Bab 28

24.8K 647 11
                                    

Mika semakin gelisah melihat keadaan si isteri. Semakin kurang bercakap. Satu sebab yang dia pasti membuatkan isterinya begitu adalah kerana Zahra akan balik dalam dua minggu lagi. Mika perasan si isteri berubah sikap sejak Zahra memaklumkan dia akan pulang ke Malaysia lagi sebulan.

Apa aku harus buat ni, bisik hati Amna.
Amna semakin tertekan.
Perlu ke dia mengundur diri. Biarkan Zahra kembali pada Mika,suaminya.
Berat baginya untuk melakukannya.
Tapi...dia kena fikirkan sesuatu untuk Zahra. Dia tak nak sahabatnya itu tidak percaya padanya lagi. Sebab dia yang berjanji.

"Amna, aku harap kau pegang pada janji.
Aku dah bersedia untuk menjadi isteri Mika"
"Ye beb. Aku ingat janji tu.Kau akan dapat Mika kau semula", lemah suara Amna. Inilah yang dikatakan telajak perahu boleh diundur terlajak kata kau tanggunglah akibatnya Amna!.

Amna menghantar mesej kepada Abang Ammar. Amna ingin sekali berjumpa dengan abangnya itu. Dia perlu berterus terang akan hal perkahwinannya dulu dengan Mika.

"Amna nak pergi mana ni? Bawa beg bagai ni. Macam gaya orang lari dari rumah" tanya abangnya, Ammar dengan wajah yang pelik.
Tiba-tiba saja adiknya itu menelefonnya semalam dan ingin berjumpa.
Wajah adiknya itu nampak kusut seperti sedang menanggung masalah yang besar.

"Amna datang sini, Mika tahu tak? Kalau Mika tahu ni mesti dia risau. Amna tu mengandungkan anak dia", tanya Ammar lagi.
Amna hanya menggelengkan kepalanya. Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya dari jatuh tapi Amna tak mampu. Terus dipeluk abangnya.

"Kenapa ni Amna? Apa yang dah berlaku ni?Mika ada buat apa-apa pada Amna ke?", bertalu-talu soalan keluar dari mulut Ammar.
Terkejut dengan sikap adiknya yang menangis teresak-esak. Habis basah baju kemejanya dengan air mata Amna. Dipeluk adiknya itu dan cuba menenangkan Amna.

"Abang, Amna minta maaf. Amna dah tipu abang"kata Amna yang masih menangis.

"Tipu abang? Apa yang Amna tipu?" Ammar semakin tidak faham dengan kata-kata adiknya itu.

"Abang, Amna minta maaf sebab Amna tak berterus terang dengan abang sebab Amma kahwin dengan Mika", kata Amna. Hanya itu yang terluah dari mulut

"Maksud Amna?
"Amna kahwin dengan Mika ada sebab"
"Sebab apa?"
"Zahra". Pendek sahaja jawapan Amna
Makin berkerut dahi Ammar. Tak faham apa kaitan Zahra dengan perkahwinan adiknya itu.

"Abang Ammar sebenarnya Mika tu tunang Zahra. Zahra minta Amna kahwin dengan Mika supaya Mika tak cari perempuan lain. Zahra minta Amna jagakan Mika untuk dia. Bila dia balik ke sini dia akan kahwin dengan Mika", beritahu Amna dalam nada yang sebak.

Tak tahu Ammar nak cakap apa lagi.berita yang baru diterimanya ini betul-betul buatnya terkejut. Dia sebagai abang tak tahu masalah adiknya. Lagi pun dia tak pernah syak yang bukan-bukan kerana adiknya dan Mika nampak bahagia. Mereka berdua juga sangat mesra seperti pasangan-pasangan yang lain. Ammar juga memuji sikap adik iparnya, Mika yang sangat bertanggungjawab dan hormat padanya. Mika pasti akan menghubunginya paling tidak seminggu sekali untuk bertanyakan khabar.Kalau tak bahagia masakan adiknya mengandungkan anak lelaki itu.Malah Mika yang tak sabar menunggu Amna melahirkan anak mereka. Itu yang Ammar nampak pada lelaki itu.

"Mika macam mana? Mika tahu tak pasal ni?", tanya Ammar

Amna mengangguk," Mika tahu abang",.

"Mika nak balik pada Zahra ke?", tanya Ammar

"Tak. Mika tak nak pada Zahra. Sejak Zahra tingglkan Mika pada hari perkahwinan mereka, Mika dah anggap mereka tak ada apa-apa. Mika ikhlas kahwin dengan Amna.
Amna rasa besalah pada Zahra.Amna dah mugkir janji pada Zahra untuk jaga Mika sementara Zahra sambung belajar", jelas Amna.

"Bila Zahra balik sini?", tanya Ammar
"Dua hari lagi abang. Zahra dah pun mesej Amna ingatkan Amna untuk kembalikan Mika", beritahu Amna.

"So, Amna nak mengalah. Amna nak serahkan suami sendiri pada Zahra? Amna dah bincang dengan Mika"? soal Ammar bertalu-talu.

"Amna buntu abang. Amna tak tahu nak buat apa. Dulu memang Amna nak tolong Zahra tapi Mika selalu ingatkan Amna tentang tanggungjawab Amna sebagai isteri. Mika tak anggap Amna sebagai pengganti Zahra yang dikahwini untuk tempoh dua tahun seperti yang Zahra mahukan sebab Mika tak pernah berjanji apa-apa dengan Zahra. Jadi Mika tak rasa dia bersalah atau dia tak setia pada Zahra", jelas Amna.

Baru Ammar tahu duduk perkara sebenar. Bukanlah salah Mika. Masalahnya ialah adiknya yang berjanji.

"Amna nak duduk dengan abang. Abang janji jangan cerita apa-apa pada Mika. Amna kena serahkan Mika pada Zahra. Masanya dah sampai abang. Semua salah Amna. Amna tak kuat untuk jaga Mika. Mika buat Amna jatuh cinta padanya. Ini bukti cinta Mika pada Amna", kata Amna sambil mengusap-usap perutnya yang semakin besar itu.

"Bukan tanda cinta Mika saja tapi tanda cinta Mika dan Amna. Amna patut pertahankan rumahtangga Amna bukannya lari macam ni. Amna tak kesian pada Mika ke?",tanya Ammar. Simpati melihat adiknya yang sugul itu.

"Amna sayang Mika abang. Selain abang, Mika la tempat Amna. Syurga Amna. Cuma sekarang Amna perlu waktu untuk bertenang. Amna nak tengok keadaan dulu. Amna pun tak tahu macam mana nak berdepan dengan Zahra dalam keadaan Amna macam ni. Kalau Amna sedih,Zahra tentunya lagi. Mesti dia kecewa, rasa dikhianati okeh sahabatnya sendiri. Amna nak duduk dengan abang",kata Amna.

Ammar hanya mengangguk. Bukan nak masuk campur hal rumahtangga adiknya tapi sebagai abang dia juga kena hormat permintaan adiknya. Dia hanya boleh mendengar tapi yang menanggung adiknya, tentu lebih berat.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now