Bilik Biasa Berpuaka

14 0 0
                                    

TUESDAY, JANUARY 19, 2010

Int.Room.Day

Bilik itu bukan bilik puaka atau berpenunggu.  Bilik itu bilik biasa sahaja.

Namun.

Tetap mengerikan.  Seolah-olah dihitung segala dosa dan pahala apabila masuk ke bilik itu.  Seolah-olah ditimbang berat ringan amalan harian, pemilik tubuh yang masuk ke bilik itu.

"Ini bukan test!"

"Ya bang"

"Aku bukan nak uji engkau, ini bukan ujian tau"

"Faham bang"

"Aku bukan Munkar Nankir tau"


"Tau bang"

"Aku nak kau faham kalau kau kerja dengan aku, kau kena professional"

"Ya bang, saya faham"

"Aku tak mau nanti bila pelakon dari luar datang nanti, kau tak sedia"

"ya.."

"Diaorang tu banyak peluru, teruk kau kena nanti"

"Saya faham, saya kalau dapat kerja dengan abang, memang saya all out"

"Aku macam ni la, kan, contoh la , kalau kereta aku rosak aku jumpa mekanik,"

"Aku cakap ja apa aku nak, masalah kereta aku camni, so aku nak macamni,"

"Ya bang saya faham"

"Aku tak mau, tunjuk dia mana spanar, mana screw driver, macam mana nak buka, wo! letih la kalau aku nak kena ajar mekanik aku!"

"ya, sangat faham"

Bilik itu bilik biasa sahaja.  Bukan bilik puaka atau bilik berpenunggu.

Tapi.  Terasa seperti dihitung segala amalan, dosa dan pahala di dunia.

Bercakap Dengan Jauhari BikinfilemDove le storie prendono vita. Scoprilo ora