FRIDAY, MARCH 12, 2010
Int.Office room.Day
"Buat filem ni mahal"
"Tapi kalau kita ada budget kecik, kita kena la lebih kreatif kan?"
"Betul, tapi buat filem ni masih lagi mahal"
"Sebab?"
"Yang penting sekali, kita mesti ada story to tell, untuk ada story, pembikin filem mesti ada issue, dia mesti ada 'masalah', dari situ baru dia ada benda yang nak dicerita"
"Apa kena mengena dengan duit?"
"Ada story satu hal, nak execute story tu hal yang lain, itu yang jadi mahal"
"Pilih la story yang murah-murah..heh..heh.."
"Story apa yang murah? Kau bagitau aku"
"Buat la cerita macam Blair Witch Project tu, murah ja.."
"Betul Blair Witch tu murah ja production dia, tapi cuba kau check berapa banyak diaorang belanja untuk marketing and promotion? Banyak! akhirnya sama juga, kalau kau tak spend kat production, kau kena spend kat marketing"
"Ohhh.."
"Kau tetap kena bina 'Make Believe World' kau. Samada kau nak spend untuk bina dunia tu semasa production atau nak bina make believe world kau tu kat media, masa kau buat marketing. Its your choice. Macam mana pun tetap kena guna duit. Kau kena ingat, yang baik itu selalunya mahal"
Fade to black
"Tokay, ini tempat sewa berapa?"
"Ground floor ka, 1st floor?"
"Ground floor"
"Apa mau bikin?"
"Mau bikin store"
"Apa jenis store, apa barang mau simpan?"
"Mau simpan props, itu buat filem bunya hal"
"Oh, buat filem ka, ahh..satu bulan RM2000 la"
"Semalam saya call you punya ofis cakap RM1800 saja?!"
"Oh, itu semalam dia sudah salah la itu lain punya tempat"
" Saya mau itu tempat lah, itu RM1800 punya"
" Oh, itu orang lain sudah angkat la"
Dissolve
Buat filem memang mahal.
STAI LEGGENDO
Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem
Short StoryBerbekalkan lidah dan ludah, Dean Sham buat filem.