Temu janji pertama.
Tiada sang pencinta di muka bumi ini ingin lambat ke sana. Hatta satu saat lambatnya. Masa itu emas dan memandangkan emas dan makin mencanak naik harganya sekarang, sewajarnya manusia makin menepati masa. Samalah macam Masyoq , dia tiba setengah jam lebih awal dari jam dan minit yg ditetapkan. 12 tengah hari dan di sebelah kedai buku dia menanti bersama sejambak bunga ros di tangan.
Masyoq tersenyum yakin. Tersengih-sengih bagai kerang busuk membuatkan pengunjung geli hati melihatnya. Hari ini penampilannya sedikit berbeza dari kebiasaan. Temu janji pertama dan ianya harus luar biasa , kata Fayyadh. Biar ia terkenang dan menjadi bualan anak dan cucu kelak. Dan hari ini , sememangnya luar biasa.
Dengan memakai T-shirt hitam cotton berlogo Superman serta sweater Nike yg tidak di zipkan, seluar jeans yg masih lagi berbau kedai , kasut vans hitam dengan stoking pendek dan ditambah bauan perfume Dashing Manchester City, penampilan Masyoq hari ini dikira yg terbaik dalam sejarah hidupnya. Dan rambut.
Dalam kehidupan lelaki , rambut adalah satu prioriti. Tanyalah sesiapapun yg bergen XY,semuanya akan mengangguk setuju sambil mengusap rambut. Ada dua jenis lelaki yg kau perlu tahu berkenaan rambut ini. Satu yg kisah , satu lagi yg haram tak kisah tentang rambutnya. Bagi yg kisah , nak ke manapun mesti tersisir rapi rambutnya. Kemas disisr dengan minyak zaitun atau krim atau gel. Bagi yg tak kisah pula , datanglah kiamat sekalipun rambut bukanlah sesuatu yg signifikan. Dan muncul di antara dua golongan ini ialah Masyoq. Kadang kisah , kadang-kadang tak kisah.
Atas saranan Dr.Love Fayyadh yg tak bertauliah , dia menyisir rambut buat pertama kali untuk keluar bertemu janji. Siap disapu minyak zaitun cap Adabi untuk kehilatan tampan dan segak. Biasanya nak ke super market bukan rambut yg disisir. Tetapi duit. Duit yg seharusnya diteliti sepanjang masa keberadaannya di sana. Mana tahu duit ringgit itu punya sayap dan terbang sendiri di saat-saat genting. Antaranya ketika nak membayar makanan ataupun nak belanja awek menonoton wayang. Tak ke haru jadinya kalau tiba-tiba duit hilang?
"Sorry lambat. Lama ke awak tunggu?" Muncul Mira yg ayu bershawl biru dan berbaju kurung merah jambu yg berbunga-bunga coraknya. Wajahnya terpapar risau dek terlambat ke temujanjinya yg pertama bersama hero yg menyelamatkannya.
"Eh takdak lah ,". Masyoq bangun dari cangkungnya seraya tersenyum simpul. Jam Casio pasar malamnya dikerling sekilas.
1.15 p.m.
'Ahh , biaqla. Jalan jem kot'. Tangan diseluk ke dalam poket. Dia mula kaget dek tak pernah bercakap dengan wanita sepanjang menjejakkan kaki di KL. Tersilap gurau bakal mendatangkan bahana sedangkan dia tak tahu gadis-gadis selatan guranya macam mana.Yep , tak pernah lagi Masyoq bercakap dgn mana-mana wanita sepanjang sebulan di sini. Kalau adapun mungkin Balqis si awek kaunter ofis jualan. Itupun dah ditempah siap-siap Fayyadh. Kekok bagaimana nak memulakan perbualan membawa lima minit sunyi yg tak diduga. Baik Masyoq mahupun Mira keduanya diam tak berkutik dengan pipi yg memerah. "Err, awak lapaq dak? Saya lapaq terok ni hehehe,".
"Ha'ah boleh jugak. Nak makan kat ne ek?" Mira senyum menampakkan sebaris giginya putih berseri seperti budak tadika. Mukanya pun ayu tak ditelan usia , macam budak sekolah menengah saja miripnya. Masyoq menganggar duit yg berada di dalam wallet. Kata Dr. Love Fayyadh , first date haruslah belanja si awek , tak kiralah sesengkek mana pun duit kau.
"Erm. Ikut awak la, saya pun bukannya orang sini . Taktau la nak makan kat mana..." ujarnya sambil menggosok-gosok belakang kepala. Risau juga jika Mira meminta yg mahal-mahal. Dia pun bukannya reti nak makan mahal-mahal , cukup nasi goreng di tepi jalan yg harganya tak cecah pun lima ringgit.
"PizzaHut , okey?" 'Damn....' Mira mengelip-ngelip kan matanya sambil memegang lengan Masyoq. 'Oh , tidak'getus hatinya. Mira kini telah sepenuhnya mengawal minda dan jiwa lelaki Masyoq. Cuma hanya sedikit trick yg dia belajar dari kelas drama mengubah segalanya. Hanya sedikit sentuhan mengubah debar Masyoq menjadi lebih kacau , mengubah perasaan Masyoq terhadapnya dan yang terakhir , mengubah dompet Masyoq yg gemuk menjadi kurus kering sebentar lagi. Hanya sedikit trick dan ianya selesai. Semudah mengeja XYZ.
Maka makanlah Masyoq buat kali pertama di PizzaHut. Dia hanya tersenyum kedaifan. Cepat-cepat Mira memulakan perbualan bagi mengisi sangsi yg mengisi hati jejakanya. Dari pekerjaan hinggalah ke Teletubbies dibawak menjadi topik perbualan. Masyoq terasa sesuatu bertandang ke hatinya.Terasa bahagia bila Mira bahagia. Dia tersenyum saat Mira tersenyum. Dia tertawa bila gadis itu tertawa.Inikah cinta?
"RM 72.85 sen,"
Terketar-ketar Masyoq menghulurkan dua not lima puluh. Cashier bertopi PizzaHut seolah-olah tersenyum memerli memulangkan wang baki. Termasuklah wajah Yang diPetuan Agong yang pertama , yg turut senyum sindir kea rah Masyoq sebelum dimasukkan ke dalam mesin duit. Seketika terasa sebak pula melihatkan duit yg melayang begitu saja namun dalam hatinya gagah berkata 'ini untuk gadis pertama dalam hidup aku'. Masyoq menyambut baki dengan senyuman yg menawar.
"Nak tengok wayang dak?" pelawa Masyoq. Mira melihat jam tangan kecilnya di pergelangan tangan kiri. Seketika dia tersenyum dan kemudian memaut semula lengan Masyoq yg kurus. "Emm, bole jugak!"katanya dalam keriangan. Buat pertama kali dia akan menonoton wayang percuma apabila jejaka hatinya mempelawa menonton wayang bersama. Sejujurnya dia bukanlah berminat sangat pun dengan mamat ni , Cuma sekadar nak membalas jasanya menyelamatkan tas tangannya sahaja. Itu saja, tidak lebih dan tidak kurang.
Dengan rupa dan fesyen yg dimilikinya , begitu senang sekali Masyoq jatuh ke dalam genggaman.Mana-mana lelaki yg dijumpainya sebelum ini pun begitu. Namun nama Afiq Naufal mungkin dimasukkan dalam list KIVnya. Tak perlu tergopoh-gapah nak mereject dengan penuh kejam tanpa toleransi. After all, hensem jugak mamat nih , fikirnya. Pautan lengannya diketatkan dan terkedulah Masyoq sambil cuba menguntum senyum. 'Haih , duit lagi...'
Namun digagahkan jua Masyoq tersenyum. Duit boleh dicari , tetapi tidak si gadis ini. Gadis yg membuka kamar hatinya buat pertama kali. Sepertimana hari minggu , bersesak-sesaklah mereka masuk ke dalam wayang. Masyoq menepuk dahi apabila Mira membelikan dua tiket Ombak Rindu. Cerita cinta. Romantik. Nahhh , inilah padahnya kalau bagi perempuan yg memilih cerita untuk kau tengok wayang.
"Nape nganga jer mulut tu? Tutup sikit nanti lalat masuk aaa," Mira menolak naik dagu Masyoq yg memegang popcorn dan dua pepsi ais. Hidung Masyoq dicuitnya lalu ditarik bisep jejakanya masuk ke panggung. Terkocoh-kacah Masyoq mengikut sambil mengawal air yg nyaris tertumpah.
***
"Naufal? Bangun-bangun," Bahu Masyoq ditolak-tolak. Panggung wayang mula diterangi lampu pendafluor sejurus tamatnya filem Ombak Rindu. Menitis-nitis air mata Mira menyaksikan lakonan mantap Maya Karin dan Aaron Aziz. Masyoq pula terlelap sejak awal cerita kerana tiada langsung aksi tumbuk-menumbuk mahupun tembak-menembak di dalam plot cerita. Dah nama pun cerita chenta , maka terlelaplah dia seperti mana selalu. Terpisat-pisat Masyoq bangun , mujur saja tiada air liur yg meleleh.
"Ewah , bole tido lak die. Hah , meh ketam kejut,"tersengih Mira mengusik. Cubitan ketam ke bahunya dari Mira ternyata berbisa walaupun tangannya kecil.Kata orang kecil-kecil cili padi. Nah cili kau! "Aduh duh duh, sakit - auch," Masyoq cuba meleraikan cubitan namun tak berjaya. Sakit itu semakin berkurangan dan hilang bila Mira menarik semula tangannya. Kedua-duanya tersenyum manis memandang satu sama lain. Baik Masyoq mahupun Mira Fiza , berputiklah bunga cinta nan mekar dari secambah benih cuma di hati kedua-duanya. Mekarnya bunga turut membawa haruman yg menakluk seluruh jiwa mereka. Mekarlah sayang , mekarlah kasih dan mekarlah harapan. Harapan mereka hanya satu. Biar apa pun yg terjadi , moga kemanisan hubungan ini kekal hingga ke anak cucu.
***
YOU ARE READING
Cinta Si Mekanik 🛠️[C] 2016
Romance(HIGHEST RANKING : #10 IN Wattpad Malaysia Category ✨) Afiq Naufal a.k.a Masyoq adalah seorang lelaki yang baru menjejakkan kaki ke KL bersama temain baiknya ,Fayyadh. Seperti mana dalam telenovela , movie, atau drama lain , cinta tiba-tiba berputik...