Jen, Danee dan Sebuah Janji

375 18 2
                                    

Jen berhenti menyapu planta pada roti putih Gardenia yang tarikh luputnya adalah semalam. Wajahnya bertukar riak sama seperti semalam apabila dia disergah bunyi guruh dan dikejutkan oleh kemunculan Danee. Rasa terkejutnya kembali bukanlah disebabkan tarikh luput roti tetapi apa yang telinganya dengari.

"Janganlah buat muka terkejut sangat. Kita kan jiran. Lagipun kitaorang satu shif semalam. Normallah tu Doktor Zahir hantar aku balik. Ke kau jeles?" Sempat lagi Liza yang masih menyarung uniform jururawat memerli.

Bukan kes cemburulah Liza. Kalau Danee di hospital bekerja, habis siapa yang dia nampak di luar rumah semalam?

Roti di tangan di letak kembali ke dalam pinggan. Jen tarik nafas perlahan-lahan cuba tenangkan diri. Mungkin juga Danee singgah sekejap di rumah. Desis Jen.

Lagipun apartment dengan hospital tak jauh mana pun. Sekadar mengambil masa 15 minit perjalanan. Jen mencongak sendiri.

"Aku ajak Doktor Zahir lunch dengan kita. Kau tak apa kan?"

Sekali lagi roti putih tak jadi disapu dengan planta. Jen merenung tepat ke wajah Liza.

"Ala, kesian dia tau. Dahlah duduk membujang, baru balik kerja pula tu. Bagilah dia merasa masakan di rumah. Lagipun apa salahnya kita eratkan silaturahim." Panjang lebar Liza explain.

"Suka hati kaulah Liza." Jen malas hendak berdebat. Kalau dia kata tak boleh pun Liza takkan tarik semula pelawaan yang telah dibuat.

"Thanks cousin." Bangkit dari kerusi Liza meluru memeluk Jen.

"Nanti tolong aku masak ya?"

"Tak nak!" tegas Jen bersuara.

"Dan tolong pergi mandi Liza. Baju kau ada bau darah!" hidung Jen dikepit dengan jemarinya. Konon, menghalang bau hanyir daripada uniform jururawat Liza.

"Yalah, yalah. Aku yang pandai-pandai mengajak, akulah yang memasak." Pelukan dileraikan Liza sebelum pipi Jen dicubitnya kuat.

"Tapi, kau kena ada. Makan sekali. Takkanlah aku dan Doktor Zahir saja."

Jen sengetkan bibir, mencebir.

"Lagipun aku rasa Doktor Zahir tu macam berminat dengan kau Jen. Daripada hospital sampai ke rumah dia asyik tanya pasal kau." Liza kenyit mata kanan sebelum berlalu dari ruang dapur.

Jen terpinga-pinga dengan roti di tangan. Untuk kali ketiga roti tamat tempoh itu tak dapat dijamahnya.

***

Jen tersedak teruk. Perit anak tekak membuatkannya laju saja mencapai gelas air oren yang dihulurkan Danee. Liza di sebelah pantas bangun mengusap belakang badan Jen. Prihatin ataupun diserbu rasa bersalah?

Selesai meneguk air barulah tekaknya kembali pulih. Liza yang masih belum berhenti mengusap belakang badannya dijeling tajam.

Geram! Tak sangka Liza bercerita pada Danee bahawa dialah penulis novel Suamiku Bukan Anak Dato, Suamiku Anak Tan Sri. Sudahlah drama itu pernah dilanda kontroversi. Dia sendiri pun masih belum pulih daripada beremosi.

"Jen, are you okay?" Danee bertanya dengan suara bersalut rasa risau. Pada masa yang sama, tangan laju mengelap hujung bibir Jen dengan sapu tangan yang dikeluarkan daripada kocek seluarnya tadi.

Tindakan spontan Danee itu sekali lagi membuatkan Jen disapa rasa terkejut. Laju Jen menepis tangan Danee membuatkan doctor itu terkedu.

"Ops, sorry." Tangannya ditarik kembali. Kemudian, sapu tangannya itu diletakkan di dalam telapak tangan Jen. Ditunjukkan sisa air yang 'bocor' pada mulut Jen itu sebelum senyum nakalnya ditarik.

Rasa gugup yang bertandang tiba-tiba membuatkan duduk Jen menjadi serba tak kena. Liza di sebelah takberani lagi dijelingnya. Takut-takut ternampak sesuatu yang dia tak mahu lihat. Seperti Liza sedang tersenyum mengejek. Ataupun Liza dengan sengaja menjungkit kening mengusik.

Nasi di dalam pinggan dikutil, dijamah perlahan. Butir-butir nasi yang tadinya lembut sekarang terasa keras seperti batu. Susah payah tekak mahu menelan. Jen gagahkan juga menghabiskan saki baki nasi di pinggan.

"I rasa you patut terus mengarang cerita. Sayang kalau you berhenti menulis." Danee bersuara setelah agak lama ruang di meja makan disapa sepi.

"Saya dah pujuk rayu dia doctor, tetapi tetap dengan degilnya." Bebelan Liza kedengaran.

"Tak sangka I berjiran dengan penulis terkenal."

Jen alih mata daripada pinggan ke wajah bersih Danee. Mencari-cari samada itu kata-kata sindiran ataupun pujian. Ternyata yang Jen jumpa adalah senyuman Danee yang menawan.

"Saya ni penulis picisan je Danee." Ujar Jen merendah diri.

"I belum baca novel you tu but dramanya I tengok juga. Sempatlah ikut beberapa episode setiap kali melawat wad. Patient I suka layan drama tu. Kadang-kadang I pun ikut sama menonton temankan diaorang. Drama tu okey pada I. Buat release tension. Sekurang-kurangnya patient I terhibur. Kadang-kadang bila penat bekerja, tengah sakit kita nak sesuatu yang tak berkaitan dengan cara hidup kita. Escapism, i think." Panjang lebar Danee bercerita seakan-akan berbunyi pujukan.

Jen sekadar mendengar apa yang dikatakan oleh Danee tanpa memberikan sebarang respon. Terasa lengannya disenggol perlahan oleh Liza. Agaknya, Liza bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Danee tadi.

"Tapi, semangat saya dah hilang Danee." Jen bersuara perlahan apabila melihat Liza bangun dari meja makan menuju ke peti sejuk. Mengambil desert sagu gula Melaka yang sempat dibuat tadi.

"Liza told me yang you ambil pil tidur. Sebagai doctor I tak suka you ambil benda tu Jen. Untuk jangka pendek mungkin ia membantu but not for long period." Dalam suara Danee menegur Jen.

"Saya pun tak nak sebenarnya Danee. Tapi, tanpa pil saya tak boleh lelapkan mata." Lirih suara Jen seakan-akan mengadu.

"Will you give me a chance... untuk I bantu you Jen?"

Jen lagakan pandangan dengan Danee. Entah apa yang merasuk sehingga dia berani untuk bertindak sebegitu. Lama juga mereka di dalam keadaan begitu, memandang satu sama lain sehingga Liza kembali bersama-sama desert di tangan.

Cepat-cepat Jen larikan pandangan. Mengalihkan pinggan-mangkuk lauk, memberi ruang pada mangkuk desert untuk Liza letakkan di atas meja.

Ketika Jen bangun hendak membasuh tangan, Danee turut ikut bersama dengan menatang pinggan kotor di tangan. Baru saja Danee hendak bersuara cepat-cepat Jen memotong.

"Letak saja pinggan tu. Nanti saya basuhkan." Jen bersuara agak kuat sambil itu matanya ligat memberi isyarat pada Danee supaya senyap. Bimbang didengari Liza.

Danee dapat menangkap isyarat mata yang diberikan. Kemudian, sengaja dia rapatkan tubuhnya dengan Jen.

"Boleh kita jumpa? I betul-betul nak tolong you Jen." Bisik Danee di cuping telinga kiri Jen.

Merinding tubuh badan Jen apabila hembusan nafas Danee terasa pada tulang pipinya. Nak menoleh pun Jen tak berani. Takut-takut terjadi adegan tak sepatutnya.

Jen sedar jika dia menoleh ke kiri pasti akan berlaku perlanggaran dengan muka Danee. Darah panas menyerbu ke wajah. Walaupun scene seperti ini pernah ditulisnya di dalam novel, tetapi apabila perkara ini betul-betul berlaku, dia pula yang rasa malu.

"Saya jumpa awak nanti boleh?" Jen turut sama berbisik.

Mendengar soalan Jen itu Danee tersenyum puas. Dijarakkan tubuhnya daripada Jen, disusuli isyarat okey yang dibentuk dengan jemarinya.

Jen tarik nafas lega apabila Danee akhirnya memberikan ruang di antara mereka. Jika tadi hendak berbisik pun Jen takut-takut. Namun, baru saja Jen berasa relaks, Danee membuatkannya terkedu sekali lagi.

Doktor itu sempat mengeyit mata kanannya. Jen terkesima.

MagisWhere stories live. Discover now