Filem Seram

22 0 0
                                    

Dean Sham bukanlah seorang peminat filem seram.

Tidak, bukan sebab  takut menonton filem seram.  Tapi Dean Shan tidak suka dikejut-kejutkan oleh pembikin filem mengaku seram.

Kebanyakkan filem mengaku seram suka bagi penonton terkejut.  Terkejut dengan kemunculan hantu secara tiba-tiba dari belakang pintu, atau terkejut dengan kehodohan tak terperi make up hantu tersebut.

Maka, ramai penonton yang terkeliru seram dengan terkejut.  Ramai yang merasakan apabila mereka terkejut, maka itulah dinamakan seram.

Scene seram bagi Dean Sham ialah;

1.  Lelaki pakai skirt tapi berbulu kaki lebat, panggil Dean Sham "abang..." dengan manja.

2.  Perempuan cantik ber'lingerie' merah lace, duduk di atas katil pegang pisau butcher.

3.  Perempuan cantik ber'lingerie' merah lace, duduk di atas katil, tapi girlfriend di bilik sebelah.

4.  Perempuan cantik ber'lingerie' merah lace, duduk di atas katil, tapi bini di bilik sebelah.

5.  Bayi umur 3 bulan berlari-lari anak di living room apartment.

6.  Pelajar universiti tonton Buletin Utama sampai habis, dan percaya itulah kebenaran mutlak.


Adakala, seram tidak boleh dilihat tapi didengar.

1. Kau duduk di luar rumah, tapi dalam rumah bunyi macam dinasour tengah lawan dengan king kong. Bila kau masuk rumah tu, usahkan Home theather, TV, radio pun takde.

2.  Dalam hutan dan di tengah malam, waktu dah nak terlelap, terdengar lagu kahwin macam DJ karaoke kenduri kahwin selalu pasang.

3.  Dalam hutan dan di tengah malam, waktu nak terlelap, terdengar orang panggil 'Bachok...lepaskan aku bachok...'

4.  Dalam hutan, kau dalam khemah, ada orang kat luar bagi salam ' Assalamulaikum, ni Mak Esah ni, nak tumpang tidur...bole Bachok...?'

Adakala seram tu, pernyataan/kenyataan  datangnya dari sumber yang tidak terduga.

1.  Pak Haji, imam yang paling terkenal di kampung kau suruh kau pijak Al-Quran.

2.  Bakal bapak mertua/mentua bagitau kau sembahyamg lima waktu tu tidak wajib.

3.  Malam pertama kau, kakak ipar kau yang paling tua, masuk bilik bawa smartphone nak rakam pengantin baru.  Tradisi dan budaya keluarga katanya.

Ini adalah perihal seram mengikut definisi Dean Sham.  Kepada pembikin filem seram di luar sana, buatlah filem seram, bukan filem terkejut.

Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: Jun 12, 2016 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

Bercakap Dengan Jauhari BikinfilemDove le storie prendono vita. Scoprilo ora