Istimewa Hari Raya...
"Tok,tok,tok!" Pintu diketuk.
"Masuk!"
"Nanadaime."
Nanadaime mengangkat kepalanya. Wajahnya mengukir senyuman.
"Kakashi-sensei!" Naruto bangun.
Kakashi tersenyum kecil.
"Kakashi-sensei tak perlu lah panggil Nanadaime. Saya masih anak murid Sensei kan? Team Kakashi, dattebayo!" Kata Naruto sambil tersenyum.
Kakashi tersenyum lagi. Tangannya disilang kebelakang. (Harap korang faham imaginasi aku ni. Silang ke belakang tau. 😂)
"Sebenarnya ada benda Sensei nak cakap. Pasal Peperangan Besar Ninja Keempat yang lalu." Kata Kakashi. Intonasinya mulai serius.
Naruto tersentak. Peperangan? Bukan dah tamat ke?
"Nani? Ada apa-apa yang tak kena ke? Kenapa mesti sekarang baru Sensei beritahu." Tanya Naruto.
Kakashi menghembus nafas berat. Matanya melihat akan suasana kampung Konoha yang aman damai dan harmoni. Semuanya pulih selepas peperangan berakhir.
"Pasal Juubi dan Kirinegan kan, Kakashi?" Satu suara bersuara. Pintu ditolak.
Naruto tersenyum. "Sasuke!" Sebelum dia berkerut dahi. "Apa maksud kau? Juubi? Kirinegan? Mana ada juubi dah. Kita dah seal kan Gedo Statue tu. Kirinegan? Nanda kore?"
Kakashi berpusing dan menghadap Naruto dan Sasuke. " Ya, Naruto. Kirinegan. Mungkin kamu tak ingat. Sebab dulu Jiraiya-sama letak seal supaya kita semua lupa. Cuma saya punya seal istimewa sedikit. Dia letak masa. Dan seal tu dah luput. Saya ingat secara jelas apa yang berlaku dulu."
Sasuke duduk di sofa. Disandar badannya. Penat. Semenjak kejadian adik beradik Otsutsuki, dia duduk di Konoha hampir 3 bulan ni, Boruto paksa suruh ajar dia. Hinggakan Sarada pun naik cemburu.
"Dulu, Orochimaru pun ada cerita. Katanya kamu terperangkap di dimensi lain dengan pengguna Kirinegan. Namun, kamu semua berjaya keluar." Jelas Sasuke lagi.
Naruto mengangkat kening. "Jadi apa kaitannya dengan Juubi?"
Kakashi mengosok dagunya. "Hmm, tak tahu nak jelaskan bagaimana. Tapi Sensei tak dapat rasa Cakra Juubi untuk beberapa saat dalam peperangan itu."
"Dan aku dapat rasa cakra Juubi ketika Obito menggunakan Kamui. Perlu diingat. Lain dimensi lain masanya." Sambung Sasuke.
Naruto terdiam. Dia memejamkan matanya. Dia berada dalam mode komunikasi dengan Kurama.
"Kurama! Betulkah?"
Kurama menggaru kepalanya. Cuba mengingati sesuatu. Dan... Cuba untuk tidak bertentangan mata dengan Naruto.
Naruto tunduk.
"Kurama saya tanya ni."
"Hmm.. Betul lah tu. Gomen Naruto." Jawab Kurama.
'Memang aku tahu benda ni. Sebab seal yang digunakan Jiraiya tak de kesan padaku.' Bisik Kurama.
Naruto tunduk.
"Naruto!"
Naruto kembali ke alam nyata. Dilihat Sasuke memanggilnya. Sasuke diam sekejap. Matanya melirik kepada balang di atas meja. Dia mencapainya.
"Kau beli dekat mana ni?" Tanya Sasuke
.
Naruto menghela nafas. "Hinata yang buat kerepek pedas tu. Saje bagi pada aku kalau-kalau aku bosan makan ramen." Naruto berpaling ke arah jendela.
YOU ARE READING
Naruto VS Boboiboy
Fanfiction"Saya akan menjadi hokage suatu hari nanti!Dattebayo!!!" - Uzumaki Naruto. "Keremajaan itu sangat berharga.Jadi nikmatilah sebaik mungkin." - Rock Lee. "Ahh..Ini semua menyusahkan." - Nara Shikamaru. "Ninja yang melanggar peraturan ialah sampah teta...