Doktor Zahir Zaidanee

382 19 0
                                    


Termenung Jen menghadap ke arah luar, memaku pandangan tepat ke bangunan Hospital Universiti. Tempat di mana Liza menabur khidmat. Atau mungkin sekarang boleh dikatakan juga tempat bertugas Zahir Zaidanee.

"Just call me Danee. Zahir ni selalu patient or orang-orang kat hospital je yang panggil. I lagi suka kalau perempuan, hendak pula yang cantik panggil I dengan nama Danee."

Itu kata Danee sewaktu si doktor di hadapan rumah mereka itu memeriksanya. Ini semua gara-gara alasan yang dia berikan kepada Liza untuk mengelak ke rumah jiran baru mereka itu. Padanlah dengan mukanya.

Malu. Kebas pada wajahnya mengambil masa yang agak lama juga nak hilang. Boleh tahan manis juga bahasa si doctor itu. Sudahlah senyum pun manis. Rasanya jika disukat tahap kemanisan Danee itu pasti bacaan sukatannya mencapai ke tahap infiniti.


Apapun dia bukanlah orang yang cepat termakan pujian. Dulu iyalah. Waktu dia hidup penuh dengan harapan dan angan-angan. Namun, kejadian yang menimpa lewat tahun lalu banyak mengjarnya berdepan dengan yang bernama manusia.

"Doktor Zahir tu sweet kan? Humble. Memang mister perfect ten!"

Masih ternginag-ngiangkata-kata di dalam kepalanya.

Ya. Dia bersetuju yang Danee itu manis orangnya. Humble? Mungkin juga berdasarkan pertuturan doctor itu. Perfect ten? Itu agak sukar dia mahu percaya.

Sebagai seorang penulis novel cerita fiksyen yang selalu mendewa-dewakan kesempurnaan setiap watak ciptaan, Jen sedar tiada manusia sesempurna itu. Hatinya dijentik halus setiap kali bertemu pandang dengan Danee. Semacam ada sesuatu tentang lelaki itu. Seperti ada sifat yang tersembunyi, tidak ditonjolkan kepada umum. Sungguh. Itulah yang dia rasai.

Terutama apabila teringat akan senyuman sinis yang dia ternampak pada kali pertama melihat Danee. Senyuman itu tak sama dengan yang semalam. Sepertinya yang dilihat melalui lubang pintu itu bukannya Danee yang datang menemuinya semalam.

Bunyi guruh menyentakkan lamunan Jen. Bayangan Danee menghilang sebaik saja terlihat kelompok awan hitam berarak laju. Patutlah terasa tubuhnya disapa rasa dingin. Rupa-rupanya, hari sudah mendung. Mungkin juga beberapa ketika nanti hujan akan turun membasahi bumi.

Jen cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Ditutup sliding door yang memisahkan ruang tamu dan balkoni, dijatuhkan langsir berwarna coklat gelap itu, menutup pintu kaca.

Serta-merta suasana di dalm rumah bertukar gelap. Jen mula meraba mencari suis lampu. Sebaik saja terdengar bunyi petikan suis, ruang yang gelap menjadi terang berderang.

Bunyi guruh semakin riuh, terasa apartment sedikit begegar. Jen hendak masuk semula ke biliknya, berkurung. Hari ini Liza tak pulang kerana bekerja shif malam. Jadi, tinggalah Jen berseorangan.

Tiba-tiba Jen terasa hendak mengintai jiran barunya. Kaki menapak perlahan-lahan, menghampiri pintu rumah. Melalui lubang yang tersedia di pintu Jen melihat rumah Danee. Tiada apa-apa yang kelihatan sehinggalah beberapa saat kemudian, Jen bagaikan ternampak yang daun pintu rumah Danee bergerak-gerak. Matanya difokuskan betul-betul pada pintu rumah Danee.

Betul! Jen tak tersilap pandang. Pintu rumah Danee yang tadinya tertutup rapat kini sedang terbuka secara perlahan-lahan.

Ralit mengintai membuatkan badan Jen terdorong ke depan, melekat di daun pintu. Ketika itu sepasang mata Jen berjaya menangkap sesuatu di dalam rumah Danee yang gelap tidak berlampu. Bagaikan ternampak ada cahaya berwarna merah seperti lampu isyarat jalan.

Jen memaku pandangannya pada cahaya merah itu lama. Tak semena-mena bunyi guruh berdentum kuat. Disusuli jeritan halus Jen.

Seisi rumah bertukar menjadi gelita. Blackout!

Dalam beberapa kiraan saat, elektrik kembali berfungsi. Ruang rumah terang disimbah cahaya lampu kalimatang.

Jen urut dada, tenangkan diri sebelum kembali mengintaiai celah lubang pintu.

Terasa hendak terjabut tangkai jantung tatkala bertemu pandang dengan Danee yang sedang tercegat di luar sana. Pandangan tajam Danee memaksa Jen berundur sedikit ke belakang, menjauhi pintu. Terkejut bukan kepalang.

Sekali lagi Jen mengurut dadanya. Benaknya mula diserang pelbagai soalan.

Sejak bila Danee muncul? Kalau Danee ada di dalam rumah kenapa bergelap saja? Dan, wajah itu hadir bersama senyum sinis. Bukan seperti semalam di mana kerap kali Danee menghulur senyuman manis.

Jen dihentak rasa bengong.

MagisWhere stories live. Discover now