PART 5 - Wanna To Fight ?

15 7 1
                                    




Min Jae dan ahli 6xF yang lain berjalan beriringan ke kelas S dengan uniform baru mereka.

Semua kelihatan tenang kecuali Mib Jae yang gelisah semacam. Dia asyik membetulkan blazer yang dipakainya. Sekejap Min Jae memegang tangannya, sekejap menekup mukanya. Serba tak kena. Ahli 6xF yang lain langsung tak perasan. Termasuk Lynn dan Sera yang menarik blazer yang dipakai oleh ahli 6xF yang lain.

     Apabila mereka masuk ke kelas, muka Min Jae yang gelisah tadi terus bertukar kepada pucat lesi sebab ada 7 orang pelajar namja di dalam tu. Dan hanya tinggal enam buah meja lagi yang tinggal. Maknanya hanya ahli 6xF sahaja pelajar yeoja dalam kelas tu!

     7 orang namja itu memandang tajam ke arah kumpulan 6xF tapi tiada seorang pun ahli 6xF yang perasan kecuali Min Jae. Semua ahli 6xF mengambil tempat duduk yang depan sekali sebab tempat di belakang sudah dimonopoli oleh 7 orang namja tu. Min Jae duduk di tempatnya dengan perasaan yang lebih serba tak kena berbanding tadi. Dahlah orang yang duduk di belakangnya asyik membaling gumpalan kertas ke arah dia. Bila dia pandang belakang untuk menyuruh di memberhentikan perbuatan dia tu, Min Jae tergamam sebab namja kat belakang dia tu pakai eyeliner! Hana terus memandang ke depan sambil menekup mulutnya menahan senyuman. Mujurlah namja tu tak perasan.

     Sedang Min Jae menahan lucu campur geram dengan perangai namja di belakangnya. Tiba-tiba, namja yang duduk di belakang Hara berdiri di belakang Hara menarik-narik rambut Hara yang panjang. Mula-mula Hara cuba bersabar tapi lama-kelamaan Hara mula 'terbakar'.

    "Kau apahal! Sesedap rasa je main rambut aku!" tengking Hara yang sudah berdiri menghadap namja itu.

     "Saja, rimas tengok rambut kau tu." kata namja tu dengan suara macam minta penampar.

     "Bo?! Rambut aku rimaskan kau?! Yah! Kalau rambut aku merimaskan kau, mata kau lagi la,SEPET!! dah macam apa aku tengok,lepas tu kau dah la PENDEK!!" kata Hara memberi satu das kutukan. Dan menekan kan perkataan SEPET dan PENDEK. Muka namja tu sudah kemerahan.

     "Mulut kau...." kata namja itu yang sudah menunjukkan penumbuknya. Rakan yang duduk di tepinya cuba menyabarkannya.     

"Sabar Jimin ..."

"Nak sabar apanya kalau mulut dia ni dah macam longkang." kata pelajar yang dipanggil Jimin tu.     

"Bo? Mulut macam longkang?! Kau tak kenal siapa lagi aku." ujar Hara dengan tangan yang sudah mengepalkan penumbuknya di sisi bajunya.

     "Heh, senang sangat.Korang kumpulan 6xF yang menyemakkan sekolah ni kan. Dahlah ada seorang ahli yang takde mak dengan bapak." kata Jimin yang bercakap tanpa berfikir. Semua ahli 6xF bangun dari tempat mereka dengan muka merah dan memandang Jimin dengan pandangan yang hendak menterkam kecuali Min Jae yang air mukanya sudah mendung.

     "Jangan...Berani...Kau..Cakap..Macam tu.." kata Rin Neul dengan mata yang sudah merah menyala, begitu juga dengan ahli 6xF yang lain. Jimin mula gelisah. Menyesal sebab terlepas cakap. Rin Neul mendekati Jimin dan menyebabkan semua namja di situ bangun dari tempat duduk mereka. Kini, semua pelajar dalam kelas S secara rasminya berdiri.

     Tiada siapa yang berani menghalang Rin Neul berjalan ke arah Jimin kerana tiada sesiapa yang pernah lihat Rin Neul meradang sebab selama ni Rin Neul tenang sahaja.

EVERLASTING FRIENDSHIP [BTS FF]Where stories live. Discover now