Part 2 - Establishment of 6xF

43 8 0
                                    

Keesokan harinya, Min Jae masuk ke kelasnya dengan senyuman tertampal di bibirnya. Semua orang terkejut dengan perubahan drastik Min Jae. Tapi yang pastinya orang yang terlebih dos terkejut ialah pelajar yang mengurung Min Jae. Muka mereka pucat seperti tak berdarah. Min Jae tak mengendahkan reaksi rakan sekelasnya dan hanya duduk di tempatnya dan mula membaca buku di tempatnya. Pelajar di kelas tu mula berbisik dengan rakan mereka termasuk pelajar yang mengurung Hana di dalam stor.

"D..Dia senyumlah. Entah-entah dia kena rasuk dengan penunggu stor tu."

" Merepeklah kau ni. Percaya sangat perkara tahyul."

" Ha..Habis tu, kenapa dia senyum? Selama ni dia tak pernah pun senyum kat sesiapa."

" Entah- entah dia hilang ingatan kut."

Min Jae hanya tersenyum sinis mendengar bisikan pelajar perempuan yang mengurung dia. Malas nak layan, Min Jae terus membaca bukunya.
#Baca buku lagi best dari dengar korang merapu!#
Kemudian guru yang sepatutnya mengajar terlewat pun masuk ke kelas. Min Jae pun mendengar ucapan yang hendak disampaikan oleh guru itu.

"Maaf kerana lewat masuk ke kelas. Saya ada hal sedikit tadi, Disebabkan kita ada sepuluh minit sebelum rehat, saya harap kalian semua dengar apa yang disampaikan oleh saya. Saya umumkan peperiksaan akan dijalankan pada minggu depan." kata guru itu.

"Aaaalllaaaaaa!!!" rungut satu kelas kecuali Min Jae dan beberapa pelajar. Tak lama kemudian, loceng pun berbunyi. Pada saat akhir itu guru itu sekali lagi mengingatkan belajar untuk pass peperiksaan kali ini. Kemudian semua pelajar keluar dari kelas. Min Jae ke kafeteria untuk mencari rakan barunya iaitu Lynn, Jie Yun, Hara, Rin Neul dan Sera. Satu persatu bayangan mereka diingati oleh Min Jae. Tiba-tiba, Min Jae terlanggar seorang pelajar. Perlanggaran itu menyebabkan barang orang yang dilanggar itu bertaburan.

"Ah, mianhae." kata Min Jae perlahan kepada pelajar itu. Dia menolong pelajar itu mengutip barangnya. Yelah dah langgar takkan nak blah macam tu je. Selesai mengutip barang yang bertaburan dia menyerahkan barang itu kepada pelajar tersebut. Rupa-rupanya pelajar yang dilanggarnya ialah seorang namja yang mempunyai muka seperti seorang perempuan.

"Mianae.." kata Min Jae sekali lagi dan terus pergi dari situ. Pelajar itu hanya melihat perlakuan Min jae.

"Menarik...." kata pelajar itu perlahan. Dia kemudian terus berjalan ke arah yang dia sepatutnya pergi dengan membawa barang-barangnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Min Jae tercari-cari lima orang rakan barunya di kafeteria. Tapi dia asyik teringat peristiwa melanggar seorang pelajar yang baru sahaja berlaku tadi. Dia cuba mengingat wajah orang yang dilanggarnya itu. Namun, niatnya terhenti kerana bahunya dicuit seseorang. Rupa-rupanya orang yang mencuitnya ialah Lynn yang tersengih-sengih dari tadi.

"Awak cari siapa tu Min Jae?"

" Cari awak dengan yang lain lah. Mereka kat mana?" tanya Min Jae.

"Oh, mereka di bilik persendirian." jawab Lynn.

"Bilik persendirian?"

"Ya, terdapat lebih kurang 10 bilik persendirian di sekolah ni. Ianya hanya untuk orang yang istimewa sahaja. Dan kami mendapat salah satu daripada bilik tu sebab Rin Neul ialah anak kepada pengetua sekolah ni." terang Lynn dengan panjang lebar. Min Jae mengangguk faham. Tanpa disangka, Lynn menarik tangan Min Jae ke bilik persendirian mereka. Min Jae hanya mengikut langkah Lynn.

Apabila sampai sahaja di dalam bilik itu, Min Jae tak boleh cakap apa-apa. Bilik tu sangat-sangat besar dan cantik. Lynn hanya ketawa melihat reaksi Min Jae itu. Kemudian, Lynn memanggil Jie Yun , Hara, Rin Neul dan Sera yang berada di satu ruang bacaan yang berkemungkinan tak menyedari kehadiran Min Jae dan Lynn.

Semua orang memberhentikan aktiviti mereka dan pergi ke arah Min Jae dan Lynn untuk menyambut kedatangan Min Jae.

"Min Jae akhirnya awak datang juga ke bilik persendirian ini. Selamat datang ke bilik peribadi kami. Dan mulai hari ini akan menjadi bilik peribadi awak." kata Rin Neul dengan senyuman. Jie Yun, Lynn, Hara dan Sera juga tersenyum sama. Hanya Min Jae seorang yang tak memahami maksud Rin Neul itu.

"Maksudnya, mulai hari ni awak awak ahli kumpulan kami dan awak boleh keluar masuk bilik ni bila-bila masa sahaja." terang Jie Yun.

Min Jae sangat terharu dengan kebaikan kawan barunya itu.

"Terima kasih. Tapi apa nama kumpulan ni ya?" tanya Min jae.

Rin Neul menepuk kepalanya. Baru dia teringat. Macam manalah benda paling penting macam tu pun dia boleh terlupa.

"Aigoo. Macam manalah benda macam ni pun saya boleh terlupa. Takpe jangan risau, apa kata kita bincang tentang perkara tu sekarang." kata Rin Neul, menyelesaikan masalah. Semua orang kemudian berbincang tentang nama kumpulan termasuk Min Jae. Perbincangan itu mula-mula serius mula berubah menjadi tak masuk akal apabila Sera dan Hara memberi cadangan nama yang bukan-bukan.

"Apa kata kita namakan kumpulan kita sebagai 6xF?" kata Jie Yun.
Cadangan dia mendapat perhatian semua orang disitu termasuk dua orang budak kecoh (Sera dan Hara).
" Apa maksud 6xF tu?" tanya Lynn.

"Hah!nice question.6xF maksudnya,enam orang sahabat akan selamanya bersama hingga ke akhir hayat..hehe." terang Jie Yun. Semua orang mengangguk-angguk.

" Jadi nama kumpulan kita sekarang ialah...."

"6xF!!!" kata mereka semua dan kemudian ketawa.

Kemudian mereka pun menunjukkan kawasan bilik itu kepada Min Jae. Bilik air, sudut bacaan dan lain-lain. Tapi suatu benda di situ sangat menarik perhatian Min Jae iaitu sebuah piano yang sangat cantik.

"Awak sukakan piano ni, Min Jae?" tanya Jie Yun. Min Jae menganggukkan kepalanya. Dia sangat meminati untuk bermain piano sejak dia kecil lagi.

" Nanti awak bolehlah mainkan piano ini untuk kami. Kami semua tak pernah main piano sebab tak reti. Jadi, selama ni piano ni hanya jadi perhiasan saja." kata Rin Neul.
" Baiklah. Terima kasih." kata Min Jae.

Selesai menunjukkan ruang-ruang di dalam bilik persendirian Yuri yang sekarang dengan rasminya menjadi bilik persendirian 6xF itu, mereka pun makan masakan yang dimasak oleh Lynn. Rasanya sangat sedap, Min Jae sangat menyukai masakan Lymn.

"Lynn, masakan awak memang sedap." puji Min Jae.

"Terima kasih." kata Lynn dengan senyuman yang riang.

Sepuluh minit yang kemudian, mereka pun keluar dari bilik itu dan menuju ke kelas masing-masing. Tanpa disedari, pergerakan mereka diperhati oleh seseorang. Namun, orang itu tak berniat nak melakukan apa-apa pada ahli kumpulan 6xF. Dia hanya menyiasat sahaja untuk melaporkan kepada rakannya yang lain. Dan apabila ahli kumpulan 6xF hilang dari pandangannya, dia pun pergi dari situ.....


>>>mian kalau tak best..jangan lupa vote n comment tau tau<<<

EVERLASTING FRIENDSHIP [BTS FF]Where stories live. Discover now