Bab 3 - Bahaya

743 13 6
                                    

"Cikgu nak korang practice memanah korang pada petang ini. Hari ini juga cikgu akan pilih siapa yang dipilih untuk bertanding dan dipilih untuk simpanan. Antara kamu berdua, Zack dan Nora." Zack dan Nora pandang antara satu sama lain. "Kita mula dengan Nora."

Sementara Nora menyediakan peralatannya untuk latihan memanah, Zack berbisik dengan Cikgu Azlan. "Kenapa cikgu pilih saya dan Nora dalam pertandingan ini? Kenapa tidak saya seorang?" "Kamu kena ingat bukan kamu seorang sahaja ada sijil memanah, budak Nora tu kamu ingat dia tiada sijil kebangsaan ke? Sebab tu saya pilih dia.", balas Cikgu Azlan. Zack terkedu.

Nora memulakan latihannya. Sebelum Nora memulakan, Nora pandang serong pada Zack dam terus melepaskan sasaranya. Nora dapat markah yang tinggi.

"Giliran kamu Zack.", kata Cikgu Azlan. Zack lalu sebelah Nora dan ambil posisinya. "Beat me!", kata Nora lalu pergi kearah Cikgu Azlan. Zack senyum jahat pada Nora lalu melepaskan sasarannya. Zack terperanjat. "Apalah kamu ni Zack, buat malu kaum Adam je. Saya pilih Nora pemain utama dan awak pemain sampingan. MUKTAMAD!", kata Cikgu Azlan pada mereka.

Selepas selesai latihan, mereka ke kantin untuk mengalas perut sebelum pulang. Nora jalan sebelah Zack dan berkata "Congratulation". Zack memotong percakapannya, "Terima kasih" sambil senyum manis pada Nora. Nora mengerut dahinya dan berkata "to me?". Nora terus berjalan pantas sambil tersenyum manis. Zack menggaru kepala seolah dia dipermainkan. Nora pandang ke arah Zack dan berkata, "Awak, saya guraulah. Jangan ambil hati yea?". Tercipta senyum manis pada mukanya.

"Boleh saya makan sebelah awak?", kata Zack pada Nora sambil senyum. Nora balas senyuman dan hanya menganggukkan kepala. Zack duduk sebelahnya. Mereka hanya diam dan buat tak tahu, seolah-olah makan berseorangan. Selesai makan Nora bangun. "Saya balik dulu". Zack mengangguk kepala dan Nora terus pulang.

***

Pada hari yang dinantikan iaitu Pertandingan Memanah peringkat daerah di stadium. Semua pelajar memanaskan badan kecuali Zack kerana kecewa tidak dapat menjadi pemain utama. Zack pergi kearah Nora. "Goodluck awak" kata Zack pada Nora dengan nada lembut. Nora hanya pandang serong dan terus melakukan warm-up. Zack tundukkan kepalanya lalu beredar.

Zack duduk sebelah pemain-pemain simpanan. Ketika Zack sedang duduk, Zack nampak satu lembaga cuba ingin melonggarkan peralatan memanah Nora. Zack mendekati lembaga itu. Zack melihat seorang perempuan memakai sweater dan berkaca mata hitam. Perempuan itu perasan Zack menghampirinya lalu dia lari. Zack mengejarnya hingga ke pagar keluar stadium. Zack dapat mencapai lengannya dan terus mengenggam.

Tiba-tiba terdengar seorang perempuan menjerit dan suasana jadi tidak tentu arah di padang. Perempuan yang dikejar Zack pandang kearah Zack dan membuka kaca mata hitam. Zack terkedu dan mengerutkan dahinya. "Sama ada dia atau pun aku!", kata perempuan itu. Zack melepaskan genggamannya lalu lari ke padang untuk melihat keadaan di padang. Zack biarkan perempuan itu menghilangkan diri. Ketika lari Zack mengharap yang menjerit itu bukan Nora.

Cinta Bukan Milik KitaWhere stories live. Discover now