Ben Quimbylah bukan Eric Shinhwa!

429 20 2
                                    

Liza ketuk pintu tanpa peduli akan insan yang masih berselimut, nyenyak tidur di dalam bilik.

Sudahlah memanggil nama gunakan suara nyaring tinggi.

Selimut dibadan diselak kasar. Jen bangkit, turun dari katil. Pintu bilik dibuka kasar. Tetapi, cahaya lampu siling kalimatang menerangi laluan biliknya itu membuatkan mata yang luas terbuka tadi, terus dipejam rapat.

Sebentar tadi di di dalam gelap, kini suasan terang berderang. Haruslah matanya terasa ditusuk, pedih.

"Hello miss writer! Dah bangun pun," ujar Liza, seakan memerli.

"Kau nak apa?" tanya Jen malas.

"Dah solat Maghrib ke belum ni?"

Jen menggeleng.

"Jen, Jen. Kut ya pun nak tidur, kuncilah jam tu. At least bangun solat dulu. Ni dah masuk waktu Isya."

Jen tak peduli dengan bebelan Liza. Dihalakan kakinya ke bilik air tanpa mengambil pusing apa yang diperkatakan oleh Liza itu.

"Berapa kali aku pesan. Nak ubat perasaan kau tu bukan sekadar telan pil saja Jen. Tapi, tikar sembahyang dan Al-Quran."

"Ikut hati ni boleh bawa mati." Sambung Liza punya maksud mendalam.

Ayat terakhir Jen itu kedengaran sayup-sayup cuma. Terhalang dek pintu bilik air.

Di dalam bilik air, Jen termenung memandang cermin bersaiz lebar 80 sentimeter, setinggi 96 sentimeter yang melekat elok pada dinding.

Lama dia menatap lantunan dirinya dari dalam cermin. Eye bag bawah matanya semakin tebal. Rambut yang separas bahunya jelas kusut masai.

Jen angkat tangan kanannya, dibawa menyentuh ke cermin, melekap seketika di situ pada bahunya.

"Ikut hati ni boleh bawa mati." Ayat Liza itu berulang-ulang di dalam benaknya, bagaikan lagu yang diputar tanpa mahu berhenti.

Jen tarik nafas panjang sebelum menghembus perlahan-lahan.

Kalau ikutkan hatinya dah pun mati. Sejak peristiwa teruk tahun lepas, jiwanya kosong. Harapannya runtuh ditimbus dek rasa benci netizen. Cita-citanya ranap. Nak hadap emak dan ayah di kampung pun dia segan.

Air yang ditadah di dalam sinki penuh sehingga jatuh mengenai kakinya. Jen tutup pili air.

Wajah dibenam ke dalam sinki berisi air itu untuk tempoh beberapa saat. Daripada beberapa saat bertukar menjadi satu minit. Jen masih menahan nafasnya sehinggalah melepasi tempoh 1 minit 30 saat. Wajahnya diangkat pantas. Bagaikan rasa puas apabila berbuat begitu.

Jen kembali memandang wajahnya di cermin. Titis-titis air daripada rambutnya jatuh ke alis matanya, dilapnya dengan tangan begitu saja.

Pili dibuka kembali. Wuduk diambil mengikut tertib. Kalaupun dia terlepas solat Maghrib tadi, dia tidak mahu abaikan fardhu Isya' pula.

"DAH habis solat kan?" Liza menjengul di muka pintu bilik solat.

Jen yang masih menyarung memandang Liza bersama kerutan di dahi.

Lawa sangat Liza punya dress code malam ini. Blouse berwarna merah jambu dipadankan dengan tudung bawal crepe dan kain kembang berwarna biru diraja. Nyaris nak jatuh rahang Jen.

"Kau ada date ke?"

Liza geleng sambil senyum nipis.

"Dinner dengan bebudak hospital?"

"Bukanlah. Jiran baru kita ajak makan-makan kat rumah dia. Jomlah, cepat siap!" terang Liza. Pula itu sempat mengarah Jen ikut bersama.

Siapa? desis hati Jen.

"Jiran baru kita depan ni." Liza bagaikan tahu apa yang berlegar di dalam fikiran Jen.

"Cepatlah! Nanti kalau dah ramai datang kau juga yang segan, malulah." Sempat lagi Liza membebel.

Jen masih setia berdiri tanpa mahu berganjak di muka pintu biliknya.

"Ramai?"

"Yalah. Bebudak hospital. Untuk makluman kau, jiran baru kita ni doctor kat hospital tempat kerja aku. Baru ditukarkan. Jomlah kenal-kenal. Handsome tau. Mana tau boleh jadi next hero untuk novel kau. Mana tau kau nak buat comeback. Kau tau, bebudak misi kata Doktor Zahir Zaidanee tu macam Eric Shinhwa." Liza mendeskripsi paras rupa jiran mereka.

"Siapa Eric shiun shiun?" Polos saja Jen bertanya.

"Ala, artis K-Pop tu. Dia pernah berlakon drama... ah, aku dah tak ingat tajuk. Tapi, yang aku tau, muka Eric tu dengan suara dia tak sepadan langsung. Muka punyalah kacak tapi suara, kau dengar pun boleh tersedak." Galak Liza bercerita tentang si artis K-Pop itu.

Jen mencebik, disusuli tawa kecil berbunyi sinis. Sekalipun tak kenal siapa Eric yang Liza sedang bercerita itu tetapi cukup untuk dia menyangkal dakwaan sepupunya itu.

K-Pop? Doktor Zahir Zaidanee tu sikit pun tak ada muka mix -chinese. Telah-telah mata lelaki itu tak sepet. Jen tahulah, bukankah siang tadi dia ralit mengehndap jiran barunya itu. Kalau nak disamakan dengan artis, Jen rasa doctor itu lebih serupa dengan watak abang kepada Jane di dalam Jane by Design. Walaupun mata Ben Quimby itu bukanlah coklat seperti jiran mereka, tetapi adalah sedikit irasanya. Jauh sangat dengan apa yang dikatakan oleh kawan-kawan Liza yang gemar sangat dengan segala macam produk Korea itu.

"La, cepatlah bersiap!" arah Liza setelah puas bercerita itu dan ini.

"Malas. Kau pergilah!" Jen dah bersedia hendak menutup pintuk bilik, tetapi pantas ditahan oleh Liza.

"Jannah Ali!" Suara Liza dikepit supaya jeritannya tidak menjadi kuat. Dengan wajah geram Liza menahan pintu bilik dengan tangan kanannya.

"Please Liza. Kalau kau sayang aku, jangan memaksa." Marah Liza itu Jen tabur dengan ayat merayu. Suara Jen saja berbunyi lembut tidak pada riaknya yang tanpa perasaan itu.

"Fine!" Tombol pintu bilik Jen ditarik kuat. Tapi, tiada pula terdengar bunyi pintu dihempas. Liza kalih pandang. Giliran Jen pula menahan pintu. Bukan dengan tangan tetapi kaki kanan.

"Lain kali ya Liza. Aku memang tak bersedia lagi nak jumpa orang. Kau tahu kan kenapa?" Jen pandang wajah Liza lama, mengharapkan supaya sepupunya itu faham.

"Ala, diaorang dah tak ingatlah pasal hal tu." Kata Liza mahu menyedapkan hati Jen.

"Soon, okay? Promise!" Jari kelingking kanan dihulur Jen kepada Liza.

"Okey!" Liza pautkan jari kelingkingnya pada jari kelingking Jen. Pinky promise.

"Kalau diaorang tanya beritahu je yang aku kurang sihat ya," ujar Jen dengan suara perlahan.

Liza tak membalas. Sekadar mengangkat isyarat jari mengiyakan saja.

10 minit selepas itu...

"Jen! Jen!" Panggilan bersama ketukan daripada Liza.

Dengan lemah longlai Jen memaksa diri untuk bagun dari katilnya. Kaki menapak perlahan menuju ke pintu. Daun pintu bilik ditarik perlahan. Beberapa saat kemudian, ditutup pantas.

Gelabah Jen mengagau mencari suis lampu. Terang benderang sudut biliknya mnyilaukan matanya. Namun, sakit ditusuk cahay itu tidak mampu mengatasi rasa kalutnya. Cepat-cepat Jen menarik selimut yang tadi jatuh di lantai. Disarung ke kepalanya,melilit bagaikan selendang.

Pintu biliknya dikuak semula. Wajah Liza yang sedang menyeringai sengih itu dipandangnya geram sebelum pandangan berkalih pada wajah bersih di sebelah Liza. Pada si Ben Quimby bermata coklat yang dia intai siang tadi.

"Hai. Liza kata you tak sihat. That's why I datang, nak periksa you."

Bibir merah basah Ben Quimby itu merekah dengan senyuman. Manisnya umpama sekilo gula. Jen terpana untuk kali keduanya.

MagisWhere stories live. Discover now