Bab 49

19.7K 492 17
                                    

Amna bersandar di tepi pintu. Dipejamkan matanya. Mencari kekuatan.
Pintu bilik dibuka. Amna menoleh ke pintu. Wajah lelaki gempal dan bengis itu memandangnya.
Muncul Zahra di belakang lelaki itu.
Amna terkejut.
Zahra pula tersenyum. Senyuman yang penuh makna dendam.
Amna pandang Zahra dan Zahra juga memandang Amna. Sama-sama tidak berkelip mata.
Amna menunggu Zahra bercakap. Dia akan dengar apa sahaja yang dikatakan Zahra.
Zahra datang menghampiri Amna. Disepak plastik makanan di hadapan Amna yang masih belum disentuh isinya.
Amna terkejut dengan tindakan Zahra. Amna ambil plastik makanan itu. Tak baik buat begitu dengan rezki.
Zahra pandang tepat ke arah Amna.
"Kau ni betina, memang plastik. Pandai berlakon baik. Ini ke cara kau goda Mika dengan perangai palsu kau ni ye. Buat muka suci. Menyampah tau aku tengok muka kau ni", kata Zahra sambil menyepak hujung kaki Amna yang sedang berlunjur itu.

"Aduh!", jerit Amna. Sememangnya kakinya itu sakit.
"Opssss...sorry. Tak sengaja", kata Zahra yang mula ketawa.
Amna menggosok kakinya. Menitis air matanya menahan sakit. Sudah biru tempat yang sakit itu. Mungkin saja terkena botol air yang dicampak lelaki itu malam tadi.
"Kau sakit ke betina? Alololo.... kesian aku tengok kau ni. Aku masih berfikir nak bunuh kau ke atau anak kau atau suami kau. Boleh tak kau tolong aku pilih", kata Zahra lagi. Kali ni kepala Amna pula jenjadi mangsanya. Ditojoh kepala Amna sehingga terhantuk ke dinding.
"Allah", hanya itu yang terkeluar dari mulut Amna. Berpinar pandangannya. Semakin sakit pula kepalanya.

"Kau ikat tangan dia", arah Zahra pada lelaki upahannya
Lelaki itu terus mengikat tangan Zahra. Zahra hanya diam tidak melawan. Melawan hanya membahayakan dirinya sendiri.

"Sampai hati kau ambil Mika dari aku kan. Kau dah janji nak jaga Mika tapi apa yang kau buat? Ini..ini..", Zahra menunjal perut Amna.
"Inilah bukti kau ni betina gatal, sundal, tak tahu malu, ambil orang punya, sedap kau je dengan Mika", ditampar pipi Amna. Padan muka.

"Cakaplah apa saja Zahra. Buatlah apa saja kalau ini boleh buat kau senang hati. Boleh balas segala dendam kau pada aku. Memang aku yang salah ambil hak kau. Aku dah cuba pulangkan Mika pada kau Zahra tapi Mika yang tak nak. Mika sendiri cakap yang dia dah tak ada perasaan pada kau sebab kau yang tinggalkan dia dulu. Dia dah puas pujuk kau tapi kau yang degil tak nak kahwin dengan dia. Kau masih nak salahkan Mika ke Zahra?", kata Amna pula

"Kau dengan Mika sama je. Bodoh! Sial!", jerit Zahra
"Ye, aku bodoh. Bodoh sebab ikut cakap kau. Tapi aku dah cuba Zahra untuk elak semua ni. Tapi kau ingat senang ke Zahra. Kalau aku saja yang anggap perkahwinan ni sementara tapi tidak pada Mika. Dari hari pertama aku kahwin, Mika sentiasa ingatkan aku tentang tangunggjawab aku sebagai isteri. Sampai bila Zahra aku nak menanggung dosa pada suami kerana tidak menunaikan tanggungkawab aku. Kalau hari-hari Mika cuba menggoda aku, kau rasa mampu ke aku nak menolak semuanya itu", jawab Amna. Suaranya juga sudah tinggi dari tadi.

"Kau yang gatal Amna. Aku kenal Mika. Dia memang cintakan aku sorang. Tak mungkin Mika nak kan kau. Dari rupa dan gaya, aku ni jauh lebih hebat dari kau. Kau ni harapkan muka suci kau tu je nak pancing orang untuk kasihan pada kau. Mika tu sebenarnya tak ada hati langsung pada kau. Kau tu saja yang lebih-lebih. Betina gatal!", jerit Zahra. Sekali lagi kepala Amna ditunjal Zahra.

Amna menggelengkan kepalanya. Berat tuduhan Zahra pada dirinya. Zahra tak tahu apa yang dihadapinya sepanjang hampir dua tahun ini.
Biarlah Zahra tak tahu. Kalau dia bercerita pun, Zahra tak akan percaya. Pada Zahra, dia memang bersalah, memang patut dihukum.

" Aku nak kau atau Mika yang derita. Macam mana rasa kehilangan orang yang disayangi. Baru puas hati aku. Padan muka kau berdua",

"Zahra, sia-sia kalau kau buat macam ni. Berbaloi ke kau pergi belajar jauh-jauh untuk jadi glamour tapi akhirnya kau buat sesuatu yang boleh merosakkan imej dan masa depan kau Zahra. Aku sayang kau Zahra. Jangan buat macam ni. Kita boleh bawa berbincang", pujuk Amna

"Arghhhh! Banyak cakap pula kau ni betina. Takut ke?", Zahra kembali ketawa

Zahra mengeluarkan pistol dari handbagnya. Diacukan ke arah Amna. Amna hanya melihat perlakuan Zahra.
Zahra datang menghampiri Amna. Diacukan pula ke perut Amna.
"Jangan Zahra. Kasihanlah anak aku Zahra. Dia tak bersalah. Kalau kau nak hukum aku, hukumlah tapi jangan apa-apakan anak aku", rayu Amna dengan tangisnya.
Zahra kembali ketawa. Lucu melihat Amna yang ketakutan.
"Jangan risau Amna. Aku bukan nak bunuh kau hari ni. Aku nak main-main dulu, baru best. Aku nak tengok Mika kau tu jadi gila. Gila sebab betina kesayangan dia ni dah hilang. Anak dia ni sekali", Zahra tumbuk perut Amna.
"Ibu!", jerit Amna
"Abang. Tolong Amna abang. Ya Allah sakitnya. Ya Allah. Ya Allah. Berkali-kali nama itu disebut. Amna tak mampu menahan rasa sakitnya itu lagi.
"Zahra jangan kau apa-apakan anak aku. Tolonglah Zahra", Amna merayu pada Zahra.
Berpinar matanya. Kepalanya dirasakan berpusing 360 darjah. Semakin kabur penglihatannya. Akhirnya Amna tidak sedarkan diri.

Zahra seperti terkejut bila Amna tiba-tiba pengsan. Dicekaknya leher Amna. Ditampar beberapa kali pipi Amna. Sah, memang Amna pengsan.
"Padan muka kau!", kata Zahra.

Mika resah di dalam kereta. Hampir setengah jam mereka memerhatikan rumah itu. Kereta waja kelabu juga sudah masuk semula ke kawasan rumah yang berpagar itu.
Dua unit kereta polis juga sudah tiba. Datuk Muzafar, Mika dan Ammar keluar dari kereta dan bersalaman dengan Inspektor Rashid dan 6 anggota polis yang lain. Datuk Muzafar menunjukkan lokasi rumah yang disyaki tempat menantunya disorokkan.
Inspektor Rashid bersama 6 anggotanya terus merancang strategi untuk masuk ke rumah itu tanpa mencederakan sesiapa pun. Semua anggota polis sudah bersedia. Selepas mendapat arahan dari Inspektor Rashid, semua anggota mengambil tempat masing-masing.
Mika, Ammar dan Datuk Muzafar menunggu di dalam kereta seperti yang diarahkan Inspektor Rashid. Kemungkinan penjenayah memiliki senjata. Mungkin akan berlaku tembak- menembak. Jadi lebih baik mereka duduk di dalam kereta.
Hati Mika semakin resah. Jantungnya berdegup kencang seperti mahu meletup dadanya saat ini. Tak putus-putus doa dipanjatkan kepada Allah agar isterinya selamat.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now