fayyadh bersiul kecil sambil berjalan ke arah Masyoq di dataran bengkel. Masyoq hanya menggeleng melihatkan Fayyadh yang melenggang-kangkung. Payah betui la orang bercinta , detus hatinya. Masyoq segera menghidupkan Perodua Kancilnya di parking berbumbung staf.
"Alaaa relek la bhaii , lu kalut-kalut nak pi mana?"tersengih-sengih Fayyadh sambil memasang tali pinggang keledar. "Hang tau dak lapaq tu apa dia? Hah , setan?" Hanya kerlingan tajam diberi sebelum gear dimasukkan serentak dengan pedal klac yg ditekan.
Fayyadh masih lagi tersengih-sengih , dan tersengih-sengihnya Fayyadh adalah kerana cintanya tak bertepuk sebelah tangan. Dua tahun lamanya perasaan itu dipendam dan rupa-rupanya bukan dia saja yg memendam rasa. Si Balqis juga merasakan yg sama namun apalah nikmat cinta itu kalau tak merasa seksanya menanggung rindu? Kalau tak merasa perihnya menanggung perasaan seorang diri? Tahun ini merupakan tahun tuahnya. Mendapat awek dan dinaikkan pangkat dalam tahun ketiganya di Dumhill Toretto Workshop adalah rezeki. Rezeki hasil titik peluhnya sendiri.
Dia dinaikkan pangkat bersama Masyoq sementelah sekian lama mengabdikan diri di workshop itu. Dari pomen selekeh ke mamat ofis yg smart, kedua-duanya kini semakin bergaya datang ke tempat kerja. Namun Masyoq masih kekal membaiki motor dan kereta. Masih menukar tayar dan mengganti enjin. Kadang-kadang masih lagi menguruskan carwash di belakang workshop mega ini. Rajin tak bertempat itulah yg dilabel Fayyadh walhal dia tahu Masyoq melakukan semuanya kerana minat semata.
Ada tiga bahagian di dalam struktur organisasi workshop; yakni bengkel, carwash dan pejabat jualan kereta.Secara tak langsungnya kini , Masyoq kini terlibat dalam ketiga-tiga seksyen walaupun statusnya kini layak melabuhkan punggung di kerusi empuk di mejanya di ofis jualan. Kala bosan , dia membunuh waktu dengan membasuh kereta dan membaiki apa yg patut. Sebuah kisah legenda pekerja mithali yg kekal tak terkalahkan , dan bakal menjadi cerita temurun warisan anak dan cucu.
"Aduyai , parking pun susah nak cari sekarang..." keluh Masyoq. Kancil putihnya diparkir elok selari dengan deretan kereta yg memenuhi ruang parkir di hadapan premis KFC. "Alaa , ni okey lagi bhaii. Satgi pukul 2 nanti tin sardin ahh,". Fayyadh keluar membetulkan rambutnya dengan bantuan refleksi di tingkap kereta. "Weh , Masyoq!!" Tiba-tiba , Fayyadh terperasankan sesuatu, sesuatu yg menjadikan tengah harinya pasti takkan sama seperti tengah hari semalam atau tengah hari sebelumnya. Dahinya berkedut seribu bagaikan lautan dipukul taufan Haiyan.
YOU ARE READING
Cinta Si Mekanik 🛠️[C] 2016
Romance(HIGHEST RANKING : #10 IN Wattpad Malaysia Category ✨) Afiq Naufal a.k.a Masyoq adalah seorang lelaki yang baru menjejakkan kaki ke KL bersama temain baiknya ,Fayyadh. Seperti mana dalam telenovela , movie, atau drama lain , cinta tiba-tiba berputik...