Bab 25

29.6K 697 11
                                    

"Assalamualaikum, macam mana Puan Amna hari ni. Dah rasa ok sikit atau masih rasa pening, loya-loya", soal Doktor Fazilah yang merawatnya.

"Waalaikumsalam doktor. Alhamdulillah saya rasa lebih sihat. Saya keracunan makanan ke doktor? Tanya Amna.

Doktor Fazilah mengerutkan dahi seraya memandang Mika yang berdiri tegak di sebelah katil Amna. Mika menggelengkan kepala sambil tersenyum.

Fahamlah Doktor Fazilah yang Mika masih belum memberitahu tentang kehamilan isterinya itu.

Amna pun nampak pelik bila melihat reaksi doktor dan suaminya. Timbul rasa takut kalau-kalau dia menghidap penyakit serius.

"Kenapa dengan saya doktor? Teruk ke sakit saya ni? Beritahulah doktor", kata Amna dengan suara sebak.

Doktor Fazilah mengeluh.
"Memang serius keadaan Puan Amna ni".
"Huh!serius? Apa penyakit saya ni doktor. Ya Allah", Amna mula nak menangis.

"Abang bagitahu Amna ni sakit apa abang", Amna memujuk suaminya pula untuk memberitahunya bila Doktor Fazilah diam.

"Amna kena buatan orang", jawab Mika

"Ya Allah sapa la yang buat Amna ni abang. Amna ada buat salah pada sapa la".Amna sudah menangis.

"Sabar Puan Amna. Penyakit ni tak lama cuma sembilan bulan je. Kalau puan ikut apa arahan saya, InsyaAllah penyakit tu akan cepat sembuh". Jelas Doktor Fazilah

Amna dah tak mampu nak mendengar penjelasan Doktor Fazilah. Amna memeluk pinggang suaminya. Dibenamkan mukanya di perut suaminya itu. Mika mengusap-usap belakang Amna. Lembut.

"Shh..shhh..jangan nangis sayang. Abang akan sentiasa ada dengan sayang bukan untuk sembilan bulan penyakit Amna ni tapi akan sentiasa ada sepanjang hidup Amna".

Mika menahan ketawa bila melihat Amna. Doktor Fazilah juga tak kurang hebatnya melayan lakonan Mika.

"Puan Nurul Amna binti Ahmad Saifullah" , panggil Doktor Fazilah bila tangisan Amna semakin reda.
Amna berpaling memandang Doktor Fazilah.

"Tahniah Puan Amna",kata Doktor Fazilah sambil tersenyum.

"Huh! Tahniah? sebab apa?sebab saya sakit ke?". Blur jap Amna.

"Puan Amna mengandung 4 minggu". Doktor Fazilah sudah senyum tayang gigi.

Amna terkejut. Adakah dia salah dengar. Ini ke penyakit buatan orang. Buatan suaminya.
Amna pandang Mika. Mika angguk dan senyum lebar.
Amna menangis lagi kuat. Menangis sebab gembira dan satu sebab lagi dia mati-mati kena tipu dengan Doktor Fazilah dan suaminya sendiri. Akhirnya Mika dan Doktor Fazilah sama-sama gelak. Sudah tak tahan melihat gelagat Amna.

"Amna nak apa-apa tak?buah ke?", tanya Mika.

"Tak ada apa-apa abang", jawab Amna sambil mengusap-usap perutnya yang masih tidak menampakkan apa-apa tapi dia tahu ada nyawa lain dalam tubuhnya. Hasil cinta yang disemai bersama suaminya.

Mika hanya memandang gelagat isterinya itu.
"Sayang rehat la. InsyaAllah kalau sayang ok petang nanti dah boleh discharge. Kita dah boleh balik rumah. Abang rindu bilik kita. Katil kita".

"Rindu bilik dengan katil je ke? Dengan Amna ni tak rindu. Sampai hati abang. Kecil hati Amna", kata Amna sambil mencebik dan memeluk tubuhnya.

Mika ketawa bila mendengar Amna sudah membebel. Dia sendiri tak maksudkan apa-apa. Memang dia rindukan rumah, bilik dan katil mereka sebab dah tiga hari Mika berkampung di hospital menemankan Amna.
Mika hanya tidur di sofa. Kalau ikutkan hatinya hendak saja dia tidur di atas katil Amna. Muat sangat kalau mereka berdua tapi takut lain pula yang jadi. Tak pasal-pasal boleh jadi hot story kat hospital ni pasangan suami isteri 'buat drama' dalam bilik.

"Sayang, abang tak ada maksudkan apa-apa pun. Dah tiga hari kat sini, Amna tak rindu rumah,tak rindu bilik kita?", tanya Mika. Dipandangnya wajah si isteri. Makin lama dipandang makin comel si isteri. Mungkin seri mummy to be agaknya.

Amna angguk.
"Rindu", pendek jawabnya

"Ha..kan? Rindu. Dah la tak boleh buat apa-apa duduk kat sini. Boleh tengok Amna je. Kalau kat bilik kitakan macam-macam aktiviti kita boleh buat, 'ringan-ringan, 'berat-berat' kan". Mika sudah buat muka gatalnya.

Amna ketawa. Fahamlah dia maksud suaminya itu.
"Mengada je abang ni. Time macam ni pun sempat nak fikir yang bukan-bukan",.

"Apa yang bukan-bukan.Abang serius lah. Tak tahu lah kalau Amna tak rasa apa-apa". Mika sudah buat muka merajuk.

"Alololoo...daddy to be ni merajuk la pulak. Handsome daddy tak baik tau buat muka macam tu. Daddy nak ke baby kita nanti keluar muka masam, kelat macam daddy to be ni", pujuk Amna. Amna menahan ketawa bila melihat si suami yang nampak comel bila buat begitu.

"Come with me daddy to be". Ajak Amna.
"Sini la abang. Meh sini duduk kat Amna.
"Abang", dipanggil sekali lagi suaminya. Kali ni ni Amna lembutkan lagi suaranya.

Mika yang duduk di sofa bangkit dan duduk di sebelah Amna. Amna memautkan tangannya ke lengan Mika. Dilentokkan kepalanya di bahu Mika.

"Abang, Amna pun rindu nak balik rumah. Rindu nak tidur dengan abang. Dah tiga hari Amna tidur sorang-sorang. Ni ha bantal Amna ni lagi la Amna rindu", kata Amna sambil menepuk-nepuk lengan sasa Mika yang menjadi bantalnya saban malam.
Mika senyum. Dia bukan merajuk tapi sengaja mahu dipujuk si isteri.

Pintu bilik di ketuk dan kemudian seorang jururawat masuk.
"Puan Nurul Amna, Doktor Fazilah dah confirmkan yang puan boleh discharge petang nanti", beritahu jururawat itu.

"Terima kasih nurse", jawab Amna.
"Alhamdulillah sayang. Kita dah boleh balik. Abang nak kemas barang dulu la. Amna rehat dulu sementara nak tunggu Doktor Fazilah", kata Mika.

............................................................................
Terima kasih kerana membaca. Tinggal beberapa bab saja nak habis dah cerita ni.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now