MONDAY, APRIL 12, 2010
Baru-baru ini, di Pahang.
Kecoh pasal seorang remaja yang menyamar jadi anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang.
Dia mengelarkan diri dia, 'Tuan Muda'.
Modal dia tidak banyak. Dia beli dua pasang uniform PLKN, dan entah dari mana dia dapat (atau buat) letter head Istana.
Jadi si remaja ni pun pergilah menjaja gelaran tersebut ke kem PLKN di Kuantan. Mengikut laporan akhbar ada dua kem yang dia sempat lawat dan siap jadi tetamu istimewa di kem-kem tersebut.
Dia cuma ter'kantol' sebab ada kawan sekolah dia yang kenal dia dan buat laporan polis. Agaknya si kawan tadi tu terkejut. Apahal pulak tiba-tiba je jadi anak angkat Raja?!
Dean Sham tak tau nak ketawa ke, nak marah ke kat remaja tu. Nak respect pun ada kat dia tu. Dah macam filem 'Catch Me If You Can' lakonan DiCaprio dan Tom Hanks. Dalam filem tu, watak DiCaprio ialah seorang budak remaja yang kerjanya menipu organisasi besar seperti Syarikat Penerbangan dan juga orang-orang besar dan berpengaruh. Tom Hanks pula ialah agen FBI yang ditugaskan tangkap DiCaprio tu. Akhirnya dia tertangkap juga di akhir filem.
Filem tu menunjukkan bahawa orang senang ditipu kalau kita mempamerkan imej yang betul. Imej yang orang ingin lihat dan percaya. Kalau kita nak beritahu pada orang yang kita ini mekanik, setiap hari lalu depan dia dan pakai overall mekanik, pastikan tangan dan kuku kotor dengan minyak hitam. Nescaya bila kereta dia rosak atau tak berapa sedap nak bawa, dia akan cari kita.
Ataupun, nak mengorat anak makcik jual kuih di kawasan perumahan kita. Hari-hari beli kuih, pakai kemeja dan tali leher. Kasut pastikan berkilat. Siap pakai spek lagi walaupun tidak rabun. Nescaya dia ingat kita ini paling koman pun cikgu. Walaupun sebenarnya kerja kedai makan Siam jual tomyam.
Pendek kata, orang 'judge' kita 'by our looks', kalau ada awek yang kata "I tak tengok rupa, yang penting hati". Dia sebenarnya separuh menipu. Kalau hati kita hati emas sekalipun, tapi dressing macam pirates of the carribean, dia pun fikir 25 kali nak bawa jumpa ibubapa dia.
Sama la macam kes remaja menyamar jadi anak angkat raja itu tadi. Mungkin dia berfantasi untuk jadi orang yang penting, sebab dia tak pernah rasa penting dalam hidup dia. Mungkin dia sengaja nak ajar masyarakat yang terlalu pentingkan pangkat dan status, yang diukur dari gaya dan imej luaran.
Walau apa pun justifikasi remaja itu. Dia ajar kita tentang satu perkara.
WE ALL JUDGE THE BOOK BY ITS COVER.
STAI LEGGENDO
Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem
ContoBerbekalkan lidah dan ludah, Dean Sham buat filem.