PART 4 - RIVAL??

21 7 0
                                    

Orang itu masuk ke dalam bilik persendirian BTS dengan membawa sedikit maklumat. Dan sekali lagi dia mengeluh melihat semua hyung nya tak mengendahkannya. Dia berdehem. Barulah semua berhenti melakukan aktiviti mereka.

"Wae, Taehyung" tanya Jin. Rupa-rupanya orang yang mengekori Min Jae ialah Taehyung.

"Dah dapat sikit maklumat baru." balas Taehuyng.

"Woah, daebaklah." kata semua ahli BTS di situ kecuali Taehyung.

"Nama pelajar perempuan tu, Min Jae. Umur dia 16 tahun. Ibu meninggal 8 tahun lepas. Bapa status tak diketahui." kata Taehyung dengan hanya satu nafas. Semua ahli BTS terlopong mendengar maklumat yang diberi oleh Taehyung.

"Wah!! Kamu memang layak jadi spy. Tapi mungkin agak menyeramkan kalau kamu tahu maklumat pelajar perempuan dengan terperinci. Macam psiko." kata Hoseok. Ahli BTS yang lain ketawa kecuali Taehyung yang mukanya dah mula masam.

"Penat tahu nak cari maklumat dia. Mula-mula, cari maklumat dekat pejabat sekolah. Lepastu nak kena ikut dia balik kerumah dia tapi gagal sebab dia perasan. Dan akhir sekali, curi dengar perbualan semua ahli 6xF." kata Taehyung dengan mulut yang sudah mencebir. Semua ahli BTS sekali lagi terlopong dengan cerita Taehyung.

"Oh satu lagi maklumat, pelajar yang bernama tu pandai main piano. Sama macam uri maknae Jungkook." kata Taehyung lagi. Semua ahli BTS menganggukkan kepala mereka. Jungkook yang dari tadi senyap sahaja mula menggerakkan mulutnya.

"Tak sangka pelajar yang bernama Min Jae tu menarik..."

"Yah! Maknae . Jangan kata kau tertarik dengan musuh baru pula." kata Jimin.

"Mana adalah. Aku cuma cakap dia menarik je bukan suka dia pun." kata Jungkook dengan muka yang sudah memerah. Semua ahli BTS ketawa dengan kuat, nasib baik bilik persendirian mereka kalis bunyi kalau tak bergegar satu sekolah!

"Jadi macam mana peperiksaan?Ok ke tak?" tanya Jin.

"Ok, je!" semua ahli BTS menjawab.
"Tapi yang pastinya kita mesti tak akan kalah dengan 6xF." kata Namjoon. Semua di situ ketawa lagi. Mereka sangat pasti yang mereka akan mendominasi tempat teratas dalam ranking peperiksaan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di tempat lain tapi masa yang sama....

Min Jae yang berjalan pulang ke rumahnya tiba-tiba bersin.

"Ada orang bercakap tentang aku ke?" ngomel Min Jae.

Dia terus pulang ke rumahnya. Lagi cepat balik lagi bagus sebab dia tak nak diekori lagi

Apabila Min Jae tiba dirumahnya, dia terus masuk kedalam dan mengunci pintu. Untuk keselamatan lebih baik kunci.

Itulah rutin harian yang dilakukan oleh Min Jae dirumahnya. Dia masuk ke biliknya untuk menukar pakaian, kemudian dia ke bilik bacaan dirumhanya untuk mengulangkaji pelajaan untuk peperiksaan yang dijalan sepanjang minggu ini.

Tiba-tiba Min Jae mengeluh, hanya dia seorang sahaja yang tahu apa yang difikirnya. Tapi di tetap tersenyum selepas itu. Senyuman yang paling manis, senyuman yang dah lama hilang 8 tahun lalu.

"Betul cakap ibu, saya memang dah jumpa cahaya itu. Cahaya yang terang walaupun tak seterang cahaya ibu..." ingatan Min Jae terus melayang kepada memori dia dan ibunya.

EVERLASTING FRIENDSHIP [BTS FF]Where stories live. Discover now