PART 7 - FIRST CAMP

21 3 0
                                    

- start dengan part ni dialog tak di'bold kan . Faham tak ? Hehehe . -

Min Jae berjalan ke bilik 6xF dengan tenang. Bila dia masuk ke dalam bilik itu, muka ahli 6xF yang manis menyambut kedatangan dia. Tiba-tiba Min Jae ternampak kaki Hara yang berbalut dengan ubat. Dia terus pergi ke tempat Hara sedang duduk.

"Hara, kenapa dengan kaki awak?" tanya Min Jae. Hara mengeluh kecil.

"Kan kita bergaduh dengan BTS semalam. Masa serang Suga , kaki saya terkena cincin yang Suga pakai. Tak sangka cincin dia tajam sampai macam tu sekali." kata Hara.

"Kenapa awak tak bagitahu masa kita semua di rumah saya?" tanya Min Jae lagi.

"Entah, sebenarnya saya pun tak perasan." jelas Hara sambil tersengih. Jie Yun yang dari tadi menilik jam yang berada di pergelangan tangannya.

"Oh, jom kita masuk kelas sekarang. Masa pembelajaran dah nak mula ni."

"Jom!!" kata Lynn dan Sera sambil memakan lollipop mereka. Rin Neul dan Jie Yun menggelengkan kepala mereka melihat telatah dua orang prankster tu.

Bila 6xF masuk ke kelas, mereka mula sakit hati melihat BTS yang bertampal plaster di muka disebabkan dibelasah oleh 6xF semalam. Hara, Lynn dan Sera memberikan senyum mengejek yang semestinya khas untuk BTS. Manakala Rin Neul, Jie Yun dan Min Jae hanya senyap. Lima minit kemudian, Miss Victoria pun masuk dengan kertas di tangannya. Miss Victoria memeberikan kertas itu kepada BTS dan 6xF.

Perkhemahan Pelajar SM High dengan Pelajar Cube High

Tempat : N Camp Site

Tarikh : 30 Mac - 3 April

Tujuan : Mengeratkan hubungan antara 2 sekolah

*Setiap sekolah hanya dibenarkan mewakilkan 13 orang pelajar sahaja

*Pelajar yang dipilih haruslah pelajar kelas S sahaja.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli 6xF memandang kertas itu dengan pandangan seram. 13 orang? Maknanya kumpulan 6xF dan BTS harus pergi bersama sebab kelas mereka cukup-cukup 13 orang.Tak sanggup rasanya, pergi dengan lembu lagi ok dari pergi dengan BTS

"Miss Victoria, kalau kami tak nak pergi boleh tak?" tanya Sera.

"Tak boleh, sebab hanya kelas S sahaja yang boleh pergi." jawab Miss Victoria dengan senyuman.

"Tapi kami tak nak pergi dengan serigala busuk macam mereka ni." kata Lynn sambil menunding jari ke arah BTS yang sudah membulatkan mata mereka.

"Sedapnya mulut mengata. Kitorang pun tak ingin pergi dengan kumpulan korang yang menyemak tu." balas Jimin dengan nada geram. Miss Victoria sudah mula pening kepala melihat dua kumpulan yang bergaduh macam budak tadika.

"Dah, dah! Berhenti bergaduh. Semua orang kena pergi. Muktamad!" kata Miss Victoria tegas. Kumpulan BTS dan 6xF berhenti bergaduh. Mereka tahu yang Miss Victoria dah marah.

"Esok, tepat 8.00 pagi semua orang mesti ada di depan sekolah. Bawa barang yang perlu sahaja. Faham?"

"Faham..." jawab BTS dan 6xF dengan nada lemah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya.....

Kumpulan 6xF dan BTS berkumpul di depan sekolah. Sambil menunggu Miss Victoria datang Hara dan Seokjin berbalas sindiran dan ejekan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EVERLASTING FRIENDSHIP [BTS FF]Where stories live. Discover now