Naruto bangkit. "Jadi sekarang apa?"
Shikamaru merenung ke lantai. Lee menguis rumput menggunakan tangannya. Boboiboy menyedut sedikit hot chocolate di depannya. Fang hanya diam membisu. Yaya dan Ying berpandangan sesama sendiri. Gopal yang melihat keadaan begitu mengeleng kepala. Tiba-tiba dia ada satu idea yang bernas.
"Hah! Apa kata kita uji kebolehan kamu semua? Amacam?" Cadang Gopal.
Mereka semua berpandangan. Naruto sedikit tersenyum. "Baiklah! Cadangan yang baik! Saya tak akan kalah dattebayo!!!"
***
Pakkun mengguna deria hidunya untuk mengesan Kiri dan konco-konconya. Sekejap ke kiri,sekejap ke kanan. Kakashi hanya memerhati saja. Pakkun akhirnya berhenti.
"Kakashi. Mereka nampaknya dah tutup jejak. Tak boleh dikesan kalau hanya saya saja. Saya perlukan yang lain." Ujar Pakkun.
Kakashi mengangguk faham. Dia mengigit jarinya. Dan mengeluarkan skroll,lalu dia sapu darahnya di skroll itu. "Kichiyose no Jutsu:Ninken!"
Poof!!! 7 ekor anjing muncul lagi. Pakkun mendekati mereka lalu menghulur pakaian Kiri.
"Baiklah,cari mereka!" Arah Kakashi.
Shoofff!! Semua anjingnya hilang dan pergi menyiasat. Kakashi mengeluh. Teringat skroll yang Jiraiya beri. Itu Kichiyose no Jutsu skroll. Kalau dia guna skroll itu,Jiraiya boleh muncul. Tapi,agak bahaya kalau mereka tak jumpa cara untuk pulang ke Konoha semula. Dia mendongak ke langit.
"Rin,Obito,Minato-sensei apa perlu aku buat." Bisik Kakashi.
***
Naruto dan yang lain semua berada di tanah lapang. Katanya mahu sparring. Melihat sejauh mana kemampuan mereka.
"Peraturan dia mudah saje. Siapa mengalah dia kalah." Kata Ochobot.
Naruto tersengih menampakkan giginya. "Cepatlah! Saya tak sabar ni dattebayo!"
"Baiklah kita akan cabut undi guna baling ni!" Kata Gopal sambil bawa balang macam cabutan bertuah.
Boboiboy tergelak. "Kau nak buat cabutan bertuah ke macam mana?"
Gopal menjeling tajam. "Hmph!"
Boboiboy mengaru kepalanya. "Hehehe...Terbaik!" Sambil tunjuk thumbs up.
"Ok orang pertama ialah......" Kata Ochobot lalu mengambil satu nama dari balang itu. "...Fang!"
Mata semua tertumpu pada Fang. Fang tersenyum senget. Dia melangkah ke hadapan dan menanti lawannya.
"Siapa pun aku lawan. Akulah yang paling hebat!" Ujarnya dalam hati.
"Baiklah,baiklah! Lawannya ialah....." Ochobot sekali lagi mengambil nama di balang tadi. ".....Nara Shikamaru!"
"Alaaaaa!" Rungut Naruto. Tak sabar mungkin mahu beraksi.
Shikamaru menguap tanda bosan. Dia melangkah lemah ke hadapan. Mahu saja dia tidur,tapi entah kenapa dia sanggup pula nak melayan kerenah orang lain. Shikamaru berhadapan dengan Fang.
"Baiklah. Mari kita tamatkannya dengan cepat!" Ujar Shikamaru.
Fang tersenyum senget. "Marilah!"
Ochobot mara ke depan. Dia mengangkat tangan.
"Baiklah,MULA!"
Fang melompat ke belakang. "Harimau bayang!" Dengan tak semena seekor harimau bayang muncul.
Shikamaru sedikit tergamam. "Dia...budak ini." Bisiknya.
"Nah rasakan!Hiyarghhhhhh!" Jerit Fang.
YOU ARE READING
Naruto VS Boboiboy
Fanfic"Saya akan menjadi hokage suatu hari nanti!Dattebayo!!!" - Uzumaki Naruto. "Keremajaan itu sangat berharga.Jadi nikmatilah sebaik mungkin." - Rock Lee. "Ahh..Ini semua menyusahkan." - Nara Shikamaru. "Ninja yang melanggar peraturan ialah sampah teta...