Bab 5 - Lamaran

813 21 3
                                    

Hubungan Nora dan Zack kekal lama sehingga dapat sambung belajar di tempat yang sama. Sekarang adalah masa mereka untuk mencari rezeki iaitu di alam pekerjaan. Zack merupakan seorang "businessman" yang berjaya hingga mempunyai syarikat sendiri dalam usia yang muda, manakala Nora adalah seorang guru matematik di sekolah.

Zack tengah menenangkan fikirannya yang kusut disebabkan kerjanya yang banyak. Oleh itu, Zack duduk di sofa yang tersedia di dalam biliknya. Tetiba Zack memikirkan sesuatu yang tak diduga. "Aku nak ajak Nora date dengan aku lah malam ni", bermonolog sendiri. Zack terus capai telefon pintarnya lalu telefon intan payungnya.

Zack : Assalamualaikum my honey.. miss me?
Nora :  Of course I miss my you.. Dah lama tak jumpa Pooh..
Zack : Itulah.. memasing sibuk kerja sampai nak keluar pon susah.. Macamlah kita ni perdana menteri.. Busy memanjang..
Nora : (gelak) please ea.. siapa yang busy.. Pooh yang busy cakap orang pula..
Zack : Ya lah.. kita je dipersalahkan
Nora : (gelak manja) That's why I love you.
Zack : Hooonneeeeyyyy... Malam ni keluar jom.. kita makan kat luar.. pakai lawa-lawa ea.. nanti Pooh ambil ea..
Nora : Finally.. ok then.. I'll wait.

Nora rasa bahagia sebab dapat jumpa kekasih hati yang sibuk memanjang. Zack sayang sangat dengan Nora sampaikan gelaran manja Honey & Pooh... Kata Zack dia pilih nama itu sebab Pooh suka sangat dengan madu(honey). Nora hanya ikut perintah buah hatinya.

*****

Zack mengambil Nora dengan naik keretanya sendiri iaitu Mercedes-Benz SL500. Tiba di kediaman Nora, Zack memberi salam. Sementara menunggu pintu dibuka, Zack melihat pakaiannya. Zack membetulkan tali lehernya yang senget. Zack memakai pakaian tuxedo berwarna biru tua. Pintu di buka oleh ayah Nora. "Zack, lama betul ayah tak nampak kamu. Susah betul nak nampak kelibat kamu. Mana kamu pergi? Kamu tak sayang ayah ke? Lagi satu, kamu handsome-handsome ni nak pergi mana?", tanya ayah Nora. "Ada pula ke situ orang tua ni", balas ibu Nora sambil cubit lengan suaminya. Zack hanya senyum melihat geligat mereka. Zack bersuara, "Ibu, ayah.. Malam ini saya nak pinjam Nora. Saya nak bawa dia makan malam. Boleh ayah? Ibu?"
Ibu bapa Nora hanya membalas dengan senyuman dan angguk.

"Ibu dengan ayah kalau tak kacau Zack tak sahkan", Nora bersuara. Zack terkesima melihat Nora berpakai begitu lawa pada malam ini. Nora berpakaian sparkling gown berwarna krim putih yang nampak sebahagian kaki kirinya dengan rambut beralunnya dilepaskan di bahagian atas bahu belah kanan dikenakan pula dengan make-up yang sederhana dengan beg duit berwarna krim dan kasut tumit tinggi berwarna krim. Zack berasa untung kerana memilki wanita secantik ini. "Kami pergi dulu." Zack tersedar dari lamunan selepas Nora bersuara. Zack senyum dan memimpin Nora ke keretanya sambil berpegang tangan. Zack membuka pintu keretanya untuk Nora masuk. "Jaga anak kami elok-elok Zack", ayah Nora bersuara. Zack membalas dengan senyuman dan terus masuk ke keretanya. Dalam perjalanan ke tempat makan, Zack memegang tangan Nora dengan lembut. Zack memandang Nora dan berkata "Honey tau tak beza antara honey dengan bulan?" Nora senyum dan menggeleng kepalanya. Zack sambung kata-katanya, "Bulan dan honey memang lawa, tapi pooh tak boleh cintakan bulan macam mana pooh cinta kan honey". Nora hanya tersenyum melihat gelagat kekasihnya.

"Dah sampai", Zack berkata. Nora terperanjat melihat tempat yang hendak di makan malam bersama kekasihnya sungguh cantik. Waktu malam yang sungguh indah, bintang-bintang berkelipan di langit, cahaya bulan yang terang, tasik yang begitu luas dan tenang. Tepi tasik ada satu pondok yang dihias sungguh cantik dan bercahaya. Di pondok hanya ada meja makan yang dihiasi bunga-bunga ros hidup berwarna putih. Disitu ternantinya dua orang yang diarah kan untuk menjadi pelayan dan pemain viola. Mereka keluar dari kereta dan tuju ke pondok itu. Zack menarik kerusi untuk Nora duduk, lalu Zack terus ke kerusinya untuk duduk.Pelayan menyediakan makanan kepada mereka berdua.

Nora : Chicken chop? No way.. My favourite..
Zack : I know you like chicken chop.. so I make it just for you, honey.
Nora : Pooh buat semua ni untuk honey? When you do this? Thank you, Pooh.. I appreciate it..
Zack : I call someone to do this.. No biggie

Nora hanya senyum gembira. Mereka menikmati makanan sambil melihat pemandangan tasik yang begitu tenang di bawah bulan. Viola dimainkan oleh pemain viola ketika mereka sedang menikmati makan. Zack berhenti makan lalu menghulurlan tangannya pada Nora untuk menari. Nora menyambut seruan romantik Zack. Mereka menari dengan muzik romantik viola ditepi tasik. Ketika sedang menari, Zack berkata sesuatu.

Zack : Honey, pooh tadi berfikir sesuatu kat ofis."
Nora : (dengan suara manja) Pooh fikir apa?

Zack berhenti dari menari, lalu Zack mengeluarkan sesuatu dari poket dan melutut di depan Nora. Dengan lagu viola yang romantik Zack membuka kotak cincin. Terserlah cincin berlian yang cantik. Zack berkata dengan nada gentleman, "Nora Noriesha, will you marry me?". Nora hanya terkedu dengan situasi ini. Nora tak pernah terbayangkan perkara indah begini terjadi pada dirinya. "Honey?", Zack bersuara dan membuatkan Nora tersedar dari terkedu. Nora senyum dan membalas, "Yes". Zack rasa gembira kerana lamarannya diterima. Nora gembira kerana Zack sudi menjadikan Nora seorang bidadari hingga akhir hayatnya. Zack memakaikan cincin berlian pada jari manis Nora lalu mencium tangan Nora. Zack bangun dan peluk tubuh bakal isterinya sambil menghadap pemandangan tasik yang begitu tenang.

Zack bersuara, "Pooh akan bawa honey jumpa papa & mama pooh hari sabtu ni ea?". Nora rasa tak sedap hati selepas mendengar kata-kata Zack. Bagi menyedapkan jawapan bakal suaminya, Nora hanya membalas dengan senyuman manis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 21, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Bukan Milik KitaWhere stories live. Discover now