FRIDAY, MARCH 5, 2010
Hidup Umpama Wayang, Wayang Itu Satu Penipuan.
Ext.Gerai Cendol Sedap.Day
Hari itu panasnya terlalu terik, sampai membuatkan Dean Sham kira balik dosa pahala untuk tempoh 24 jam kebelakang. Sah, memang cuaca yang panas bukan Dean Sham, sebab Dean Sham baru niat nak pergi sembahyang lepas minum-minum (niat pun dapat pahala apa).
Bila kita di tempat yang kurang kita ketahui, kita perlu membuat rujukan dengan mereka yang arif tentang tempat itu. Lebih-lebih lagi kalau berkenaan dengan bab makan-makan. Sebab Maria Tunku Sabri pun dah tak 'Jalan-jalan Cari Makan' lagi dah, maka nak tanya dia pun dah tak guna. Jadi Dean Sham tit-tot, tit-tot dengan Pipiyapong, oleh kerana sudah masuk dalam kawasan jajahan dia.
Dean Sham tit. "nak minum mana sedap kat sini, petang2 ni?"
Pipi tot. "centrepoint, bawah tu ada kedai cendol"
Tanpa buang masa yang banyak, sampai la Dean Sham ke tempat itu. Conventional Wisdom mengatakan bahawa kalau gerai makan minum itu dipenuhi orang ramai, maka besar kemungkinan jualannya itu memenuhi piawai pengguna. Melainkan pengguna disitu semuanya mempunyai citarasa kambing. Dalam hal ini piawai pengguna tidak boleh diguna pakai.
Melilau juga mata Dean Sham mencari meja kosong. Ini petanda baik. Dapat meja terus duduk. Di gerai itu ada tertulis, "Layan Diri". Gerai cendol pun nak jadi McDonald. Pengaruh Amerika semakin berleluasa.
"cendol lima, minum" kata Dean Sham dalam gaya bahasa Kuala Lipis (Dean Sham lulus dengan cemerlang dalam ujian bahasa lipis di Facebook, walaupun dicurigai oleh Amar, katanya Dean Sham dapat soalan bocor. Melayu sungguh Amar ni!)
Sampai saja cendol yang dihantar seorang budak muda gempal pakai kopiah, terus Dean Sham capai sudu dan suap cendol ke mulut. Baca Bismillah pun, waktu cendol dah kena anak tekak. Teruk sungguh pekerti Dean Sham.
Cendol tu tak mengecewakan langsung. Sambil makan, sambil puji Pipiyapong (patutnya puji la makcik tu, pipi tukang rekomen ja)
Tiba-tiba, Pipi tit. "jangan lupa buli budak muda gempal pakai kopiah tu"
Dean Sham tot. "kesian aku nengok dia, rajin keje gayanya"
"Pipi tit. "Cis, budak tu kalau ajak pegi rumah urut kat kolumpo terus tanggal kopiah, tipu ayah dia"
Dean Sham tot. "Hahaha cilakak lu!"
Fade to black
All the world's a stage, and all the men and women merely players - Shakespeare
Watak mana yang kau mau?
STAI LEGGENDO
Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem
Short StoryBerbekalkan lidah dan ludah, Dean Sham buat filem.