Bab 57

20.1K 431 19
                                    

Mika memimpin tangan si kecil Maryam. Amna yang melihat dua beranak yang sangat mesra itu, tersenyum sendiri. Diusap perutnya. Ada satu nyawa lagi dalam rahimnya yang sedang membesar.
"Abang doa kali ni, anak kita boy la pulak", kata Mika suatu hari semasa mereka bercuti di Singapura.
Amna yang mendengar hanya tersenyum.
" InsyaAllah. Yang penting baby ni sihat", jawab Amna.
Mika membawa Amna dalam pelukannya.
Tak boleh rapat seperti biasa.

"Mummy, daddy tengok adik ni. Adik kacau kakak!", adu Maryam. Geram dengan adiknya.
Si kecil Mikael yang tak betah duduk diam itu sememngnya suka mengacau kakaknya, Maryam.
Ada saja yang diadu oleh Maryam setiap hari.
Adik Mikael koyak buku kakak.Adik Mikael conteng buku kakak. Adik Mikael tarik rambut kakak.
"Anak daddy, Mikael mari sini. Jangan kacau kakak", kata Mika yang memujuk anak lelakinya yang berusia 3 tahun itu.
Mika sendiri mengaku anak lelakinya itu lain benar dari kakaknya yang mudah dijaga. Mikael lebih aktif dan suka memanjat. Pening juga sekali sekala Mika dibuatnya.
" Mikael ni macam daddy Mikael masa kecil-kecil dulu. Tok Mummy pun tak larat nak jaga daddy Mikael tapi nasib baik tok daddy pandai melayan masa tu", beritahu mummy.
Jadinya perangai Mikael ada mengikut perangai daddynya sendiri. Mika tersenyum mendengar kata mummynya.

" Mummy,kenapa kita selalu pergi sini? " tanya Maryam
" Kita lawat auntie Zahra sayang. Auntie Zahra kawan baik mummy. Auntie Zahra, auntie pada Maryam dan adik Mikael juga", jawab Amna.
" Kenapa auntie Zahra tinggal di sini mummy? Rumah tok ma dan tok pa kan ada", tanya Maryam lagi.
" Auntie Zahra kena tinggal kat sini buat sementara waktu. Tahun depan baru auntie Zahra balik rumah tok ma dan tok pa", jelas Amna pada anaknya itu. Tok ma dan tok pa adalah panggilan untuk auntie Hamidah dan uncle Zahri yang menganggap Maryam dan Mikael seperti cucu mereka sendiri.
Semakin anak itu membesar, semakin banyak soalan yang ditanya. Sejak Maryam kecil lagi, Amna dan Mika telah membawanya ke penjara untuk melawat Zahra. Kini, Mikael juga dibawa bersama.
Malah, setiap kali Hari Raya Aidilfitri, Mika dan Amna akan turut serta dalam keluarga auntie Hamidah dan uncle Zahri ke penjara untuk menyambutnya bersama-sama Zahra. Zahra yang telah didapati bersalah, merancang, menculik dan mencederakan mangsanya, dijatuhkan hukuman penjara maksimun 7 tahun dan denda mengikut seksyen 361 kanun keseksaan. Zahra terlepas dari tali gantung kerana mangsanya masih hidup.
Tidak sampai setahun saja lagi Zahra di sini. Keadaannya juga bertambah baik. Zahra sudah reda dengan ketentuan Ilahi ini. Zahra juga sudah berhijab. Lebih cantik dan manis. Anak-anak Amna dan Mika juga sangat rapat dan mesra dengan Zahra.

" Amna, aku minta maaf dengan apa yang aku dah buat pada kau. Kau hampir-hampir terbunuh kerana aku yang ikutkan perasaan marah dan kecewa", itu kata Zahra suatu ketika bila Amna datang melawatnya.
"Beb, aku juga minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Aku mungkir janji", kata Amna.
"Tak beb. Kau tak salah pun. Memang Mika dah putuskan hubungan dengan aku masa aku batalkan perkahwinan kami dulu cuma aku yang tak dapat menerimanya. Memang jodoh kau dengan Mika. Aku tumpang gembira kau dan Mika bahagia", jawab Zahra.
Mereka berpelukan. Mesra seperti dahulu semula.

" Abang", panggil Amna yang mengambil tempat duduk di hadapan suaminya yang ralit memandang skrin komputernya. Nampak sangat sibuknya sejak belakangan ini. Bisik hati Amna
"Ermmmm", jawab Mika tanpa memandang isterinya.
"Amna ada hal nak cakap dengan abang", kata Amna semula
Mika masih tidak memandang Amna. Mika juga tidak memberi respon kepada kata-kata Amna.
"Abang dengar tak Amna cakap ni?", tanya Amna lagi
Mika masih begitu.
Sikap Mika betul-betul buat Amna geram. Sudah seminggu Amna cuba untuk bercakap dengan suaminya tetapi tidak berpeluang. Anak-anak juga tidak dilayannya. Mika sempat bertanya hal anak-anaknya semasa di meja makan sahaja.
Amna bangun dari tempat duduknya bila si suami tidak berminat untuk melayannya.
Amna panjat atas katilnya. Diselubung dirinya dengan selimut. Tak tahu sama ada nak menangis atau apa saat ini tapi dia cukup sedih. Akhirnya, menitis juga air matanya.
Tiba-tiba dirasakan satu tangan cuba menarik selimut yang membungkusnya.
Makin kuat Amna memegangnya. Dia tahu itu tangan Mika.
"Sayang, kenapa ni? Marah abang ye. Okay, abang minta maaf sayang kalau buat sayang sakit hati dengan sikap abang tadi atau lately ni. Abang betul-betul sibuk untuk seminggu dua ni. Projek besar kita kat Putrajaya tu dah nak start. Macam-macam yang abang nak kena tengok. Walau pun abang ni bos tapi abang tak boleh lepas tangan sayang. Abang kena ambil tahu semua yang berlaku. Abang tak nak kecewakan daddy. Abang kena jaga reputasi daddy. Berat tanggungjawab abang ni sayang", jelas Mika sambil diusap tubuh Amna yang masih berbungkus selimut itu.
Amna yang mendengar semakin sebak. Adakah dia yang bersalah tak faham tugas dan kerja suaminya.
"Okay. Sayang nak cakap apa tadi? Abang dengar. Tapi sebelum tu buka dulu selimut ni. Nak cakap macam mana kalau tak pandang muka abang yang handsome ni. Orang lain sibuk curi-curi nak tengok abang tapi isteri abang tak nak tengok abang", usik Mika.
Amna yang dalam selimut mencebik. Tak habis-habis perasan dia tu. Kata Amna dalam hati.
Amna buka selimutnya. Amna duduk berhadapan dengan suaminya. Mika yang melihat gelagat Amna hanya tertawa. Sudah tua merajuk macam ni memang kelakar. Muka tak boleh blah la Amna sayang. Bisiknya dalam hati.
"Kalau ketawa macam tu, mesti tengah kutuk Amna la tu dalam hati", kata Amna mencebik sambil membetulkan ikatan rambutnya yang kusut.
"Mana ada. Abang tak cakap apa-apa pun. Amna tu je yang perasan", balas Mika. Ditarik hidung Amna
"Aduh! Sakitlah abang", Amna cuba membalas tapi tangannya sempat ditangkap Mika. Mika memeluk isterinya.
Inilah yang Amna tak boleh nak marah lama-lama pada suaminya. Hanya sentuhan dan pelukan Mika buat Amna hilang punca amarahnya.
"Huh! Dah dapat tangkap. Jangan nak gerak dah. Okay, sekarang cerita pada abang apa yang sayang nak cakap tadi", arah Mika sambil membetulkan duduknya agar betul-betul mengadap Amna. Dipandang tepat wajah isterinya yang comel itu terus ternampak wajah Maryam. Maryam betul-betul mengikut wajah polos Amna. Sejuk mata memandang.
"Abang"
"Ye sayang", jawab Mika sambil dielus tangan Amna.
"Amna ada satu permintaan", kata Amna
Mika yang mendengar mengerutkan dahinya.
Macam serius saja bunyinya
"Apa yang sayang nak?" Soal Mika semula
"Abang, Amna nak abang ambil Zahra sebagai isteri abang", lancar saja permintaan itu keluar dari mulut Amna.
"Apa sayang merepek ni. Tiba-tiba timbul isu Zahra ni kenapa?", kata Mika seperti tidak berpuas hati
Amna pegang kuat tangan suaminya seperti minta difahami hasratnya itu.
" Abang, abang tidak kasihan ke pada Zahra. Zahra juga pernah bertakhta dalam hati abang suatu masa dulu. Amna nak Zahra juga bahagia seperti Amna. Amna percaya abang mampu membahagiakan Zahra dan berlaku adil. Amna tahu Zahra masih sayang pada abang. Amna ikhlas dengan apa yang Amna minta ni", jelas Amna
Mika terdiam seketika. Tidak percaya dengan permintaan isterinya itu.
Sudah difikir masak-masak oleh Amna ke apa yang dimintanya itu. Sanggupkah Amna berkongsi kasihnya dengan wanita lain. Mampukah dia membahagiakan dua wanita dalam satu masa. Bolehkah dia mencintai atau memupuk rasa cinta pada Zahra semula? Pelbagai persoalan bermain di kotak fikirannya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now