"KRRIINNNGG" menandakan bunyi loceng untuk masa rehat. "Hye babe, nak rehat dengan I tak?", kata Mary kepada Nora sebelum keluar kelas. Mary merupakan deskmate Nora dalam kelas. Sifat Mary boleh describe with one word, GEDIK. "Sure, why not.", balas Nora. Ketika mereka menuju ke pintu kelas untuk ke kantin, Zack memandang Nora seumpama kena santau. "Adam, aku rasa aku mula jatuh cinta." "Apa lagi, jom mulakan projek terbesar kau.", Adam membalas seperti hasutan syaitan.
***
Zack dan Adam masuk ke kawasan dalam kantin. Dari pandangan jauh, "Nora, you tengok jantan kat situ, classmate kita tu, handsomekan? I dah lama usha dia, dari form 1 I stalk dia sampai sekarang tapi I rasa I tepuk sebelah tangan je. Tiada siapa kat fucking school ni boleh kalahkan dengan kehandsomeman dia, dah lah pandai, sado, kuat bersukan. I like." Nora hanya senyum dengan gelagat Mary.
Zack dan Adam mendekati meja Nora dan Mary lalu terus duduk. "Boleh join?", kata Zack. "Omaigosh, seriously yes, why not darling. Oppss, sorry. You makan apa Zack?", Mary menjawab dengan gembira. "I'm on diet and hye, nice to meet you Nora". Nora mengangguk dan senyum. Mary membuat reaksi muka masam kerana Zack menjawab tidak ikhlas.
"ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA, DISINI TERDAPAT BEBERAPA MAKLUMAT, PIHAK SEKOLAH TELAH MENGADAKAN PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT DAERAH. SESIAPA YANG INGIN MENDAFTARKAN DIRI BOLEH BERJUMPA DENGAN CIKGU AZLAN. SEKIAN, TERIMA KASIH." "Aku kena daftar", kata Zack dalam hati. Tetiba pengumuman dari pihak sekolah tadi membuat Zack tidak sedap duduk. Zack rasa ada yang tidak kena.
"Saya gerak dulu", Nora bangun dengan Mary lalu pergi meninggalkan jejaka idaman pelajar. "Call me!", jerit Mary yang kena tarik tangan dengan Nora. "I will" balas Adam yang ada hati dengan Mary. Zack pandang pelik kearah Adam. "Apa?", kata Adam.
***
Ketika perhimpunan pada hari Isnin, Cikgu Azlan mengumumkan nama pelajar yang terpilih untuk menyertai pertandingan memanah. "Cikgu akan mengumumkan pelajar yang terlibat dalam pertandingan memanah peringkat daerah. Seperti biasa Zaki Ariffin(Zack)." Semua memberi tepukan dan menyorak nama Zack untuk menjadi wakil sekolah. Cikgu Azlan menyambung perbicaraannya, " dan Nora Noriesha untuk mewakilkan sekolah. Sekian terima kasih." Semua menjerit tidak puas hati kenapa tidak Zack seorang, kenapa perlu pemain kedua. Zack tidak puas hati kenapa Nora.
Tamat perhimpunan, Zack jumpa Nora. "Kenapa awak daftar?", kata Zack sambil kerutkan dahi. Nora memegang tali leher sekolah Zack yang berada di leher Zack dengan cara yang menggoda. "Awak ingat awak seorang sahaja yang hebat kat sekolah?", kata Nora dengan cara percakapan yang menggoda. "She will fight you bitch", kata Mary yang berada disebelah Nora. Nora senyum sinis, lepaskan genggamannya dari tali leher Zack lalu beransur.
"Kau kena fight, bro. Kalau tak, jatuhlah maruah dan takhta kau yang kau cipta selama ni.", kata Adam. "I will dude, don't worry. Ini Zack, tiada siapa boleh kalahkan aku. You start the war girls, I will end it", balas Zack.
YOU ARE READING
Cinta Bukan Milik Kita
Romance"Perlukah kau ucapkan kata cinta kepada wanita itu?", kata Datin Syarifah kepada Zack. "Sudah Zack kata beribu bahasa Zack akan ceraikannya.", kata Zack sambil memandang Nora sedang sebak mengalirkan air mata. ©2016 Naj Nahmar