5

201 8 0
                                    

"Nah , air yg kau mintak tadi,". Fayyadh menghulur sebotol air mineral kepada Masyoq yg duduk di bangku sebelah katil hospital. Masyoq menyambut lalu diletakkan botol tersebut di atas meja. Kemudian dia diam tak berkuit lagi. Diam dan termenung mengenai pelbagai momen yg terlintas di benaknya kini. Dua tahun sudah berlalu dan segala-galanya sudah berubah.

Segala-galanya telah berubah sekarang ini.

Setelah sebulan dia demam dek perpisahan yg tak terjangka-jangka dengan bekas gadisnya, Fayyadh lah orang yg memapah bahunya menempuh hidup seterusnya sehari-hari. Memesan agar terus tabah menjadi lelaki sejati yg tak lumpuh dek cinta duniawi. Menasihat agar bangkit membuktikan bahawa semua kenyataan Mira jauh terpesong sama sekali.

Satu bulan lamanya dia demam, satu bulan lamanya dia hidup bagaikan mayat bernyawa.

Namun Fayyadh tak pernah lekang membantu Masyoq bergerak dari episod hitam tersebut. Akhirnya Fayyadh membawa Masyoq ke gim dan bermula dari situ segala-galanya berubah. Bersenamlah Masyoq setiap hari bagi membuktikan yg Mira salah. Setiap kali mengangkat dumbell diibaratkan bagai mengangkat dendamnya yg tak terbalaskan. Dari kurus keding kepada abang sado adalah satu usaha yg bukan main-main. Banyak kali ponteng dan kecederaan yg menimpa membuatkan dia seakan-akan mahu berhenti . Tetapi tidak , setiap kali nak berhenti itulah datang wajah Mira yg memerlinya. Semangatnya bagai disimbah minyak diesel ke api. Membara-bara dan menjulang tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Akhirnya dia berjaya. Dari segi perkembangan personaliti dan karier kedua-duanya dia berjaya. Dengan gaji menceceh RM 6, 000 sebulan di ofis jualan Dumhill Toretto Workshop....'okey apa?' fikirnya.

"Emmm.." Tiba-tiba Izatul bersuara. Matanya mencelik berputar-putar. Terasa sakit di kepalanya lalu disentuh dahinya yg berbalut. Ya , dahinya berbalut. Terpinga-pinga dia memandang Masyoq yg bangkit mecapai botol air di meja dan membukanya untuk si gadis."Kat mana ni?"

"Er.. cik kat hospital ni. Ada konkusi sikit kat kepala lepas kereta cik terbabaih tengah hari tadi."

"Awak siapa?"

'Bukanlah sesiapa yg penting dalamhidup awak pun, cik adik' gumamnya. Ceh. Mana mungkin nak diucap ayat secliche itu kepada orang yg baru dikenalinya hari ini. Tapi.. okey apa?

"Er.. saya yg nampak awak terbabaih tadi. Aa .. cik jangan risau kereta cik ada dekat workshop kami nanti bolehlah cik..err.. cik.."

"Izatul.. panggil Zatul je," Izatul tersenyum nipis . Belum pernah lagi dia jumpa orang sebaik ini. Air mineral bertukar tangan dan diminum sedikit bagi menghilangkan dahaga yg menghuni tekak. Masyoq yg terpempan disiku oleh Fayyadh di sebelah. "Ehem.."

"Haa , cik zatul. Nanti boleh la cik zatul mai ambik kat bengkel lepaih keluaq wad.." Tersipu-sipu Masyoq membalas sambil menolak kembali siku Fayyadh di sebelahnya. "Kalau takde ape-ape gua cau dulu lah , Masyoq? Bye bro," Laju Fayyadh berdehem meminta diri . Tak mahu diganggu sahabatnya itu lagipun dia ada date dengan Balqis di luar wad hospita. Hehehe.

"Eh tunggu la sat wei!"

"Encik Masyoq?" Suara lunak itu menghentikan langkah Masyoq di muka pintu. "Ya?" Izatul tersenyum melihat lelaki berloghatkan utara itu bagai malu-malu kucing pula di hadapannya. Terkaku sebentar sebelum Masyoq teringatkan sesuatu.

"Oh ya lah. Lagu mana nak mai workshop kalau takdak alamat kan. Ni alamat dengan nombor talipon pejabat saya..." Sekeping kad berona biru cerah berselang-seli dengan warna putih diberi. "Nombor telefon awak takde ke? Sebab saya nak ucap terima kasih ni.."

"Eh.. takpa, takpa. Terima kasih bila-bila pon boleh hehehe," sengih Masyoq. Matanya dengan Izatul bertikaman membuatkan debar di jantungnya makin melaju. Dan Izatul tersenyum menyerahkan kad itu semula. 'Adeh minah ni ... senyum pulak...cayaq habih la hati aku ni'.

Cinta Si Mekanik 🛠️[C]  2016Where stories live. Discover now