Selepas 1 hari berjalan,akhirnya mereka sampai ke kampung tersebut.Kakashi mengetuai pasukan dengan memasuki kampung terbabit.Jelas kampung itu mengalami kerosakan yang agak teruk.Rumah seakan cair terkena sesuatu.Mungkin asid,bisik Kakashi.
Sampai satu tempat,Kakashi mencalit sesuatu di tanah.
"Ini...besi?Serbuk besi." bisik Kakashi.
Naruto memandang sekeliling.
"Kakashi-sensei,mana penduduk kampung ini?" tanya Naruto.
Kakashi bangun.Shikamaru pula mendekati sebuah rumah yang telah hancur.Dia memerhati dan cuba merakam apa yang dilihatnya dengan mental notenya.Mana tahu berguna.Lee pula berjaga-jaga sekiranya ada sesiapa menyerang.
"Kakashi-sensei,saya rasa ini akan berguna." ujar Shikamaru sambil menunjukkan secebis pakaian.
Kakashi mengangguk tanda faham.Dia mengigit jarinya dan darah mula mengalir.Dia membuat signal tangan."Kichiyose no jutsu." kata Kakashi sambil tangannya diletakkan ke tanah.Dengan tak semena Pakkun muncul.
"Yo,Kakashi.Apa saya boleh tolong?" tanya Pakkun.
"Pakkun!" jerit Naruto.
Pakkun menoleh."Ahh,Naruto lama tak jumpa."
"Pakkun,bau ini.Bawa kami ke sana." Kata Kakashi sambil menghalakan cebisan pakaian itu.
"Anggap selesai.*Pakkun bau* Baiklah jam 2 arah barat.Mari!" kata Pakkun lalu mula bergerak.Mereka pantas mengejar Pakkun.
***
Setelah 5 minit melompat ke pokok-pokok,kelihatan sekumpulan orang di situ.Pakkun lesap setelah tugasnya selesai.Kakashi mendekati mereka.
"Siapa kamu? Apa kamu mahu?" tanya salah seorang lelaki dalam kumpulan itu.Yang lain bersembunyi di balik pokok.
"Bertenang.Kami shinobi dari kampung konohagakure.Saya percaya ketua kamu yang memanggil kami." kata Kakashi dengan tenang.
Lelaki tadi lantas menundukkan kepalanya."Gomen kudasai.Saya ingat musuh tadi.Mari ikut saya jumpa Kira-sama."
Lelaki itu menunjukkan jalan.Kakashi,Naruto,Shikamaru dan Lee ikut sama.
Mereka menuju ke arah sebuah khemah.Lelaki itu menyelak pintu khemah itu."Kira-sama,shinobi dari Konohagakure sudah sampai."
Kira menoleh."Ahh.Betul ke? Baiklah suruh mereka masuk."
Lelaki itu menundukkan kepalanya tanda faham.Dia menoleh ke Kaksahi semula.
"Mari,silakan masuk." kata lelaki itu.
***
"Kami diserang semalam.Sebelum ini,mereka hanya memeras ugut.Namun,semalam mereka menyerang kami." kata Kira,lelaki yang berumur 40-an.
Kakashi mendengar dengan teliti.Setiap butir bicara harus ditangkap.
"Kampung ini tak de shinobi ke,ojisan?" tanya Naruto.
Kira memandang Naruto.Dia tersenyum kecil."Ada.Tapi mereka semua tewas.Musuh terlampau kuat"
Lee pula bersuara."Kira-sama.Mereka shinobi dari mana?Ada sebarang maklumat?"
Kira termenung seketika."Saya percaya mereka ialah shinobi dari Kirigakure dan Iwagakure.Dan salah seorang dari mereka....."
"Apa? Kenapa dengan salah seorang dari mereka?" tanya Naruto.
Kira kelihatan pucat."Saya pasti mereka sebut Kirinegan."
Kakashi,Naruto,Shikamaru dan Lee tersentak!
"Ehhh?! Kirinegan?! Ye ke? Mungkin Sharingan kot?" tanya Naruto bertubi-tubi.
Kira mengeleng."Tak saya pasti mereka sebut kirinegan."
Kakashi terkesima."Kirinegan.?Mata apa itu?Yang aku pernah dengar Sharingan dan Rinnegan je.Tapi Rinnegan pun hanya mitos.Kalau Sharingan,hanya aku,sasuke,itachi dan uchiha madara je yang ada setakat ini.Jadi Kirinegan ni apa?" bisik Kakashi panjang lebar.Otaknya giat berfikir.
"Mereka bergerak dalam kumpulan.Mereka terdiri daripada 3 org shinobi.Satunya seperti saya katakan mempunyai Kirinegan.Satu lagi saya pasti dia adalah shinobi kirigakure dan mempunyai teknik lava seakan sama dengan Mizukage,tapi saya tak tahu dia adalah seorang kekkei genkai atau tidak.Yang terakhir ialah seorang yang mampu menggunakan teknik tanah." terang Kira.
"Yoshh.Wakata.Jadi apa Kira-sama mahu kami lakukan sekarang." tanya Kakashi.
Kira sujud ke lantai sambil merayu."Tolong.Tolong lah usir mereka.Kami dah tak tahan dah untuk hidup begini."
Naruto merenung Kira lama.Lee dan Shikamaru pula memandang lemah.Kakashi pula terdiam.Naruto bangun.Badannya pusing membelakangi Kira.
"Shinpai shinaide,ojisan. *buat thumbs up* Makasete!"kata Naruto lalu berjalan keluar khemah.
Kakashi menjeling Naruto.
"Seperti selalu Naruto.Seperti selalu." bisik Kakashi.
"Ahhh...ini menyusahkan! " bisik Shikamaru perlahan.
***
Di pejabat Hokage...
"Ehhh? Nani? Tsunade-sama bagi mereka misi B-rank?Mereka itu masih genin tahu tak!" jerit Shizune apabila mendapat tahu team kakashi diberi misi B-rank.
Gondaime memutarkan biji matanya."Ala,Kakashi ada.Jangan risau."
"Tapi....."
Tok! Tok! Tok!
Gondaime menoleh."Masuk."
Seorang ahli pasukan anbu masuk.Dia melutut."Berita buruk.Kami mempunyai berita daripada Mizukage.Beliau mempunyai info tentang seorang shinobi dengan mata Kirinegan!" lapor Anbu itu.
Gondaime tersentak!
"Ki...kiri...kirinegan kamu kata? *Gondaime bangun dan mundar mandir* Shizune,panggil Jiraiya.Ki...kita...kita ada masalah besar!" kata Gondaime.
"Ba..baik!" jawab Shizune lalu pantas keluar dari pejabat.
"Ti..tidak!Kiri..kirinegan masih wujud rupanya" jerit hati Gondaime.
***
Gomen,minna!!!
Maaf akan kelewatannya...XD
Dah nak raya ni sibuk sikit.Haha..
Vote and comment banyak2 ya? :P
YOU ARE READING
Naruto VS Boboiboy
Fanfiction"Saya akan menjadi hokage suatu hari nanti!Dattebayo!!!" - Uzumaki Naruto. "Keremajaan itu sangat berharga.Jadi nikmatilah sebaik mungkin." - Rock Lee. "Ahh..Ini semua menyusahkan." - Nara Shikamaru. "Ninja yang melanggar peraturan ialah sampah teta...