PART 6 - KIDNAPPED

28 6 1
                                    

Min Jae membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih sakit dan ianya bertambah sakit lagi melihat apa yang berada di hadapan mata dia sekarang iaitu BTS. Dia cuba menggerakkan tangannya tapi tangannya terikat kuat dengan tali.

"Oh,hyung.MIn Jae dah bangun"kata Taehyung kepada hyungnya.

Min Jae terlihat balutan di kepala Hoseok . Min Jae mengagak mungkin tu 'hadiah' yang diberi dengan 'istimewa' di sekolah tadi. Sambung balik cerita tadi, bila ahli BTS dengar je Min Jae dah bangun dari pengsan dia, mereka semua terus ke tempat Taehyung berada. Min Jae yang selama beberapa minit(?) ni berbaring di atas sofa cuba bangun, tapi Yoongi yang datang dengan gaya kanak-kanak ribena menolak bahu Min Jae dan menyebabkan Min Jae terbaring balik.

Min Jae hanya mampu melihat Jimin, Taehyung dan Yoongi membuka beg sekolahnya dan mengeluarkan semua isi barang yang berada dalam begnya. Tiba-tiba, handphone Min Jae berdering. Bukan ada orang telefon, tapi sebab alarm yang dia pasang. Dia cuba menyembunyikan handphonenya yang berada dalam poket blazernya daripada BTS, tapi malangnya Jimin pantas mengambil handphone itu. Min Jae mengetap giginya.

"Kenapa kau pasang alarm petang-petang?" tanya JImin.

Tapi Min Jae tak menjawab apa-apa. Dia hanya diam.Dalam diam-diam tu, Min Jae cuba meleraikan ikatan tali di tangannya dengan berhati-hati supaya BTS tak perasan. Secara tiba-tiba, Namjoon muncul di hadapan Min Jae dengan muka serius.

"Botol ubat apa ni?" tanya Namjoon dengan suara dingin.

Di tangannya ada sebotol ubat yang menyebabkan Min Jae resah. Tapi Min Jae tak berkata apa-apa. Geram dengan reaksi Min Jae, Namjoon membuka botol ubat tu dan meneraburkan semua ubat yang berada dalam botol itu ke lantai. Min Jae tergamam. Tapi ada lagi seorang yang terkejut dengan perbuatan Namjoon itu, iaitu Jungkook yang dari tadi memerhati sahaja.

"Namjoon hyung, kita semua perlu berbincang sekarang." kata Jungkook keras.

Kini, semua yang berada di situ memandang ke arah Namjoon dan Jungkook kecuali Min Jae yang memandang kosong ke arah ubatnya yang telah berterabur di lantai. Kamsahamnida kepada Namjoon sebab menumpahkan ubat MIn Jae yang berharga!

Sedang ahli BTS berbincang, Min Jae mencuba meleraikan ikatan pada tangannya dan ajaibnya ia berhasil. Dia kemudian meneruskan membuka tali di kakinya. Setelah tali di kakinya terbuka, dia mengutip semua barangnya dan memasukkan ke dalam begnya dengan berhati-hati. Takut BTS perasan dengan perbuatan dia. Min Jae mengambil handphonenya yang berada di meja kopi dan terus berjalan laju tapi tetap berhati-hati ke pintu untuk keluar dari situ. Tapi sayang seribu kali sayang, tangan Min Jae dipegang oleh seseorang secara tiba-tiba. Muka Min Jae terus berubah pucat seperti tak berdarah. Rupa-rupanya, Hoseok memegang tangannya sambil tersenyum sinis. Hoseok kemudian memanggil semua hyung dan maknaenya.

Sebab panik yang amat sangat, Min Jae cuba melepaskan pergelangan tangannya yang dipegang erat oleh Hoseok. Dan Min Jae tertampar Hoseok..Yang menyebabkan Hoseok berang.

"Kau ingat kau siapa nak tampar aku?" herdik Hoseok sambil menarik kolar baju Min Jae.

"Kau tahu tak kau tu cuma anak yatim je?!" sejurus Hoseok cakap macam tu, dia menggerakkan tangannya untuk menumbuk Min Jae. Min Jae hanya mampu menutup matanya.

"Hoseok! Jangan!!!!!" jerit ahli BTS yang baru sampai ke tempat Hoseok dan Min Jae tapi jeritan mereka langsung tak dipedulikan oleh Hoseok.

Bila penumbuk Hoseok sipi-sipi sahaja lagi mendarat di pipi Min Jae...

BAAAMMMM!!!!!

Pintu di situ roboh dan muncullah kumpulan 6xF dengan muka yang bengis. Semua ahli BTS terkejut. Hoseok melepaskan pegangannya pada kolar Min Jae. Dan dalam beberapa minit sahaja BTS telah puas dibelasah oleh 5 orang ahli 6xF yang muncul secara tiba-tiba. Walaupun ada yang antara mereka bertujuh tak bersalah langsung. Nak buat macam mana? Dah nasib badan mereka. Ish.Ish.Ish.

Kumpulan 6xF pergi dari situ dengan meninggalkan satu amaran kepada BTS.

"Kalau kitorang nampak lagi korang cuba mengapa-apakan kawan kitorang. Kami tak teragak-agak untuk membalas dengan cara yang paling kejam." kata Rin Neul dengan nada yang boleh menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Dan mereka pun pergi dari situ sambil memapah Min Jae yang seperti orang yang tak boleh berjalan. BTS yang sudah luka muka mereka, hanya melihat kelibat 6xF yang hilang di balik dinding. Namjoon menumbuk lantai dengan perasaan marah bercampur perasaan yang dia seorang sahaja tahu. Perasaan yang tak akan pernah difahami oleh sesiapa.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli 6xF menghantar Min Jae ke rumahnya. Tapi itu kali pertama mereka ke rumah Min Jae jadi mereka tak tahu arah mana. Min Jae pun menunjukkan jalan ke rumahnya pada mereka. Apabila mereka tiba di rumah Min Jae, ternganga ahli kumpulan 6xF yang lain sebab hanya Min Jae seorang tinggal di rumah sebesar itu. Walaupun rumah itu tak sbesar rumah mereka, tapi bagi mereka agak mustahil seorang yeoja belasan tahun tinggal berseorangan di rumah yang boleh memuatkan sebuah keluarga!

"Macam mana awak tahu yang saya berada dalam dorm BTS?" tanya Min Jae sebaik sahaja masuk ke dalam rumahnya.

"Masa balik tadi, awak tercicir barang. Jadi saya kejarlah awak dari belakang sebab awak tak dengar saya panggil. Tiba-tiba, saya nampaklah beberapa orang namja halang jalan awak. Saya menyorok di belakang pokok untuk siasat. Tapi, awak diangkat macam guni beras pula oleh salah seorang namja tu dan tak lama kemudian awak pun pengsan. So, saya terus mengikut namj-namja tu ke mana mereka angkut awak." cerita Lynn dengan panjang lebar.

Min Jae hanya mengangguk tapi ahli 6xF yang 4 orang lagi tu dah ternganga mulut mereka mendengar cerita Lynn

. "Cepat tutup mulut korang tu. Nanti tak fasal-fasal ada orang masuk hospital sebab tertelan lalat." usik Lynn.

"Yah! Park Ahn Lyn!" jerit Jie Yun, Rin Neul, Hara dan Sera serentak. Lynn sudah melarikan diri manakala Min jae hanya ketawa kecil.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Min Jae kini berseorangan di rumahnya. Ahli 6xF yang lain telah lama pulang ke rumah masing-masing. Min Jae melihat sisa ubatnya yang berada dalam botol yang telah 'dianaya' oleh Namjoon. Min Jae hanya mampu mengeluh. Tak lama kemudian dia menelefon seseorang.

"Yoboseyo?"

"................"

"Ermm, saya nak beli ubat.."

"..............."

"Mana ada saya makan ubat tu banyak-banyak.Ada orang dengan sengajanya membuang ubat saya."

"..............."

"Ne, ne. Esok saya akan pergi." kata Min Jae yang kemudiannya menamatkan talian. Dan sekali lagi Min Jae mengeluh berat.

"BTS, korang ni memang banyak susahkan saya. Haih..."

enjoynmy story..mian kalau bosan..support my fanfic...

vote

comment

GOMAWO...

EVERLASTING FRIENDSHIP [BTS FF]Where stories live. Discover now