Bab 59

16.4K 405 9
                                    

Mika bersalaman dengan mummy dan daddynya. Zahra yang berdiri di belakang Mika turut berbuat demikian.
Datin Suhana pula tidak tahu apakah reaksi yang patut dia tunjukkan di depan menantu baharunya itu.
Hanya wajah Amna, Maryam dan Mikael saja yang ada dalam kepalanya saat ini.
Amna yang berdiri di sebelah mummy mencium tangan Mika.
Mika menarik Amna dalam pelukannya. Amna kaget dengan tindakan Mika. Mika tidak boleh berbuat begitu kerana masih ramai tetamu dan sudah tentunya banyak mata yang sedang memandang. Amna juga perlu menjaga hati Zahra.
"Abang lepaskan Amna. Orang tengok abang", bisik Amna sambil menolak tubuh suaminya itu tetapi semakin kuat pula pelukan Mika.
"Daddy, kakak pun nak peluk daddy", kata Maryam tiba-tiba dan sebenarnya sudah menyelamatkan Amna dari terus dipeluk Mika.
Mika meraih kedua-dua orang anaknya ke dalam pelukannya.
"Daddy sayang Maryam dan Mikael", kata Mika
"Mummy?", tanya Maryam
"Daddy pun sayang mummy. Sayang sangat", jawab Mika. Dipandang wajah Amna yang merona merah. Mungkin malu dipeluk Mika sebentar tadi.
Zahra memeluk Amna.
"Tahniah Zahra. Jaga Mika baik-baik", ucap Amna
Zahra mengangguk dan senyum.
" Maryam, Mikael salam auntie Zahra", arah Amna pada kedua-dua orang anaknya
"Panggil mummy Zahra", jawab Zahra pula.
Maryam dan Mikael datang ke arah Zahra lalu dicium tangan Zahra.

Majlis sudah selesai. Ramai tetamu sudah berangkat pulang. Hanya tinggal keluarga Datuk Muzafar dan Datin Suhana serta keluarga disebelah Zahra.
Mika ralit melayan anak-anaknya. Amna pula berbual dengan kakak-kakak iparnya.
Penuh kata semangat dari kak long dan kak ngah. Amna berterima kasih kerana ramai yang memberi sokongan kepadanya.

Zahra mendekati Mika.
"Sayang jom kita balik", ajak Zahra. Lembut suaranya.
Mika berpaling memandang Zahra. Agak terkejut dengan panggilan Zahra padanya. Panggilan yang biasa Zahra panggilnya suatu ketika dulu.
Mika hanya mengangguk.
Zahra pegang tangan Mika. Mika tarik dengan lembut tangannya dari genggaman Zahra.
"Maaf" kata Mika bila dia tahu tindakannya itu boleh mengecilkan hati Zahra tetapi dia belum bersedia untuk berbuat demikian apatah lagi di hadapam Amna, Maryam dan Mikael.
"Daddy nak pergi mana tu?" Tanya Maryam
"Mummy Zahra nak bawa daddy balik rumah mummy Zahra", jawab Zahra bagi pihak Mika
"Kenapa daddy Maryam nak balik rumah auntie Zahra?", tanya Maryam lagi
"Sebab daddy Maryam suami mummy Zahra", jawab Zahra
Maryam yang keliru menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Tidak faham atau kurang faham dengan jawapan Zahra.
Maryam dan Mikael terus berlari mendapatkan mummy mereka.
"Mummy..mummy..", panggil Maryam yang termengah-mengah kerana berlari.
"Kenapa sayang?", tanya Amna, lembut.
"Mummy, kenapa auntie Zahra nak bawa daddy balik rumah dia?" Soalan Amna, Maryam jawab dengan soalan juga.
"Siapa cakap macam tu?", soal Amna kembali
"Auntie Zahra yang cakap. Mummy jangan bagi auntie bawa daddy ye", kata Maryam yang mengundang sebak di hati Datin Suhana bila mendengar perbualan dua beranak itu.
Amna berfikir-fikir mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Maryam.
"Mikael nak daddy, mummy",giliran Mikael pula meminta daddynya.
Amna menepuk kepalanya. Berat dah ni. Harap anak-anaknya tidaklah mengganggu hubungan Zahra yang baru ingin memulakan kehidupan bersama Mika.

Amna tidak dapat melelapkan matanya. Jam di meja tepi katilnya sudah menunjukkan pukul 2:00 pagi. Di pusingkan badannya ke kanan. Tiada lagi harum tubuh suaminya. Ditarik bantal tidur Mika. Dicium dan ditekup mukanya pada bantal Mika. Lama. Amna menangis.
Bunyi iPhonenya buat Amna terkejut.
Satu mesej masuk.
Amna buka dan membacanya.

Sayang, sayang dah tidur ke.
Abang rindu sayang. Abang tak boleh tidur sayang tak ada.
Abang tak boleh tidur sebelum cium Maryam dan Mikael.

"Abang", panggil Amna. Hatinya bertambah sedih.
"Maafkan Amna kalau buat abang terseksa macam ni".
Kata Amna pada dirinya sendiri.
Dibaca berulang kali mesej suaminya itu. Perlu ke dia membalasnya.

Abang tidurlah. Zahra mana?
Amna pun rindu abang tapi tunggu giliran abang balik rumah kitalah.
Amna dah ciumkan Maryam dan Mikael untuk abang ye.

Mesej Mika, Amna balas ringkas.
Satu lagi mesej masuk.

Abang tahu sayang juga tak boleh tidurkan.
Sayang nak abangkan. Abang nak balik sana.

Amna terkejut membaca mesej Mika.
Memang harulah kalau Mika betul-betul balik ke rumahnya.
Apa kata Zahra.

Abang jangan macam ni. Apa kata Zahra nanti.
Abang jangan risau pasal Amna.
Amna ok abang.
Abang sabar.
Dua hari lagi abang balik sini ye.
Amna tunggu abang.

Jawapan Amna pada mesej Mika tadi dengan harapan Mika berfikir semula tentang niatnya untuk pulang ke rumahnya.

Tunggu abang.
Abang balik

Jawapan Mika memang buat Amna tak senang duduk. Tindakan Mika boleh mengundang masalah besar pada dirinya dengan Zahra. Amna tak nak pisang berbuah dua kali.

Amna bangun. Mengambil wuduk lalu dikerjakan solat sunat.
Memohon kekutan untuk dirinya dan suami agar kuat menghadapi dugaan ini.
Amna kembali ke katil. Dipejamkan matanya, rapat. Wajah Mika yang muncul.








"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now